Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

9 May 2016

Tips Hentikan Anak Hisap Puting (Pacifier)

Assalamualaikum..

Aku tahu bukan senang nak stopkan anak daripada hisap pacifier. But alhamdulillah.. Allah mudahkan kerja aku dengan cara tidak sengaja. Sebelum tu dah macam2 cara aku try, but failed!! Sejak anak aku dah start setahun lebih aku dah mula kurangkan bagi dia puting. Aku sorokkan masa siang. Alhamdulillah takdelah dia melalak mencari ke apa cuma bila malam nak tidur je dia mesti nak.

Bulan ni anak aku dah nak masuk 2 tahun. So dia stop terus dah dalam 2-3 bulan jugak kot. Lega bila boyAF sekarang langsung tak ingat kat puting dia. Nak tidur pun dah tak perlu puting tu just susu dah cukup, kenyang, terus pandai2 dia tidur. Oh, boyAF ni dia style yang jenis tidur tak berapa minat di peluk dan di dodoi2. Biar je dia situ, tengok2 tidur dah. Asalkan ada mama dia kat sebelah. 

Nak tahu cara2 kan? Meh kita share pengangalaman aku ye..

1. Letak asam jawa dekat puting.

Yang ni tak mujarab langsung dekat anak aku. Letak pun still jugak dia hisap. Dah tu acaner. Geram jelah kau pandang anak kau dengan redho. But, korang boleh try kot2 lah tak jadi dekat boyAF tapi menjadi dekat anak korang kan???

2. Serbuk kopi.

Yang ni bertahan sekejap je. Lama2 dia telan jugak dengan kopi tu sekali. Sabo jelah!! Aku tak pernah bagi anak aku minum tea or caffein tapi yang ni terpaksa. 

3. Sorokkan pacifier

Macam aku cakap kat atas tadi, sorokkan kat tempat yang dia susah nak capai, nampak, dan jumpa. Oh, tips yang ni hati mesti kental ye. Jangan nak berlembut sangat. Macam aku stopkan boyAF puting sebab rasa dia dah besar, dah nak 2 tahun. Jangan anak kau baru masuk 6 bulan kau paksa jugak dia stop. No!! Dia tak faham ape pon lagi. 

4. "Jangan ganti"

Yang ni paling berkesan. Seriously, must try!! Kalau pacifier anak korang koyak ke, pecah or whatever please jangan ganti/beli yang baru. Biarkan je. Memang kita akan rasa kesian but percayalah dengan automatiknya nanti dia akan stop sendiri tanpa paksaan. Tak percaya?? Trylah. Pacifier boyAF koyak so nak beli tapi tak jumpa yang boyAF biasa guna so tak jadi beli and lama2 jadi malas terus nak beli. Mungkin ada hikmah tak lama terus boyAF tak nak dah. Tak sedap kot!

5. S.A.B.A.R

Paling dan tersangat penting. Jangan kau sangka dalam 1 hari anak kau boleh stop hisap puting dia. Noooo... Semuanya bergantung pada anak kau. Jangan juga putus asa. Biasalah kalau banyak kali cuba. Sebab tu orang kata jadi mak2 ni memang banyak kena sabar. Kalau macam ni tak boleh sabar benda lain tak tahulah macam mana kau nak hadap. Macam ni bole makan berbulan jugak kau nak bagi dia stop. Tak payah anak, cuba kalau suami korang yang merokok tu suruh dorang stop. Senang ke tidak? Silap2 tak boleh pun. ;P

Korang jangan risau kalau korang dah cuba macam2 tapi anak korang tetap tak boleh stop. Relax.. Benda2 macam ni anak2 akan pandai stop sendiri bila tiba masanya. Dont worry ok.. Dah jangan nak stress sangat. 

Oh, nak bagi tau korang ni baru lepas satu problem. Banyak lagi kita as a parent nak hadap ok. Sekarang ni yang sedang bermain2 dalam otak aku ialah macam mana nak bagi stop breastfeeding boyAF, ajar dia minum susu FM (dia tolak), dan ajar dia buang air dalam toilet ( not now). Hahaha!! Ya, aku jenis suka fikir ke depan walau pun benda tu lama lagi. 

Aku bersyukur sebab di berikan peluang susukan boyAF sampai dua tahun. Buat masa ni still teruskan je. 1 day nanti aku try stopkan breastfeed pulak ye. Nanti aku share pulak pengalaman tentang tu nanti macam mana. But, lama lagi kot. Macam aku kata kita kena banyak sabar. Kita ni macam saintis orang kata, buat kajian, try and error. Hihihi!! 

Oklah, hope korang yang try tips atas ni nanti pun berjaya juga ok! Oh, korang2 yang baca dan try tu nanti boleh lah komen. And mana2 blogger yang baca tu pun komen jugak bolehlah aku pulak blogwalking blog korang. 



28 Apr 2016

Hilangkan panas demam dengan telur

Assalamualaikum..

Anak korang demam? badan panas? 2 hari lepas suhu boyAF naik sampai 39.4, risau jugak aku. Terus teringat petua yang pernah viral dulu pakai telur. Sebelum ni nak try tapi takde siapa demam so kali ni kebetulan boyAF demam terus cepat2 pergi dapur rebus telur. 

Lepas telur dah siap rebus sejukkan dulu. Janganlah letak kat anak time telur tu still panas, ada makin sakit anak tu nanti. Agak dah sejuk boleh ambil telur tadi yang dah dikupas kulit dia dan golek2 dekat kepala danbadan dia. Buat ni makan masa, aku buat dalam setengah jam. Macam aku, buat masa anak tengah tidur sebab boyAF tak suka. Pelik agaknya dia rasa. 

Masa kau golek2 nanti kau akan rasa telur kau pegang tu macam suam2. Padahal telur tu dah sejuk. Lepas setengah jam atau lebih kau golek2 bolehlah kopek putih telur dia tu slow2. Tak nak sampai kuning dia terpecah ke apa kang tak nampak pulak menjadi ke tidak kan.


