Showing posts with label JB. Show all posts
Showing posts with label JB. Show all posts

4 Jun 2016

JPO SALE!!!

Assalamualaikum..

Esok last wei.. Siapa2 dekat bolehlah pergi masih sempat lagi ni. 

Murah ke? Agak2 diskaun 60% mahal ke murah? 

Ala.. Memanglah, belum diskaun harga dah berapa diskaun pun macam tak diskaun je. Hello... Pada aku agak murahlah wei. Takkan harga riban2 kau nak harga dia lepas sale RM5 kot.. Kikiki.. 

Nak raya ni apa lagi shopping le mana patut sementara harga murah cecah tanah. Hahaha!! Best oo tak puas shopping.. *kenyit mata kat hubby sikit. Hihihi.. Aku pergi dah 3 kali, mostly semuanya ada diskaun. Paling kurang aku tengok pun diskaun 40%. Macam hari tu kitorang masuk Armani Exchange tshirt dia ada yang RM40 lebih dah dapat. Cantik2 pulak tu. Hari pertama kitorang datang sampai 2 kali. 

Sebabnya? Sebab tak dapat nak decide nak bagi hubby aku present apa untuk birthday dia. Dari nak beli baju, tali pinggang, pastu aku rasa tak best sebab baju macam selalu je beli. Nak beli sesuatu yang kami jarang beli. Nak beli cap, tapi macam tak best jugak. Bila decide nak beli jam sekali jam tu just ada untuk lelaki je, perempuan punya takde. Memang taklah hubby aku nak kan. So, kami keluar pergi bandar. Eh, tiba2 terfikir macam nak beli 'something' so malam tu kami patah balik pergi JPO. Oh, aku tak ada kesabaran yang kuat nak pergi masa 3hb (semalam). 

Jalan2 masuk butik Coach tengok2 harga beg wah... Manyak diskaun ohh.. Yelah, kalau RM2000 boleh dapat dalam RM900 tak ke sawan kau tengok. Terkebil2 jelah kat situ.

Ramai sangat tak? Oklah, berapa kali aku pergi dalam masa terdekat ni takdelah sampai rabak nak tunggu. *ganas betul ayat aku. Kejap lagi hubby aku baca habislah.. Masa 1st aku pergi tu tak kena beratur pun, baru ni pergi kena pulak. Maybe orang dah start ramai datang kan. Maklumlah dah nak last day ni. 

Apa kau beli? Aku.. Aku adalah beli barang2 sikit, nak rayakan. Belilah beg raya. Membazir? Tak ye, nak tau kenapa sebab aku akan beli beg setahun sekali je. Hahaha!! Baguskan aku. Tapi lepas ni tak taulah.. ;P 

Kata beli, mana gambar? Eh, motif kau mintak gambar. Hahaha!! Taklah gambar nanti aku update lain. Tapi bukanlah gambar barang2 yang aku beli ye, memang taklah aku nak ambil gambar tepek kat blog aku ni. Gambar kami masa di JPO je boleh. 

Sebut pasal JPO ni malam tadi gigih betul korang yang redah jam tu. Katanya jam teruk, aku yang tak penyabar ni memang elok sangat duduk rumah senyap2. Hahaha!! Tapi sekarang dah tak jam macam malam tadi tu. Malam tadi je orang ramai maklumlah bukak sampai pukul 2 pagi. So, sekarang dah boleh jalan melenggang mak limah nak shopping kat JPO. ;P

Soh, moh le beramai2 memeriahkan lagi JPO Sale ni. Kalau tak sempat pun tak pe.. Sebab JPO ni memang hari2 ada sale. Ada orang kata JPO barang tak up to date. Pada aku terpulang koranglah, kalau ada duit lebih beli je kat mana2 tak kisah. Kat Singapore pun sekarang certain butik tengah Sale 60%. Ikutkan hubby aku nak belikan kat sana tapi fahamlah, barang tak nampak depan mata. Perempuan mestilah nak belek, tenung dulu kan? Nantilah, ada free kita shopping baju raya kat sana ye.. 

Oh, nanti aku share favourite place aku shopping ye. Confirm tak menyesal!! Sebelum nak raya nanti bolehlah korang ke sana. 

15 Mar 2016

Family Dinner: Senibong, JB. *Recommend*

Assalamualaikum.. 

Jarang dapat bersua muka disebabkan masing2 sibuk dengan urusan sendiri. Walau pun aku ni anak tunggal tapi aku memilih untuk duduk sendiri dengan keluarga kecil aku. Bila kita duduk dengan family orang akan kata "senanglah duduk dengan family, jimat" bila kita duduk sendiri lain pula orang kata "kenapa tak duduk dengan family, kesianlah takde teman". So, how? Tapi memandangkan aku tak suke nak terpengaruh sangat cakap2 orang ni pi lantoklah, janji hidup happy. Betul tak? Family aku sendiri tak pernah bising apa hal kau nak bising??! Kikiki..

Mak ayah mana tak suka anak dia tinggal dengan dia lagi2 macam dorang yang ada aku je sebagai anak, perempuan pula tu tapi diorang lebih suka kalau kita duduk sendiri barulah berdikari. baru kita rasa challenging. 


Kami bukan makan kat kedai ni ye, ni saja je menumpang bergambar di sini sebab view dia cantik. Penuh dengan pencahayaan. Terus rasa wajah berseri2. Chia.. Chia.. 


Pusing belakang pulak. Sebenarnya ini gambar setelah kenyang perut kami semua. Dah kenyang baru senang hati nak bergambar kan?


Tara.. Ini satu2nya kedai yang menjadi kesukaan aku. Aku lupelah apa nama kedai dia yang aku ingat kedai dia bersebelahan dengan 6 corner tu. Aku pernah makan kat kedai 6 corner tu tapi tak kena dengan selera aku mungkin kebetulan masa tu aku dapat ikan bakar dia pahit. Maybe selera kita tak sama kan? Tapi tak salah kalau korang cuba makan kat kedai ni, pekerja dia best tak poyo. Hahaha!! Aku paling menyampah kalau pergi kedai yang pekerja dan bos dia yang poyo. Memang 1st and the last lah aku makan kedai tu. ;P


Sorry, nampak bersepah.. Sini aku recommend kat korang order ketam sambal telur dengan siput gonggong masam sambal. Pergh!! Terasa2 pulak kat tekak.. Mr. Hubby... Boleh kita pergi malam ni tak?? *kenyit2 mata sikitlah. Kuikuikui..


Korang nampak tak apa yang aku nampak?? Korang boleh lihat dengan jelas pose yang sama yang berbeza cuma senyum dengan tak je. Bahaha!! Ops!! Sorry dear.. Gurau je.. U tetap nampak comel di hati i.. Chia.. Chia.. (Pengaruh Sepahtu betol)

Ok.. Nora bagi *****!!!



25 Dec 2015

OIC KSL, JB

Assalamualaikum..

Maaf sebab sejak2 akhir ni semua story pasal makan je. Masa ni hubby aku balik awal so moh cari aktiviti yang boleh kita buat untuk di update ke dalam blog nanti. Haha!!

OIC ni adalah Oh! Ice Cream, memandangkan asyik tengok orang share kat FB pasal ni jadi mari kita terjah apakah kehebatan dia. 


Tada!! Yup ini kedai dia. Comel je kan dengan mainan warna dia sangat menawan hati. Tengok kedai je pun dah rasa macam nak makan. Kedai ni sama level dengan Tesco dalam KSL ni atau kalau nak senang cari je Subway jumpalah. Sebenarnya gambar ni di ambil setelah kami kenyang. Haha!! 

Walau pun kedai ni comel tapi dont worry ada je tempat untuk kau nak menyelit makan. So tak lari aiskrim di kejar. ;P 


OMG!! Dia my dah.. 

BoyAF: Mama, apasal benda ni berasap2?
Me: Inilah dia keistimewaan ice cream di sini. 

Nampak macam besar melampau kan sebenarnya tidak. Kalau kau jenis hantu ice cream jangan haraplah kau nak berkongsi dengan orang. Ada orang belakang hubby aku siap order sorang satu ok kau rasa?? Aku beli ni kongsi makan bertiga. Haha!! Sebab aku tau mesti aku takkan habis punya kau tengoklah siap datang dengan waffle dia sekali. Tak ke heaven rasanya bila dapat makan waffle yang lembut, gebu dan di makan bersama2 ice cream. Walawei..


See.. Bukan setakat kedai je comel malah peralatan dia pun comel2. Siapa gadis2 macam aku (perasan) memang gila tengok benda comel gini. Rasa nak minta bawa balik je. Pandai dorang marketing kan. Unik, comel, warna-warni, menarik tertarik kau memang debom. Haha!! 


Sebelum makan dan sementara boyAF still comel meh kita bergambar dulu. Kejap lagi sure comot punya. Aku suka warna2 yang kedai ni gunakan, rasa ngam je. Mohon sapa datang sini amik set ni ya confirm tak menyesal. 




Ok, dia pun nak juga. Nanti pembaca setia aku yang sorang ni merajuk pula tak ada gambar dia.


See, baru tadi aku cakap sure comot kan dah comot. Bukan saja boyAF makan comot malah mama dan papa dia pun sama. Haha!! Oh, ya rambut boyAF memang ada perang sikit tapi tak seperang dalam gambar tulah. It's natural ok bukan aku kasi warna ke apa. Gila lah kalau anak kecik kau kasi warnakan rambut dan sepanjang aku hidup aku sendiri pun tak pernah warnakan rambut. Pantang mak aku tu. Degil2 aku tak pernah lagi aku pakai skirt, seluar pendek dan warna rambut. Zaman jahil dulu tak pakai tudung tu adalah tapi alhamdulillah perlahan2 kita berubah ke arah lebih baik kan? 