Ok, dia jadi macam ni. Berbintik2, gelikan?? Aku masa mula2 tengok rasa meremang jugak. Bila kau pegang2 bintik2 tu kau akan rasa keras2. Kalau kau nak kepastian make sure kau rebus telur tu dalam 2,3 biji. Masa aku hari tu memang rebus lebih sebab nak tengok perbezaan dia. Satu tu kau kopek dan tengok kuning dia, lepas tu boleh makan. Yang atas ni memang tak lah nak makan. Hahaha!! 


Lepas aku buat ni tak lama tu aku try cek suhu boyAF, turun jadi 38.4. Malamnya aku buat lagi dan akhirnya turun sampai 37. Nampaklah perbezaan dan petua ni menjadi. Oh, aku takde bagi dia makan ubat ke ape ea. Letak tuala basah pun takde, aku just guna telur ni je. Yang penting kita mencuba kan. Agak2 kalau try tak menjadi bawak je terus pergi klinik. Senang. Hahaha!! 

Nanti2 korang pulak boleh try. Menjadi ke tidak. Oh, ye.. Tq kepada orang yang share pasal petua ni (tak tau siapa). Next time boleh share lagi petua berguna. ;P




13 Oct 2015

9 tips tingkatkan selera makan anak

Assalamualaikum..

Ada sesetengah anak2 yang sukar makan, takde selera atau makan sikit. Aku faham sebab anak aku pun sama jugak. Bayangkan berat dia dah 1 tahun 5 bulan pon baru 8 kg lebih. Bohong kalau aku kata tak risau. Kadang tu sampai tanya diri sendiri normal ke berat anak aku ni? Aku tak bagi makan cukup ke? Aku masak takde zat ke apa? Ingat lagi masa pergi Batam hari tu ada sorang uncle ni tanya "makan banyak tapi pergi mana?" Maksudnya dia nampak anak aku tak berenti makan tapi badan gitu je tak naik2. Kalau uncle tu pelik aku ni lagilah pelik. Haha!!

Bila aku buat research dan tanya sendiri kat doktor bila buat checkup untuk babyAF doktor kata itu biasa, normal. Yelah kan, siapa tak risau orang update kat facebook anak dia baru nak masuk 5 bulan dah 10kg. Haha!! Ye, kau suka tapi aku ni yang risau. Sebenarnya anak dorang lah terlebih beratkan sebab belum sampai setahun ada yang sampai 15kg. Hadoii.. Kadang tu ada sesetengahnya yang sampai kena diet. Kita ni yang mak2 disuruh diet pun susah inikan pula budak2. 

Tak kisahlah kan, yang penting anak kita masing2 sihat, takde masalah. Now, moh kita share tips2 yang aku nak bagi tadi. 

1. Kenal makanan kegemaran anak. 

Macam babyAF aku perati dari mula2 aku bagi makan bila bagi nasi dia tak makan banyak tapi kalau bagi mi tak kisahlah mi apa, bihun ke, mi kuning ke, mi udon ke, memang dia suka. So, kita masak apa dia minat. 

2. 2 in 1

Orang melayu kata sambil menyelam minum air. Maksudnya, sambil makan bagi anak kau tengok cerita kegemaran dia. Budak2 kan suka kartun, macam anak aku suka tengok Mickey Mouse. Bagus cerita tu sambil tengok kartun sambil belajar. Belajar mengira, belajar kenal barang. Eh, ini bukan 2 in 1 dah 3 in 1 dah ni. 


Anak aku makan sambil tengok Mickey Mouse, licin sekeping roti canai. Haha!! See.. berkesankan?

3. Tukar2 menu

Bila memasak untuk anak2 kita kena rajin mencuba benda baru. Walaupun kadang tu menu dia kita tak pandai dan tak pernah masak tapi dek kerana anak redah jelah (kata Sudin). Macam aku biasanya selang selikan antara mi dan nasi. Contohnya hari ni aku dah masakkan nasi, esok aku masakkan pulak bihun sup, lusanya masak nasi balik. Lauk pun kenalah tukar2. Bukan feeling orang kaya ye ni supaya anak tak cepat jemu. Bayangkan kita makan hari2 nasi lauk sup ayam cukup seminggu takleh telan dah. Haha!! Kita yang tua pun pandai bosan inikan pula budak2.

4. Makan bersama2 anak

Ye, ini salah satu faktor aku gemuk.  Makan dengan anak, kejap lagi hubby balik makan dengan dia pulak. Ciss!! Ok, kenapa kena makan sekali dengan anak? Biasanya bila kita makan dengan dia selera dia akan bertambah. Bila dia tengok kita makan dia pun akan makan. Kita kalau makan berteman selera bukan? Cuba makan sorang terkulat2 nak habiskan. 

5. Makan sambil main. 

Ada budak jenis sambil makan nak main. Takpe, biarkan mungkin dengan gaya tu dia berselera. Kena pulak kalau rumah dekat dengan taman tak salah kalau bawak bekal untuk anak sambil2 tu dia boleh makan. Buat je takyah nak malu tengoklah 2, 3 hari korang buat macam tu ada je nanti orang ikut jugak. Haha!! Taman depan rumah aku ni tak guna banyak lelaki India melepak minum kat situ so tak bagus. 

6. Bagi makan buah

Makan buah sebelum makan ni bagus, makanan nanti senang proses. Ikut sunnah Nabi, makan buah dulu baru makan nasi. Kalau nak ajar anak biar dari kecik baru dia tak rasa pelik ini dah tua bangka baru nak suruh memang kecik besar kecik besar je dia tengok kita balik. 

7. Warna warni

Ni nak mewarna ke apa? Haha!! Tidak. Dalam makanan tu lebih elok kalau kita campurkan warna2 sikit contohnya warna hijau ada brokoli, warna oren ada carrot, kan lebih meriah. Salah satu penarik buat anak2 nak makan. Jangan lupa ajar anak2 makan sayur sejak kecil.

8. Makan sendiri

Untuk anak dah setahun lebih ni dorang dah boleh makan sendiri dah. Bersepah? Itu biasa. Anak aku suka makan sendiri bila makan sendiri aku tengok lebih berselera. Kalau kita suap dia asyik main2 je. Tak perlu risau sebab banyak dah barang bantu anak2 makan sendiri. Bersepah itu normal. Rumah kalau ada budak tapi tak bersepah itu something sangat. Hihihi. 