Nak share dengan korang baru semalam aku balik kampung Kluang dan aku pun pergilah Kluang Mall (orang Kluang taulah). Sibuk belikan pampers boyAF dan jumpa satu untie cina ni dia boleh tanya aku sepit bagi lentik ke bulu mata anak aku. Hahaha!! Lagilah teruk soalan kan. Anak aku boboy dan kecik lagi kot apa motif aku nak sepit bulu mata dia tu?? Haha!, Oh, ramai orang salah faham ingat anak aku gugurl. Penat aku siapkan handsome2. Tapi tak kisahlah kan, dia tetap anak aku. Hihihi..



Hailah anak..


Tinggal separuh.



Ini budak sekarang nak makan sendiri je. Kalau nak nampak dia makan banyak memang kena bagi dia makan sendiri.


OMG!! Pipi aku dah macam kuih pau. Adoi.. mana tak tembam dah asyik melantak je. lepas ni nak kena cuba berdiet dan jogging pulak lah. Baru boleh dapat badan ideal kan. 

Baru ni aku tak sihat sikit so ada jugak kurang berat aku. Masalahnya adalah hubby aku tak puas hati dia kalau boleh asyik nak sumbat perut aku ni makanan je. Bayangkan tengah malam kang ada je dia belikan makan itulah, inilah. Sabo jelah.. Bila aku tak sihat dia kata badan aku dah susut dan ayat dia senang je;

"Cepatlah sihat nanti dah boleh makan sedap2 kasi naik balik badan tu."

Kita ni alang2 tak sihat tu konon amiklah kesempatan nak kurus. Haha!! 



Makan banyak sikit nak oii. Mama tengok badan awak tu sekeping je. nanti orang kata mama bagi makan tak cukup kat awak tu. Awak taulah orang ni banyak kepoh. Haha!! Tapi ada aku kisah, aku ngadap 24 jam anak aku, aku jaga makan, pakai sakit dia so orang luar bukan tau apa pun. Abaikan je cakap2 orang lain kan?

Oklah, finally habis jugak menaip story ni. Berhari aku menyiapkan sebab aku kan kurang sihat. Jumpa lagi entry akan datang story pasal makan jugak. Hahaha!!


AK Noodle City Square, JB

Assalamualaikum..

Kedai ni antara salah satu pilihan kedai yang akan aku singgah makan bila ke CS atau JBCC. Kebetulan haritu ke bandar mencari barang dan hubby ajak makan di sini sebab lama jugak tak ke sini. So, moh le kita.


Kenapa muka aku hitam?? Tengok tangan putih kan? Yup, sebab aku is suka pakai bedak ke atau makeup yang lebih gelap dari kulit aku. Haha!! Betul wei tak tipu sebab bila aku pakai bedak yang putih tu letak tangan kat muka terus rasa "eeii muka hitam, tangan putih.." Haha!! Sebijik macam iklan tu.


Tunggu makanan. Sini semuanya mee tau jangan pulak datang2 kau order nasi lemak ke, nasi ayam, nama pun AK Noodle kan. 


Yea!! Makanan dah sampai. Oh, dont worry ya, sini halal. Tak percaya boleh datang kedai dia bukan logo halal je dia tampal sekali dengan sijil dia tampal so boleh makan tanpa was-was. Masa ni kami tak order banyak sebab kenyang lagi kot sebelum tu kan kami bedal KFC. 

Kami memang hantu makan sebab tu badan kami bagai di pam2. Haha!! Kami kalau keluar, makan no1 shopping no2. Hihihi..

Menu kitorang order tu namanya fried udon dan memang inilah pun yang selalu kami order. Tak lain tak bukan ini jelah. Haha!! So, must try ok.



20 Dec 2015

Pengalaman Pertama boyAF ke Zoo JB

Assalamualaikum..

Pengalaman pertama buat boyAF dan hubby but 2nd time untuk aku. Suatu pengalaman yang agak menyeronokkan. Baru faham kenapa dulu mak bapak kita suka bawa pergi ke tempat2 macam ni. Bila diri sendiri  rasa jadi mama kepada boyAF ni excited untuk bawa dia explore benda baru. 


Muka excited baru sampai. Sejak akhir2 ni cuaca macam tak menentu je kan. Kita sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hihihi!! Masa sampai tu dah perasan macam mendung je cepat2 bagitau hubby suruh bawa payung tapi payung yang ada pulak rosak. Tapi korang jangan risau dalam ni semua ada, payung pun dorang ada jual tinggal prepare duit je. Haha!! Oklah, beli payung warna warni yang saiz besar boleh masuk 3 orang tu RM17. Taklah mandi sangat harga dia kan. 


Nampak tak belakang tu ada macam kolam kecik. Boleh main yang kayuh2 (tak tau nama) kat situ. Tapi memandangkan aku takut air jangan nak ngada2 ajak i ke situ hokey. Eh, rambut awak dah panjanglah boyAF tapi mama memang saja nak simpan kasi panjang sikit rambut tu. Last time orang bising sebab aku potong rambut kerinting anak aku tu. Dah tu macam mana takkan nak suruh aku bela panjang sangat rambut boyAF kan? Gila kau, anak aku LELAKI ok!! 