9. Pujian

Haha!! Ye, perlu lebih2 lagi bila anak dah mula faham apa kita kata. Tiap kali kita suap tu tiap kalilah kita puji contohnya "pandainya dia makan.." "baiknya dia" "sedapnya mama masak" Eh!! Haha!! Bagus apa puji2 kata2 kita tu satu doa. ;P Bila kita puji dia makin seronok nak makan.


20 Sept 2015

My teddy bear babyAF

Assalamualaikum..

Teringat masa babyAF masa muda2 dulu. Haha!! Bunyinya macam babyAF dah tua je kan? Haha!! Taklah, ni gambar dia masa baby lagi tapi tak ingat dah berapa bulan. Mungkin dalam 6, 7 bulan. 


Masa ni saje buli dia, haha!! Padahal tak ke mana pun. Baju ni biasanya aku pakaikan bila bawa dia pergi karoke ataupun tengok wayang. Tengok wayang tu jaranglah biasanya pergi karoke je sebab karoke ok sikit sebab kita boleh kawal sendiri volume dia kan..





Sila cari mana babyAF. Ops! Sorry belakang tu bersepah. Kipas tu kat situ pasal aku tengah keringkan lantai sebab baru lepas mop dapur. Tu babyAF jenguk2 dapur sebab nak capai besen bawah tu haa.. Memang favorite spot dia tu. Botol air memang favorite dia dari baby sampai sekarang. Sekarang suka duduk atas botol air pulak. Ada basikal tak nak naik, botol jugak dia nak buat main. 

Kalau dah ada anak ni kan kau kemas baru 1 minit dah sepah balik. Haha!! Hidup kau tenang masa anak tengah tidur, masa tulah rumah nampak bersih. Hihihi.. Ini fakta ok. Nanti baru lepas mop tak sampai suku hari anak kau makan dah mula lantai kotor balik atau melekit2. Haha! Itu normal. Penat ke apa kita nikmati saat2 ni sebab bila anak2 dah besar mesti rindu balik zaman dia baby. 

Sedangkan aku yang anak baru 1 tahun 4 bulan ni pun dah teringat2, rindu masa dia baru lahir. Rasa masa tu cepat je berlalu. Dulu masa dia baby kita asyik fikir bila anak aku nak besar, bila dia nak jalan, bila umur dia nak 6 bulan sebab tak sabar nak start bagi makan. Tapi bila dah besar terus rasa "eh cepatnya kau membesar nak."








26 Apr 2015

BabyAF buai atau tidak?

Assalamualaikum..

Buai atau tak? 

Jawapannya tidak.. Sejak lahir memang tak pernah masuk babyAF dalam buai. Memandangkan aku anak tunggal so tak pernah ada baby dalam rumah ni so takdelah jugak buai dalam rumah ni. Masa mengandung lagi memang aku dah buat keputusan tak nak buaikan anak. 

Aku memang tak letak buai dalam senarai masa nak beli barang baby dulu. Pada aku masuk buai tu macam lecehlah sebab kami kuat berjalan so memang agak payah kalau anak berbuai. Selalu merayap sana, merayap sini, tidur hotel ke apa nak cekau mana buai kat hotel? Haha!! Ke ada aku tak tahu? Eh! Ada ke?

Ikut family mertua anak dorang semua memang masuk buai so akulah pencipta sejarah anak tak masuk buai. Haha!! Aku memang suka buat hal sendiri, sebab aku yang jaga anak aku. Pada aku babyAF tak menyusahkan. sangat behave. Masa pantang sangat baik, dia bantai tidur je. Haha!! Akulah yang happy, cukup tidur, tak stress. 

Sepanjang babyAF dah nak masuk setahun bulan ni dia ok je. Tidur takdelah meragam ke apa. Paling teruk pun dia tidur lambat je. Tapi tidur lambat bangun pun lambat. Kira bila pagi nak masak ke apa dia tak kacau lah. Kalau dia dah bangun aku pulak nak mengemop ke apa aku akan letak dia dalam walker. Senang. Bagi dia main2 nanti dia merayap dengan walker dia tu kat mana aku mop situ jugak dia merayap sampai sondol2 kaki aku. Adoi!! Sakit wei..

Tips pertama tak nak bagi anak masuk buai ialah jangan sesekali masukkan dia dalam buai. Haha!! Betul wei, aku tak pernah letak babyAF dalam buai. Family mertua pernah jugak tanya babyAF tak buai ke tapi aku cakap jelah tak. So, pilihan masing2 lah. Ada orang memang dah terbiasa macam aku kurang biasa. Haha!!

Pernah terfikir nak beli buai 4moms atau nuna leaf tu tapi bila fikir balik malas pulak. Takyah buai lagi senang takdelah nak bawak buai ke sana sini. Hihihi.. Tapi kalau korang buai anak tak kisahlah kan. Bergantung macam aku dari awal memang tak nak bagi buai. Hope anak2 aku yang akan datang pun tak berbuailah. Kikiki. 


9 Apr 2015

Boat Noodle, Sutera Mall, JB

Assalamualaikum..


First time datang sini dan cuba makanan dia setelah asyik nampak kawan2 update status makan ni je. So, semalam kami ke sini. Keluar rumah tengah hari. Bravoo... Planning pagi2 nak gerak pergi sarapan kacang pool tapi tak jadi. Haha!! 

Alang2 tengah hari terus ke sinilah kita. Oh, ini kat JB ye dekat Sutera Mall. dia bersebelahan Old Town, Sutera Mall. Kitorang pun berpusing2 juga cari tempat ni last2 jumpa akhirnya hasil daripada tanya orang. Hihihi.. Confirm lah hubby kita tanya harapkan aku memang sampai tahun depan sesat. Biasalah, iolls kan pemalu..

Sampai situ belek2 menu dulu so cara nak order sama je macam korang order old town ke apa. Tulis apa kau nak kat kertas yang di sediakan dan nanti ada orang datang ambil. Service kat situ ok, laju. Takdelah kau tunggu lama sangat ke apa. 