Masuk2 kau akan jumpa burung2 dulu. Hai awak.. Cantiklah warna awak tu. Tak payah nak jeling sangat i tau i pun cantik juga.. ;P

Jalan pun still sempat nak snap gambar. Mestilah kan nanti ada juga kenangan boleh tunjuk dekat boyAF bila besar nanti. Esok bila boyAF besar tak payah cuci gambar dah baca je kat blog mama nanti. Haha!! Hai anak mama!! *lambai tangan.


Main lari2 pula dia janganlah takut i tak makan u lah.. 


BoyAF apa yang awak jenguk tu.. Bukan situ belakang tu. Nampak tak apa tu, buaya. Ngeri je masa pergi area sini nasiblah buaya tu tak bergerak, tidur. 


Oii, bangunlah.. Haha!!




Aku yang amik gambar aku yang tidur. Haha!!



BoyAF dan payung warna-warninya. Suka sangat awak dapat main payungkan. Masa ni berehat seketika sambil layan hujan dan layan nuget. 

1st time aku datang sini masa kecik2 lagi so tak ingat dah. Tak dapat bandingkan apa perubahan dulu dengan sekarang. Siapa ada anak tu memang aku recommend sangat supaya datang sini sebab ini salah satu aktiviti yang menyihatkan. Daripada anak asyik main gadjet je eloklah bawa anak ke sini. Tak lah tepu dia duduk memerap je kan. 

Bayaran masuk sini dewasa RM2. Kanak2 bawah 2 tahun tak perlu bayar, atas 2 tahun mungkin dalam RM1 je kot. Tak ingat sebab anak aku kan tak perlu bayar. Hihihi..



Ok, moh layan pemandangan sampai tertidur. ;P

11 Oct 2015

Ragam babyAF dan preloved sale!!

Assalamualaikum..

Jangan sangka anak kecil takde ragam ye, lagi macam2 ragam dorang tapi yang pelik tu ragam dorang bukan buat kita jelik tapi buat makin geram, nak senyum dan happy.

Sekarang babyAF dah pandai ngamuk2, tak dapat ngamuk, itu ngamuk, ini ngamuk, haha!! Untung babyAF kalau papa dia mahu aku meroyan. Dah tu pantang nampak kita halakan hanfon kat dia tau2 je kata kita nak amik gambar dia, lepas tu mulalah cepat2 dia datang nak tengok gambar yang kita amik.

BabyAF start mengamuk lepas kami balik dari jalan2 Kelantan hari tu. Haha!! Ingat lagi balik dari Kelantan tu sampai rumah dah tengah malam dia tidur tapi asyik ngamuk2, penat mungkin. Nasib aku ni jenis kat rumah je buatnya aku bekerja rasanya masuk kerja dengan mata panda. Haha!!


Ohh anak, feeling model ke apa?? Awak buat mama melting je. Tengoklah babyAF sekejap je membesar. Cuma badan je tak nak naik2. Haha!! Jenuh bagi makan macam2, tapi badan gitu jugak. Mama dengan papa dia pulak yang makin membolat. Tapi takpe kita start slow2 fit balik. 

Oh, siapa nak preloved baju babyAF murah2. Banyak dah tak muat macam kemeja, baju teddy bear tu, tshirt, sweater, nak di simpan untuk adik dia takut esok2 dah lusuh sayang je kan. Ada GAP, Cotton On, kemeja dia banyak yang GAP punya. Ada jugak tempat simpan susu jenama Avent, botol kaca Avent, beli tapi last2 direct jek bagi susu kat babyAF sebab iolls kan duk rumah je so leceh pulak rasa kehulu ke hilir nak bawak bakul atau beg besar2. 

Tempat simpan susu tu aku baru pakai tiga kot. Ada lagi 7 belum usik dalam plastik lagi. Haha!! Dasar betul perangai. Oklah, nanti ada masa aku share barang2 dia. Siapa nak boleh wassap ke, line ke dekat +60136464455. Owh, please message sahaja sebab segala call takkan di layan. wassap je akan ku balas nanti. 






21 Sept 2015

Harga rumah melampau

Assalamualaikum..

*sekadar contoh

Tajuk bikin stress. Duduk JB tapi harga rumah dasyat macam kau dekat oversea. Haha!! Melampau tak  bayangan aku tu. Serius ok, sini nak jumpa rumah murah dah susah. Nak jumpa rumah setingkat sederhana baru naik pun susah yang banyak sekarang apartment dan rumah mewah. Hoii.. Tak semua orang mampu ok nak beli rumah mahal2. Rasanya kita semua akan bayar hutang sampai hujung nyawa kot, elak anak2 pulak tukang sambung. Hihihi!!

Kalau zaman dulu nak jumpa rumah bawah RM 200 000 senang je. Siap dapat 3 bilik lagi. Siap dapat corner lot lagi. Sekarang? Paling kurang harga RM 200 000++ kau boleh dapat satu bilik je. Kau rasa. Kalau bujang pun belum tentu nak beli betul tak. Kena macam aku yang ada anak ni ape cite. Kalau beli rumah 1 bilik esok anak dah besar kat mana pulak nak campak dia kan?