*kami*

See babyAF dia sendiri tu tiba2 jenguk masa papa dia nak ambil gambar. Haha!! Bijak.. Bijak.. Budak zaman milenium ni dasyat! Tapi tak boleh blah tengak kaki dia tu. "Amboi.. Selamber awak je letak kaki atas meja ye? Ingat big boss ke??"

Kat sini aku order green tea ais dan hubby aku order teh ais. Air dia kira ala2 Thai jugak lah. Aku rasa first time aku try minum air green tea. Masa minum benda pertama aku fikir adalah wasabi. Wakaka.. Betullah, rasa dan bau dia dekat nak sama dengan wasabi cuma dia taklah pedas. 


Ok, masa ni kaki tu lagi dasyat. Tak perasan pulak. Ok, nampak berkaki ayam je anak aku tu. Padahal selipar dia ada. Mula2 pakai tapi masa lepak meja ni selipar dia tertanggal mungkin sebab tersenggol meja ke apa. Jawabnya baik kita simpan je sebelum hilang dan mama jadi The Hulk. 


Ok, ini je yang kami makan, hahaha!! Ok, makanan boleh tahan. Cume kalau boleh order sikit2, takpe takde masalah. So, boleh rasa kena ke tidak dengan tekak korang kang tak habis membazir pulak. Masa ni aku order mee 6 mangkuk dan bebola 1. Pada tekak aku oklah.. Ikut tekak koranglah mungkin tekak iolls very the kampung kot. Wakaka..

Kami makan tak banyak masa ni sebab ada plan nak makan tempat lain pulak. Kenetulan jugak masa ni aku kena gastrik so nak makan banyak pun perut memanjang tak sedap dan sakit. Tengah makan pun boleh sakit dan nak cari bilik air. Dasar sangat kan.. So, settle makan gerak ke next destination..








8 Apr 2015

Elakkan Anak Main Handphone Daripada Baby


Assalamualaikum..


Semua orang sayang anak, semua orang cuba buat yang terbaik untuk anak. Setiap orang ada cara masing2 untuk didik anak. So, tak boleh nak compare cara kau jaga anak dengan cara orang lain jaga. Mungkin cara kita jaga biasa dan ada orang yang jaga anak dia betul2. Maksudnya jaga dari segi pemakaian, makanan, pembawakan diri anak2. Bukan nak kata orang yang jaga biasa2 tu tak bagus, tidak. Macam aku bagitahu mula2 tadilah ikut cara masing2. 

Ini cara aku untuk elakkan babyAF dekat dengan handphone. Aku memang tak bagi dia pegang handphone. Kadang tu ada jugak dia jenguk2 bila kita sibuk pegang handphone @ ipad ke. Tapi aku tetap tak bagi. Haha!! Sejak dia lahir sampai sekarang memang aku tak bagi dia sentuh handphone. Aku rasa handphone tu macam tak elok untuk otak dia. Lepas tu aku rasa macam tak bagus untuk mata. 

Pendekatan dari baby ni lagi bagus sebab lebih mudah nak didik. Sesetengah orang yang dekat dengan aku, aku lihat dorang lebih suka bagi anak pegang handphone untuk bagi anak dorang diam. Kadang tu anak baru 2 bulan dah bagi anak pegang handphone layan kartun lah, itulah, inilah. Tapi itu sukati lah kan. Kalau orang bagi anak diam dengan bagi pegang handphone tapi aku gantikan dengan toys atau biskut. Beli biskut dan toys yang sesuai mengikut peringkat umurlah. Untuk biskut korang boleh cuba macam2 jenis biskut dan tengok mana 1 anak korang suka. Macam anak aku suka sangat makan biskut Baby Byte. 

Nak kata anak aku tak banyak ragam pun takdelah jugak. Bila duduk dalam stroller tak bergerak dia mula bising suruh gerak. Tapi dah kalau kau tengah nak makan ke apa nak gerak macam mana kan? So penyelesaiannya, aku akan bawak bekal untuk babyAF setiap kali keluar. Biasanya aku akan bawak bubur dia. Maknanya sambil makan tu aku akan suapkan dia makan. So, nanti dia diamlah. Kononnya macam dia pun makanlah apa yang kita makan kan walaupun... Hahaha!!


"Nampak busy bebenau awak ye.."

Kecik2 dah pandaikan? Terpulang.. Ada sesetengah family jenis tak kisah. Jenis aku memang dari kecik dah cakap dengan husband and family tak nak ajar. Sebab bila tengok sekeliling banyak contoh dah. Ada yang jenis 24 jam handphone kat tangan, ada yang bila tak dapat mengamuk menangis2, ada yang sampai mintak orang lain punya, ni semua yang aku cakap budak2 eh. Tak sampai 5 tahun pun ada jugak. Macam babyAF ni terlampau kecik sangat so better elakkan dulu. Orang tua2 kata meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Aku faham kalau ada yang tak setuju dengan cara aku tapi bak kata aku setiap orang ada cara dia sendiri kan. Besok babyAF dah besar kalau dia nak jugak maybe aku akan bagi cuma kena tengok2 jugak dia buat apa dan ada limit lah. Tak bolehlah asyik nak menghadap itu je kan? So, lain orang lain cara ok. Kita sebagai parent ni cuba buat yang terbaik untuk anak2 ok? Cuba jalankan amanah Allah itu dengan sebaik mungkin. 






5 Apr 2015

Stroller Idaman Kalbu

Assalamualaikum..

Stress aku, dah beriya taip panjang2 tadi lupa save and hilang!! Adoiyaii.. 

Cerita pasal stroller idaman. Ada dua stroller idaman aku. 


I is geram tengok u okeh.. Ini Babyzen Yoyo Limited edition. Comelkan? Sebab aku suka ni, senang nak lipat, ringan, kalau aku keluar sorang boleh bawak yang ni je. Paling best senang nak buka and senang nak tutup. Orang pompuan kan tak suka buat kerja leceh2 ni. kan.. kan.. 

Yang ni senang untuk nak bawak travel. Maklumlah kalau travel kita mesti nak bawa banyak barang. Kalau bawak stroller gedabak mana nak letak beg baju, barang nak shoping lagi, eh! Tak muat. So, sesuai ni. Nak bawak naik masuk kabin pun ok so takyah risau stroller kau kena campak ke apa. Haha!! *aku le teww.. Stroller ni kau boleh tukar2 cover dia so sila masukkan dalam list korang ok! Ada rezeki kita rembat ni ye abang.. wink. Wink. *angkat kening kat sayang kita.. 

Stroller idaman kedua aku ialah.. Mima Xari!!


Tara!! Comel tak babyAF duduk dalam ni? Kenapa aku pilih stroller ni? Sebab dia cantik, menarik, tertarik, kau memang deboom!! Wakaka.. Suka sebab kulit, warna dia, stabil, tinggi, boleh jadi 3 posisi, dan macam2 lagi. Lain.. sebab dia unik. Haha!! Aku suka lain daripada yang lain. 

Aku jenis tak suka pakai benda yang sama dengan orang yang dekat dengan aku pakai. Maksudnya orang yang ada kaitan. Macam ada sepupu aku pakai stroller Quinny terus semua brand Quinny aku reject awal2. haha!! Dasar sangatkan perangai. Pernah my sayang beli selipar adidas couple baru pakai sekejap ada nampak kawan aku pakai terus tak nak pakai dah. Last2 aku bagi mak and abah aku pakai je. Ye, aku memang jenis macam tu. Mak abah aku senyum2 kambing je dapat selipar cantik. Hamboi...

Aku macam ni memang dari kecil. Aku tak suka share barang dengan orang, tak suka pakai sama. Faktornya sebab aku anak tunggal. Tak pernah nak bergaduh tak dapat itu ini. Semua dapat sorang, semua main sorang.  Akhirnya dijodohkan pulak dengan orang yang sama perangai dengan aku. Kahkah!! Ok, aku fahamlah kenapa aku jadi macam ni tapi yang kau tu kenapa bang oii.. Awak tu nombor 5 dari 6 beradik.. Hahaha!! 

*pukul 5 pagi tak dapat nak tidur lagi so inilah hasilnya. Dapatlah menyumbang entry dalam blog ni*




26 Mar 2015

Minyak Angin Untuk Baby

Assalamualaikum..

Aku tahu nak cari minyak yang sesuai untuk baby memang susah. Aku sejak ada baby pun alami perkara yang sama. Pening nak pilih mana satu produk terbaik. Ramai orang suggest guna minyak Yuyi (tak reti eja) tapi banyak sangat cerita aku dengar kata tak boleh pakailah, itulah, terus jadi was2. Terus tak beli. Tapi sekarang ni aku tengok kat iklan ok je.. Maybe adalah kot orang bagi info2 tak sahih ke apa. Tapi sebab was2 aku tetap tak pakai. 

Aku ada sebab lain juga kenapa tak guna minyak yuyi tu atau pun produk lain. Tapi disebabkan family sendiri hasilkan minyak angin so aku guna apa yang adalah kan. Malah lebih jimat. Aku guna minyak ni sejak dari babyAF lahir lagi. Buat masa ni alhamdulillah takde masalah.


Inilah dia minyak yang aku guna pada babyAF. Kalau guna untuk baby sorang aku rasa tahan setahun kot! Haha!! Minyak ni takdelah famous macam jenama2 lain tapi kesan dia memang tak dapat di nafikan lagi. Jangan risau, aku tau mesti akan ada yang tanya "ok ke pakai ni? tak panas ke?"

Memanglah panas tapi taklah panas sangat lagi pun ada cara dia. Itu boleh belajar nanti. Biar aku share testimoni babyAF ok. Macam aku cakap tadi babyAF dah guna sejak lahir. Masa balik dari hospital tu setiap kali lepas mandi aku akan sapu minyak ni dekat dada dia, belakang badan dia, perut dan tapak kaki. Kenapa sapu dada dan belakang? Ikut suami aku memang masa dia kecik semput teruk so aku risau anak pun kena. Yelah, dia kecik lagi. Kesian.. Lainlah dah besar. Tapi hopefully sampai bila2 oklah dia. 

Sejak aku pakaikan minyak ni paling ketara boleh nampak bila anak aku senang sangat sendawa. Bila lepas minum susu tak sampai berapa saat tepuk belakang dia dah BLURP!! Dahlah tu sikit2 'tentut'. Bahaha!! Baguslah nak, senang mama.. Tak yah risau perut kembung ke apa. Dalam sehari tu banyak sangat dia sendawa dan 'tentut'. Ini bukan buat cerita ke apa tapi memang betul. Bukan nak puji anak ke apa tapi sepanjang aku berpantang sampai sekarang malam anak aku tidur rilek jek. Tak ada nak melalak tak pasal2, takde nak perut angin ke apa, malam je keja dia tidur. Sepanjang pantang lagilah, susu tidur, susu tidur. Hihihi.. Aku rasa masa tu bertuah sangat dikurniakan anak yang baik (kata2 itu satu doa). Aku harap anak2 aku yang lain nanti pun macam ni tapi kalau sebaliknya terima dengan hati terbuka dan anggap ianya satu cabaran. 

Kalau anak ada masalah sembelit ke, sakit perut ke, boleh sapu juga. Baby selesema pun boleh. Tapi jangan sapu ikut hidung. BUKAN!! Ada apa2 boleh tanya aku, jangan nanti salah sapu salahkan aku pulak. Macam aku sapu untuk elak anak kena semput ke, perut berangin ke. Sepanjang pergi cek babyAF kat klinik pun doktor takde komplen perut dia kembung ke apa. Alhamdulillah syukur. Moga babyAF diberi kesihatan yang baik. 

Aku bukan nak cakap besar, nak cakap baik pasal babyAF. TIDAK. Aku cuma nak korang tahu anak aku sesuai sangat pakai minyak ni. Sebelum terlupa biar aku bagitahu minyak ni sesuai untuk baby sampai ke orang tua. Jangan risau, aku tak tipu. So, memang tak membazir beli minyak ni. Oklah, cakap banyak pun tak guna. Apa2 boleh mesej, wassap, line, telegram, email, komen, cuma NO CALL. Ok. 