Niat di hati nak beli rumah, duit takde. Kahkahkah!! Kat JB adalah rumah dalam RM 300 000++ tapi tu pun area Pasir Gudang, Kulai, kena hubby aku yang kerja merantau macam mana. Huii.. Bikin panas. Aku duduk jauh sikit dari area bandar sebelah rumah aku ni sedap mata pandang rumah dia tapi tengok harga terus telan air liur sampai tercekik. Apa? RM 500 000++?? Hello... RM 1 juta ok!! Kau rasa? 

Rumah aku duduk ni rumah teres setingkat biasa je so tak payah feeling cam aku duduk rumah banglo pulak. ;P Ini pun kami sewa. Murah kan rumah yang RM 1 juta tadi tu, murah sangat... Haha!! Nilai Ringgit Malaysia jatuh tapi harga rumah tak jatuh pun. Ciss betul. Barang pun sama je harga, orang kaya tak rasa tapi orang macam kita ni terasa jugak lah kan. Tapi, takpelah.. bersyukur apa yang ada. Dekat JB ni ramai orang Singapore beli rumah cuma ada syarat jugak dorang kena beli rumah mahal2 je. 

Bila harga rumah nak turun?? Haha!! Kalau beli rumah RM300 ribu - RM400 ribu deposit 10% = ?? Haa.. Fikir2 kan sendiri. 

Ini baru dekat JB belum lagi duduk KL lagilah stress memanjang. Haha!! So, marilah kita pakat ramai2 kumpul hutang berjemaah ya.. 


14 Sept 2015

Kemalangan lagi dan lagi..

Assalamualaikum..

Walaupun di timpa ujian alhamdulillah semuanya selamat. Cuma kereta jela luka. Haha!! 


Tragedi ni awal bulan ni lagi. Nampak tak teruk manakan? Tapi terbang juga RM700. Nasib bukan duit aku melayang. Kikiki.. Sudah tentu siapa yang gesel tu bayarkan, siapa suruh awak sodok kita kan dah terbang melayang duit tu. Kesian sebab untie tua kategori kau dah boleh panggil nenek pon. Tapi tak boleh nak buat apa sebab dia yang masuk simpang makan jalan orang dan di sagatnya si putih ni. Yang lebih penting untie ni takde lesen dan baru belajar bawa kereta. Tak tahu macam mana dia boleh lepas bawa kereta sorang2. Tak memasal aku yang kena. 

Tapi tak seteruk si pinky aku yang kena, baru jugak kejadian tu dalam 2 bulan lepas kot! Pun sama kena sondol depan dengan Cina mabuk (bukan kutuk tapi memang dia tengah mabuk). Jahanam depan pinky aku, sedih sebab tu kereta kesayangan. Itu teruk sikit sebab habis dalam RM2500. Sama gak orang tu yang tanggung sebab sendiri cari pasalkan. Untunglah tu dari aku minta dia ganti kereta baru ke apa kan. Hahaha!! 

Mohon sangat lepas ni sesiapa yang acah2 poyo bawa kereta tu sila duduk rumah je tak pon kalau nampak aku tengah drive sila bawa jauh2 sikit. Hahaha!! Stress aku walaupun bukan aku yang keluar duit tapi dia punya fobia teruk oo.. 

Cakap pasal fobia aku teringat masa belajar kat Seremban dulu aku pernah kemalangan naik motor. Masa tu aku bawak skuter ego. My abah belikan kereta tapi tak nak bawa tetap nak skuter jugak sebab baru ada stail katanya. Sekali amik kau. Pergi bandar berdua dengan kawan nak beli tiket keretapi nak balik kampung sekali tengah lalu selekoh dekat A&W Seremban tu (siapa duduk Seremban taulah tempat ni, selekoh mati punya) tah datang dari mana kereta himpit terus aku terbang bagai Superwoman. Sampai terkoyak baju dan sweater aku. Rasa nak pitam aku ketepikan sebab nak tengok siapakah gerangan yang telah melanggar aku tadi tapi sayangnya semuanya nampak kabur yang aku nampak cuma sebuah kereta Estima berwarna kelabu. 

Lepas tu terus ramai berkumpul keliling aku. Nasib ada pakcik berenti naik kereta kancil tolong bawak aku pergi hospital. Eh, muka aku kat bawah mata pun tergeser dekat jalan tar. Terus takut muka berparut. Habislah saham jatuh kan. Cis!! Terus berpantang gila tak sentuh benda bergatal dan berkicap. Haha!! Kawan2lah yang tolong jagakan masa tu. Thanks kawan2 ku.. Kuingat budimu semua sampai bila2, tak terbalas rasanya. 

Sejak kemalangan tu sampai sekarang aku tak bawa motor tapi kalau kereta serah kat aku. Sejak kemalangan tu jugak terus bawak kereta pergi Seremban. Haha!! Terus dapat ayat "dah di bagi kereta tak nak pakai nak jugak motor, rasakan." Selepek kat muka pergi dia. Kelakarnya bila lepas kemalangan tu telefon my mak cakap tak jadi balik sebab banyak assignment padahal dah terlantar kat rumah. Seminggu lepas tu baru bagi tau terus berdesup my mak and abah datang. Hahaha!! Terus kena pot pet pot pet. Walau pun satu kenangan yang pahit tapi ada jugak manisnya. 