Sebarang pertanyaan tentang harga, kelebihan produk, boleh guna untuk apa dan siapa just mesej ok. 


MOM & BABY EXPO 2015 ~ DANGA CITY MALL, JB

Assalamualaikum..

Sebut pasal expo siapa akan jadi tak tentu arah? Biasanya mestilah perempuan kan? Ok nak share ni pada 27-29 Mac 2015 akan diadakan MOM & BABY EXPO di Danga City Mall, JB. Aku dah dua kali pergi expo baby ni sejak adanya babyAF dan di tempat yang berlainan. Salah satunya adalah di Danga City Mall, JB. Tak dinafikan harga di sini adalah lebih murah berbanding di tempat satu lagi. Mungkin salah satu faktor sewa lebih mahal atau lain2. 

Di sini juga aku perati lebih ramai yang ambil bahagian. Suka tengok baju2 baby sampai naik juling mata.Best!! Now, rasa nak pergi sangat. Tapi yang kadang buat tak sanggup tu bila nak ngadap jam, nak parking lagi, bawa baby pulak. Kalau my sayang ada tu takpelah jugak. Iolls duduk sebelah jadi mandor je. Bahaha!!

Ok, siapa nak pergi bawak iolls?? Hahaha.. Nampak tak tak malunya di situ. Rasa geram sangat ni. Nak ajak my sayang dah tentu2nya tak dapat cuti. Ok, sedih.. Kawan2 yang sayang saya ni meh la bawak saya. Kikiki... 

Susah ok nak pergi sendiri, kau rasa nak pergi macam mana kalau dengan bawak anak lagi. Lagi anak tengah aktif ni kan so risau jugak nak drive. Risau jugak kalau tak dapat nak control anak kat sana nanti. Mana nak bawak anak, mana nak bawak barang yang di beli, mana nak bawak beg. Eh, itulah pengorbanan seorang ibu kan? Tapi aku suka je, takdelah nak komplain ke apa. Cuma fikirkan keselamatan kami je kalau pergi sendiri. 

Ada masa lagi nak berfikir ni.. Oh, alang2 tu nak share yang my bff ada bagitau dekat PERSADA, JB 28 & 29 Mac ni ada juga festival makanan kot! ok, mamai2 pulak rasa. Sana best, sini best!!

Oh, nak cuba tanya my bff lagi sorang ni. Dia tengah pregnant so mesti dia nak pergi shopping barang baby dia kan? Agak2 kurang ajar tak iolls suruh orang pregnant ambil iolls. Ala.... macam aku cakaplah macam mana nak drive bawak anak ni kan.. hikhik!! Moga2 dia tak pergi dengan suami dia sudah. Hahaha!! Fuuhhh!! *Kita kasi jampi sikit*

23 Mar 2015

Ngantuk Tapi Lapar

Assalamualaikum..

Dah jadi tabiat makan tengah malam sebab temankan my sayang makan. Nanti I tak makan dia merajuk terus tak nak makan. So, ternak lemaklah kita. Sekarang ni pun lapar juga dan sedang menunggu special delivery dari my sayang. Haha!!

Sambil tunggu tu layan anak 'kemas' bilik. Lantaklah nak, kemaslah...



Hailah anak, mata mama dah ngantu ok. Tapi layankan juga kamu ni. Hihihi.. Siapa tak sayang anak kan. Eh, tensi update guna handphone ni, lembap dah tu asyik nak salah eja je. Next mission pula. I need new laptop. Kita ni orang pompuan bila ada duit tak beli pun, sibuk fikirkan barang anak dan barang rumah je. Betul tak. Bila nampak anak pakai cantik, semua lengkap terus rasa happy dah walaupun tak beli untuk diri sendiri. 

Eh, mana sayang kita ni tak sampai2 lagi mentang2 jauh di seberang sana tapi ni dah lama sangat ni. Tadi kata dah nak dekat da. Huhuhu.. Takpe2, sabar.. Sabar itukan separuh daripada iman. 

Oklah, nak Layankan baby AF berkemas pula.

17 Mar 2015

BabyAF 10 month

Assalamualaikum..

Kejap je masa berlalu pejam celik tak lama lagi babyAF masuk setahun. Pejam celik lagi dah nak masuk tadika pulak. Huwa!! Masa tu dah mula miss moment masa dia kecik2. 


See this little boy. Geram rasa nak gigitkan. 

Pada aku dialah budak paling comel, budak paling bijak, budank paling gangster. Eh, kaki buli ok budak ni. Paling dia suka buli dah terang2lah aku. Suka buli bila aku nak masak, bila aku tengah baring2, bila aku tengah mop dan kemas rumah. 

Kadang tu aku tunggu dia tidur then pergi dapur nak masak. Sekali tu tau2 dah dengar bunyi dia merangkak. Kau rasa?? Paling geram bila kau baring2 ngadap TV dia datang kat kau lepas tu guling badan dia dekat muka engkau. Ohoohoii!! Tapi aku ok je, suka sebenarnya. Pada aku biarlah. Itu mungkin cara dia nak explore. Jangan marah sebab kalau kita marah bagaikan kita halang perkembangan otak dia. 

Macam kalau dia jatuh aku akan kata kat dia "biasalah ni jatuh2 macam ni, barulah boleh jadi pandai.." Sambil kau cakap tu sambil pujuk dia. Tak kisahlah dia nak faham ke tidak. Ini kadang kalau anak buat salah sikit, jatuhkan itu ini sesetengah orang marah. Anak kita ni kecil lagi dia pun tak faham apa2. Sesetengah tu pulak takut anak jatuh nanti luka ke apa. Kita tak boleh nak peratikan anak kita 24jam. Biarkan dia jadi lasak sikit, jadi kuat, tapi kalau dah melampau sangat barulah tegur tapi tegur kena ada gaya. Sebab budak baya anak aku macam ni kau marah beriya2 pun dia tak faham malah makin dia gelak atau sengih. Hahaha!!


Budak ni juga pantang kalau tak nampak aku depan mata dia, paling dasyat pantang nampak aku pakai baju cantik2 dan pakai tudung. Dasar sangat perangai kau kan anak oii.. Ikut mama dan papa sangat tu, kuat jalan. Dia juga kuat shoping, Eh!! Haha.. Taklah aku pantang kalau keluar tak beli apa2, paling tidak pun mesti nak makan atau belilah benda murah2 ke apa. Mainan anak ke kan.. 

Aku geram kalau nampak baju baby comel2 ke, mainan baru, hihihi.. Tak dapat beli barang sendiri pun takpe. Haha!! Ada sesetengah orang suka beli barang sendiri daripada barang anak2 tapi kalau aku mesti akan lebihkan anak dulu. Ikut koranglahkan, cara orang lain2 betul tak? 

So, memandangkan anak mama dah 10 bulan mama doakan babyAF jadi anak yang soleh, dengar kata, jangan lupa mama & papa, diberi kesihatan dan rezeki yang baik. Nanti dah masuk setahun baru mama buat wish panjang lebar ok..








20 Feb 2015

Kebakaran lagi

Assalamualakum..

Kalau sesiapa pernah baca blog aku mungkin tau aku pernah kongsikan cerita tentang rumah jiran aku yang terbakar. Kejadian tu baru lagi dan masih lagi terasa debornya. Kali ni lain pulak jalan cerita dia cuma yang sama ialah kebakaran. Kalau hari tu terjadi pada jiran aku kali ni terbakar pulak taman permainan berdepan dengan rumah kami. 


Masa tu kami tengah bersiap nak keluar. Maklumlah kan hujung minggu apa lagi berdating lah kita kan.. Kebetulan aku tengah cari barang dalam kereta dan dengar bunyi lain macam. Macam bunyi api yang makin lama makin kuat. Tau kan macam mana bunyi dia kalau api bakar semak. Haa.. macam tu lah. Mula2 kusangkakan orang majlis tengah bakar sampah ke apa kan. Sekali tu tengok takde orang pun jaga kat situ, dah lah api makin lama makin marak. Terus rasa tak sedap hati. Huhu..


Abaikan pokok besar dan pokok pisang tu. Haha!! Aku pun tak tahu pokok siapa. Banyak kat depan ni.. Maklumlah kan, aku ni pemalu memang hidup terperap dalam rumah jelah. Okeh, sambung cerita tadi. Terus aku bagitahu hubby dan suruh dia telefon bomba. Makin lama kan api dia tu makin marak tau. Ngeri aku tengok. Asap dia pun makin lama makin tebal. Jadi sebelum apa2 terus ajak hubby blah. Tak bolehlah nak tunggu sebab kami ada budak kecikkan. Asap macam ni tak bagus untuk dia jadi sebelum apa2 sayonara lah. Tapi takpe kami pun dah telefon bomba, mungkin dia pun sangka kami ni kebetulan je lalu kat situ. Hahaha!! Padahal.. 



Korang nampak tak kotak elektrik tu. Okeh, aku tak tahulah apa nama dia sebab dulu aku belajar sumber manusia. Haha!! Api belakang tu je tau sikit je lagi nak sampai. Api pun dah semakin merebak ke sebelah kanan. Dah lah tempat ni banyak sangat pokok jadi agak bahayalah kan. Aku takut dengan pokok2 besar ni semua terbakar. Terus otak terbayang2. 

Balik tu kami tengok alhamdulillah semua selamat. Kotak elektrik pun ok. Mungkin masa kami nak gerak tu pun bomba dalam perjalanan. Masa kebakaran tu kesian tengok orang yang lalu lalang situ sampai tak nampak jalan, lagi kesian dekat orang yang naik motor tu. Hukhuk!! Lagi kalau bawak budak, kesian sangat..  Aku tak pasti apa punca dia tapi memang masa ni panas memang menggila lah. Mungkin sebabkan cuaca terlampau panas, atau mungkin ada seseorang hisap rokok dan buang puntung rokok dia kat situ. Erm.. macam2 sebab sebenarnya. Kebetulan pula area rumah aku ni memang angin tu kadang agak kuat juga. 

Jadi korang tu, memandangkan musim tengah panas ni jadi di harap dapatlah berhati2. Kalau ternampak kebakaran ke apa tolonglah telefon orang yang sepatutnya. Kepada si perokok2 pula TOLONGLAH sebelum buang puntung rokok tu pastikan api dia dah padam. Cintailah bumi kita. Eh!! Hahaha...

19 Feb 2015

Tips banyakkan susu bagi bf mummy!!

Assalamualaikum..

Bukan nak tunjuk pandai, bukan nak kata cara aku betul. Terpulang pada korang, kalau rasa cara aku betul sila ikut kalau tidak sila blah! Bahaha!! Sebab ada setengah tu fikir diri dia je betul, bila kita bagi tips mulalah cari cara nak hentam kita. Aku buat semua ni dan rasa kena pada aku dan alhamdulillah sekarang anak aku dah 9 bulan pun masih lagi susu ibu sepenuhnya. 

Mungkin pada korang 9 bulan tu awal lagi, tapi aku bersyukur dan happy sebab dapat peluang beri anak aku susu ibu sampai sekarang. Pada korang yang mungkin tak berkesempatan tu tak apa.. Jangan risau cuba pada masa akan datang okeh. Kalau susu banyak tapi korang bekerja korang boleh guna banyak cara zaman sekarang ni. Lain kali kita bincang pasal itu. 

1. Sentiasa positif

Paling utama, penting sangat. Terima kasih Ika sebab beri nasihat kat aku. Betul sangat apa yang dia nasihatkan. Kalau kita nak susu sentiasa banyak kita kena fikir kita boleh. Bayangkan je susu kita banyak. Jangan pernah2 sebut atau fikir benda2 negatif. Okeh, bunyi macam tak logikkan? Tapi inilah tips paling penting sekali..