13 Jun 2015

Preloved : Baby Chair

Assalamualaikum.. 



Eh, betul ke nama dia baby chair. Aku pun tak pasti. Oh, ini nama je second hand item ye tapi masih baru sebab babyAF tak nak pun duduk dalam ni. Stress haku. Haha!! Iye je mama beli awak tak nak pulak, biasa ni dia.. 



Beli ni dulu konon nak train anak duduk and senang nak bagi dia makan. Pernah masukkan dia sekali je tapi ngamuk2 dia lepas kan diri. Ciss sangat tu perangai. So, tak guna sampai ke sekarang. So, nak jual ni dulu aku beli RM199.90. Beli dekat butik dalam Jusco so now nak jual RM150. Takde calar ke apa ye sebab tak guna and jadi barang hiasan je dalam rumah ni. Daripada tak guna baik aku jual je, esok2 kalau ada anak lagi beli lain. haha!! Dasar perangai hantu shoping memang gini. 

Siap 1 set semua ye, ada tali pinggang, ada table. Table dia boleh sorok2. Tu bawah tu ada tulisan tu haa.. Itu meja dia. Tak nak pakai kau sorok masuk bawah tu. Kerusi ni ringan je kalau kau ada anak dah besar sikit pun boleh angkat lepas tu duduk tolong suap adik dia makan. Haa.. Senang kan. Ini nanti aku bagi sekali dengan kotak dia. So, tolonglah beli sebab aku nak kurangkan semak rumah ni. Memandangkan tak lama lagi nak raya so tolong mudahkan aku nak mengemas nanti. Haha!! 

Siapa area JB, beli2.. Lagi senang nak COD pun boleh. Tapi biasanya tengah2 malam lah sebab hubby kita busy. Haha!! 

Siapa berminat sila wassap aku ok. Nak tanya ke, nak bincang harga lagi ke, boleh punya takde hal. 

Wassap, telegram : +60136464455
Warning : Just message ok, no call. Oh, jangan jugak ade mesej menggatal ke ape, nanti laki iolls tumbuk u. Bahaha!!

8 May 2015

Operation: Tyroid

Assalamualaikum..

Not me. Tapi my mak. Takut, sedih, kesian, semua ada tapi perlu di buang supaya tak memudaratkan diri nanti. Bila dah terlambat baru menyesal, "kenapalah aku tak buang dari dulu..". 


Sedih jugak sebab dalam keluarga aku yang kecil ni memang jarang sakit dan tak pernah sejak aku lahir my mak or abah masuk hospital. Alhamdulillah kami di beri kesihatan yang baik2, setakat demam biasa itu normallah. Ini 1st time nampak mak sendiri masuk hospital, selalu tu tengok orang upload dalam FB family dorang masuk hospital but now rasai sendiri pengalaman camni. 


Kau mampu senyum? Haha!! Entah dah terbiasa tiap kali bergambar mesti nak senyum. Senyum untuk beri semangat tak salah kan? Ini belum operate lagi. My mak kena tahan 2 hari sebelum tarikh sepatutnya sebab tekanan darah dia mula tak stabil. Padahal tak pernah2 ada darah tinggi ke apa, tiba2 je. Aku syak my mak nervous kot! 


Sampai masanya..

Masuk operation room pukul 9 pagi, keluar pukul 5. Kau rasa? Lama tak lamalah kan.. Orang lain yang masuk lepas my mak pun dah keluar dulu. Hihihi.. Tapi nama pun operate besar kan. Ada di sediakan waiting room tapi sejuk dia nauzubillah. Dasyat!! Tak boleh tahan. Oh, ya. Aku kalah aircond sikit. So, jadi tukang ukur jalan kat depan ni. Kehulur kehilir aku lalu situ. Akulah orang paling tak reti diam. Stress je orang nengokkan. 


Seram tak? Masa ni macam2 doa baca, haha!! Apa lagi yang mampu, berdoa jelah banyak2. Dalam pukul 1 lebih tu my abah suruh turun makan. Aku pun layankan jelah. Cari hubby dan babyAF kat bawah ajak pergi cafe. Tak makan pun, minum je. Masa2 macam ni kita mana ada selera nak makan. 


Ngeri kan? Nampak tak wayar yang panjang tergantung2 tu? Itu tebuk ok.. Sebenarnya ada kiri kanan, tapi sebelah kiri tu dah bukak. Kenapa? Itu sebab ada darah beku so dia tebuk lah kasi buang. Bayangkan panjang wayar dia sepanjang lengan. Hokhok (terbatuk). Senak...

Nasib belah dekat bawah leher, kalau tengah2 aku rasa memang susah sikit nak bergerak. So far buat masa ni tanya my mak makan ok ke, sakit atau tak, dia kata ok. Aku ingat tak boleh nak makan benda keras tapi malamnya doktor suruh bagi makan, yang aku pun roti jelah yang ada. Tanya doktor dia kata boleh so aku bagilah makan sikit2. Cuma doktor pesan kalau sesak nafas ke apa kena berhenti makan. 

Masa ni hubby dan babyAF memang berkampung kat hospitallah.. Siang malam muka kami je kat hospital. Aku jaga my mak sampai tengah malam, agak dah tidur slow2 aku cabut keluar. Haha!! Oh, aku dah bagitahu awal2lah.. Nak buat cam mana babyAF kan still susu ibu so malam2 kang mencari aku pulak. Pagi masakkan for my mak, tengah hari bawak. Tak selera katanya makan makanan hospital. Siap order ok my mak tu. Kejap2 kang "Esok masakkan mihun sup bodo" esoknya pulak "Esok masakkan ikan mata besar singgang". Haha!! Siap bagitahu spesifik tu ikan apa. Tapi aku ok je, layankan asalkan makan. 

My mak duduk hospital seminggu jugak kot! Seminggu jugak hubby aku cuti. Haha!! Haruslahkan, dah kata kami je anak dia.. Oklah tu tak boleh lawan masa cuti 3 bulan dulu. Haha!! Sebab tu aku suka hubby kerja dekat situ, asalkan kau bagi performance yang baik mintak apa saja. Eh, jangan kau mintak duit tak semena2 dahlah. Mana2 bos pun naik hantu. Hihihi! 

Sekarang ni dah dekat seminggu jugak my mak keluar hospital. Alhamdulillah dah ok. Selera pun bertambah, badan pun kuat, cuma ada perubahan sikit, suara berubah sikit. Yelah, maybe dekat leher kan tapi bersyukur sebab tak sampai hilang suara. My mak sebenarnya dah 8 tahun kena tapi disebabkan ia tak aktif so takdelah besar mana. Tapi doktor dah bnyak kali sarankan buat operate tapi tiap kali tu dia tak nak. Katanya takut after operate nanti hilang suara. Last aku nasihat sikit buat je daripada esok makin teruk. Kalau ada ubat yang kecut pun berkemungkinan esok2 boleh naik balik, ye tak? Lastly, akhirnya my mak setuju. 

Selepas di bedah kata2 dia "lega.." Hahaha!! Apa lagi terus aku pot pet pot pet. Teringat masa doktor check sebelum operate.

Doktor A: Kenapa?
Doktor B, C dan D (ramai): ’€>%<#,*>,¥€^,#.}.{{,#?€£€%,#,%?€!?>?<,#? (terangkan penyakit my mak)
Doktor A: Ok je tu makan.. (setelah nampak my mak tengah makan)
My mak: senyum je
Dortor A: Nama makcik siapa?
My mak: *>^<#,% (nama dirahsiakan) 
Doktor A: Haa.. boleh je cakap, ada suara.
Doktor B,C, dan D (ramai): terangkan my mak operate lagi 2 hari.
Doktor A: Operate lagi dua hari, yang hari ni kat sini kenapa?
Doktor yang ramai tadi: *€?%,#^,}.},*€!€+%,%.%~,^<,€+? darah tak stabil. 

Hahaha!! Itu je aku faham. Kelakar ok doktor pakar tu. Oh, ada sesetengah orang yang alami macam mak aku ni kadang tu ada jenis sampai susah nak bernafas, suara pun tersekat2, semput, lepas tu sakit. My mak pulak memang tak alami semua benda tu. Takde rasa sakit, suara ok, bernafas pun ok. 

Oh, korang2 silalah mana2 yang ada sakit2 agak bahaya tu sila2 berubat. Risau bila keadaan makin teruk. Kalau kena pantang tu pantang jelah. Macam my mak sekarang dah ok sikit cuma tinggal berpantang je. 

Ok, now dah penat menaip, jom tidur. zzzz....




5 May 2015

Trick Eye Museum, USS Singapore

Assalamualaikum..

Follow rakan sekerja hubby. Dorang beli tiket from Groupon kot! Murah katanya. So, gerak masing2 dari rumah sendiri dan jumpa kat sana je dan kami je pon orang Malaysia yang lain dah terang2 memang orang sana. Hihi! 

Sebelum ni dah berapa kali jugak pergi USS ni tapi rugi kalau kami masuk sebab bayar tiket mahal2 tak main. Kami penakut. Bahaha!! 1st time main dah terkena dengan the mummy tu. Roller coaster paling dasyat. Haha!! Terus tak main.


Siapa berani sila main, aku main ni terus sakit dada mengucap panjang. Gambar takdelah sebab masa tu tak bertudung kan. Takleh masuk sini. Masa naik ni aku senyap je sebab takut. Haha!! Ya, aku kategori bila takut duduk ko diam2 situ. Bahaha!!

Korang jangan risau sebab trick eye ni kat bahagian luar je so sape nak masuk ain roller coaster bagai kat dalam tu kena beli tiket lainlah. Not sure harga tiket berapa sebab yang aku tau semua settle. Hihihi.. Bolehlah try datang sini sebab not bad, siapa minat ambil gambar banyak2 boleh datang sini sebab memang banyak boleh bergambar kat sini. Kami pun tak habis bergambar dah letih.