2. Sokongan orang sekeliling

Ini macam agak payahlah.. Kalau dapat family jenis sentiasa sokong kau apa kau buat takde masalah tapi kalau dah dia pun kutuk kau itu jadi masalah. Hahaha!! Family aku alhamdulillah.. Sentiasa sokong aku yang memang dari mengandung dah tanam niat nak susu penuh. Cuma ada sesetengah orang tu yang suka merendahkan kita ni. Mungkin pada diorang orang bagi susu ibu ni takde duit kot! Lantaklah kita nak jimat ke apa kan.. Janji tak pakai duit orang. Iya tak??!! 


3. Banyakkan buah dan sayur

Tips ni jalan jugak pada aku. Aku ni memang hantu sayur, semua jenis aku makan memang takkan tolak punya.. Kalau makan takde sayur yang tu aku benci. Haha!! Makan takde sayur buat selera aku mati. Air buah memang kesukaan aku bila makan kat luar. Kalau tak makan luar pun mesti aku akan suruh hubby tapaw untuk aku. Biasanya carrot susu. Tapi lobak putih bagus sangat untuk tambahkan susu. Korang boleh campak masuk dalam sayur campur goreng, sup ayam, bubur, rebus cecah sambal belacan pun okeh jugak. Pendek kata masuk je dalam apa2 masakkan pun. Anak punya pasalkan..

4. Sentiasa susukan anak

Ini untuk bagi rangsangan pada susu kita supaya dia sentiasa memproses. Macam mesin kalau dah lama tak jalan berkarat lepas tu lama2 rosak. Betul tak? Sama jugak dengan susu kita. Lagi kerap kau bagi susu lagi elok. Lagi pun jenis susu badan ni budak minum sikit2 tapi banyak kali tapi kadang tu bergantung pada anak kau jugak. Korang yang bekerja jangan risau. Mesti fikir macam mana nak bagi anak susu kalau tengah kerjakan? Takpe, kan ada pump. Masa kerja tu pump lah. Bila agak dah bengkak tu pump je. Samelah jugak macam bagi susu kat anak, lagi rajin kita buat keluaran lagi meriah hasilnya nanti. 

5. Minum banyak air

Lebih2 lagi air masak.. Tapi aku jarang minum air masak selalu minum air ada warna tapi mesti kurang manislah. 

6. Jaga pemakanan

Setiap orang yang menyusukan ni memang akan memanjang lapar jek. Aku peduli apa orang nak kata aku gemuk ke apa. Aku makan pun sebab anak. Aku 100% bagi baby AF susu ibu jadi memang kejap2 lapar. Tengah malam pun tetiba aku akan lapar dan biasanya aku akan siapkan makan tengah malam aku. Hahaha!! Abaikan orang yang mengutuk kau gemuklah apa. Lantak kaulah.. Janji anak aku sihat. 

7. Jus kurma

Masa berapa bulan tu aku ada minum jugak jus kurma ni. Sedap okeh.. Buat air dia tak payah dah nak letak gula ke apa sebab memang dah manis. Jadi boleh kawal sendiri tahap kemanisan dia tu. Sunnah nabi kan.. Dah lama tak minum nanti nak minum baliklah. Minum ni terus rasa susu yang anak aku minum pun berkhasiat sangat. Apa saja yang kita makan dan minum dia dapat khasiatnya kan.. 

Banyak lagi tipsnya.. Tapi buat masa ni ini yang aku amalkan selama sembilan bulan dan insyallah aku akan teruskan selagi terdaya. Korang yang menyusukan anak tu abaikan je apa orang sekeliling kau kata. Biarlah dia, bukan kita pakai susu dia pun. Haha!! Aku selalu je kena kutuk sebab aku susu badan tapi aku tak boleh mengalah. Pada aku cukuplah hubby menyokong aku, sentiasa ada, sentiasa beri semangat. Yang lain tolak tepi. Lantak kaulah.. 

9 Nov 2013

Finally im pregnant!! ~3 month

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Mungkin sudah tersurat rezeki aku kali ini. Siapa yang tak inginkan anak betul tak? 

Sebenarnya dari awal lagi kami sudah tahu yang aku pregnant cuma masih belum berani mahu war2 kan di blog yang penuh sarang ini. Miahaha!! Yelah, orang kata tak elok berita yang baik itu disorok2 tapi tak salah kiranya aku lepaskan dulu 1st trimester memandangkan dulu aku pernah keguguran. So, hurmm.. Risau sesangatlah kan. 


Tolong jangan tanya ni masa bila punya test ok.. But, kalau tak silap ni da sebulan kot lewat period. Giler terang kan?? Masa ni weolls rasa macam nak melompat2 dah. Tapi apakan daya. Hubby tu kalau hentak kaki sikit pon dah marah. Haha... Sayang sangat kat iolls *erk*


Haha!! Tak puas hati punya pasal. Aku sendiri tak boleh nak kira berapa kali aku buat test. Rasanya dari start aku kawin sampailah sekarang ni dah pregnant dah 50 test kot aku guna. Miahaha!! 

"eh, kau gile test ke ape"

Ada aku kisah.. Aku tak kisahlah orang nak kata apa. Buat habis duit ke apa ke. Tapi ntah. Aku jadi suka buat ujikaji air wee wee sendiri. Bahaha!! *statementmaut* 

So, pada korang sume buatlah ikut sukati korang. Abaikan apa orang nak kata. Bukan beli pakai duit diorang pon. Sekurang2nya tak membebankan kita sudah. Jangan kerana dek nak beli pregnancy test sampai seminggu kau tak makan. Itu adalah salah sama sekali. 

Sebelum aku di confirmkan tentang pregnant ni dengan doctor banyak liku2 dan rintangan yang kami hadapi. Tapi yang tu akan aku story nanti2.. And jika ada masa nak jugak aku share apa yang telah aku ikhtiar sebelum disahkan pregnant. 

So, alhamdulillah kami bersyukur dengan rezeki yang baru ini. Doakan aku and baby selamat sehingga melahirkan nanti.. Aku juga berdoa buat kalian yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat semoga akan ada nanti rezeki kalian cuma cepat atau ambat sahaja. Aminn..