Berkumpul dulu dah cukup korum baru boleh jalan. Masa tu kami park kereta kat Vivo, ikutkan kami biasanya park je dalam USS tu tapi yang lain2 nak park kat luar so kita layankan jelah.. Kelakarnya bila dah berkumpul si hubby aku boleh pulak tertinggal tiket dalam kereta. Choii sangat kan? "pergilah kau menapak sorang2 bang, kuasa aku." Dush! Dush! Tak boleh jadi isteri solehah, haha!! 


Tetiba tengok gambar ni fefeling model pulak. ;P


"Mama!! Dia nak ngurat kita.." babyAF

Tengok baby wani elok je duduk diam2, senyum, ini awak macam kena kejar dek zombi pulak. Haha!! Takdelah, babyAF ginilah pantang tengok kita jauh sikit ek sana ek sini. Kikiki. Tapi aku suka je, masa kecil nilah nak manja2 dengan anak esok dah besar dia pun dah ada tanggungjawab sendiri kita pun kena ada tolak ansur jugak. So, aku nak gunakan masa yang ada dengan baik untuk family aku. Eh, terbebel pulak. 



Ini masa dekat Vivo City sementara tunggu yang lain sampai aku cuci duit dekat sini dulu. Haha!! Dapatlah sweater dengan t-shirt babyAF. Aku jenis keluar tak beli apa tak senang duduk. Haha!! Tak kisahlah beli apa pun, makanan ke, barang dapur ke, janji dapat. Ok, tak payah pelik. 


Aku pergi toilet rupanya ini yang korang buat ye?? BabyAF, gigi mana, gigi? Haha!! Nampak gusi je. Budak zaman sekarang ni jenis kau ajak dia bergambar tahu je dia. Terus posing. Bijak sangat kan. 


Ok!! ready nak jalan!!

Gambar agak berterabur sebab aku tak ingat yang mana satu dulu yang mana last. Terlampau banyak tempat kau boleh bergambar so kita hantam jelah labu..


Okey, tak silap ini tempat 1st aku bergambar. Tak tahu apa motif gambar ni so aku just posing je. Sungguh tak kreatif langsung. Bahaha..


Ok, kantoi pendek.. Yes, aku pendek, debab, tapi comel. Eh! Hahaha!!


Ciss, senget pulak gambar ni. Spoil lah. 

"Mulut tu.. Mulut tu.. Apasal muncung sangat?"


"Tak payah nak beriya sangatlah.. Buat rilek sudah"


"Orang naik kuda dia nak lagi power. Ceh.. Tapi gaya tu cam tak takut jatuh je. 


Belum sempat letak dah melalak. Ye, dia tak suka di letak. Nak berkepit je. Choii sangatkan? Beriya je mama posing tau sekali dia tak mau pulak. Oh, lupa. Baju tu memang memancar okeh. Setiap gambar kalau kena cahaya memang akan bercahaya. Kami bertiga pakai baju yang sama. 1 set kami beli kat Pasar Karat JB. Best, kain memang lembut. Selesa sangat pakai. 


See.. Baby Wani ok je duduk dalam tu. Haha!! 


Wah.. Sayang kamu berdua.. Rindunya dua orang ni. Oh, masa entry ni di taip aku dekat Hospital lagi.


"Oii.. oii.. tengok apa tu??" 


Dasar pendek tak sedar diri. Kononnya dengan harapan sampailahkan padahal..


Muka babyAF takut tengok abang hensem. Haha!! Berkerut2 muka kamu.


Alololo.. Kiutnya. Haha!! Masih lagi berkeriut muka tu. Haha!! Ohh, aku ada je kat belakang dia ea. Akulah yang tukang pegang.




Aku suka gambar ni nampak so real and menggerunkan. 


Terbalik anak iolls. 

"Hai awak, seksi awak yang kat belakang tu."



"Tolong.. Berat ni.."


Kau rasa kalau realiti ade ke muka nak cenggitu? Senyum lagi.. Bahaha!! BabyAF pun tak faham apa2.


"Siapa nak tumpang? Cepat siap.."


Muka seronok nak kena makan dengan naga.


Dalam ramai2 aku rasa kamu yang paling comel, kucing..



"Mama sayang kamu.." 


"Tolong!!"


Teror tak aku??



Masa ni aku dengan hubby berenti sekejap, letih ok. Takdelah besar mana tempat dia TAPI banyak tempat kau boleh bergambar. Beza dia kreatif atau tidak je..


Love this picture.. 


Me: "Kita nak dating dengan bf baru.."
Hubby: "Pergilah.." 

Takde perasaan sangat kan? Haha!! 



Look so real.. BabyAF macam betul2 nak kena makan. Hihihi.. 


Finally, habis pun. Haha!! Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak larat nak masukkan. Bayangkan baru masuk kat sini belum jalan tempat lain. Kalau jalan sana sini tak tau bila siap. Ini pun dari hari aku kat sepital sampai dah kat rumah baru siap ni. So, selamat menjamu mata..