Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

5 May 2015

Trick Eye Museum, USS Singapore

Assalamualaikum..

Follow rakan sekerja hubby. Dorang beli tiket from Groupon kot! Murah katanya. So, gerak masing2 dari rumah sendiri dan jumpa kat sana je dan kami je pon orang Malaysia yang lain dah terang2 memang orang sana. Hihi! 

Sebelum ni dah berapa kali jugak pergi USS ni tapi rugi kalau kami masuk sebab bayar tiket mahal2 tak main. Kami penakut. Bahaha!! 1st time main dah terkena dengan the mummy tu. Roller coaster paling dasyat. Haha!! Terus tak main.


Siapa berani sila main, aku main ni terus sakit dada mengucap panjang. Gambar takdelah sebab masa tu tak bertudung kan. Takleh masuk sini. Masa naik ni aku senyap je sebab takut. Haha!! Ya, aku kategori bila takut duduk ko diam2 situ. Bahaha!!

Korang jangan risau sebab trick eye ni kat bahagian luar je so sape nak masuk ain roller coaster bagai kat dalam tu kena beli tiket lainlah. Not sure harga tiket berapa sebab yang aku tau semua settle. Hihihi.. Bolehlah try datang sini sebab not bad, siapa minat ambil gambar banyak2 boleh datang sini sebab memang banyak boleh bergambar kat sini. Kami pun tak habis bergambar dah letih.


Berkumpul dulu dah cukup korum baru boleh jalan. Masa tu kami park kereta kat Vivo, ikutkan kami biasanya park je dalam USS tu tapi yang lain2 nak park kat luar so kita layankan jelah.. Kelakarnya bila dah berkumpul si hubby aku boleh pulak tertinggal tiket dalam kereta. Choii sangat kan? "pergilah kau menapak sorang2 bang, kuasa aku." Dush! Dush! Tak boleh jadi isteri solehah, haha!! 


Tetiba tengok gambar ni fefeling model pulak. ;P


"Mama!! Dia nak ngurat kita.." babyAF

Tengok baby wani elok je duduk diam2, senyum, ini awak macam kena kejar dek zombi pulak. Haha!! Takdelah, babyAF ginilah pantang tengok kita jauh sikit ek sana ek sini. Kikiki. Tapi aku suka je, masa kecil nilah nak manja2 dengan anak esok dah besar dia pun dah ada tanggungjawab sendiri kita pun kena ada tolak ansur jugak. So, aku nak gunakan masa yang ada dengan baik untuk family aku. Eh, terbebel pulak. 



Ini masa dekat Vivo City sementara tunggu yang lain sampai aku cuci duit dekat sini dulu. Haha!! Dapatlah sweater dengan t-shirt babyAF. Aku jenis keluar tak beli apa tak senang duduk. Haha!! Tak kisahlah beli apa pun, makanan ke, barang dapur ke, janji dapat. Ok, tak payah pelik. 


Aku pergi toilet rupanya ini yang korang buat ye?? BabyAF, gigi mana, gigi? Haha!! Nampak gusi je. Budak zaman sekarang ni jenis kau ajak dia bergambar tahu je dia. Terus posing. Bijak sangat kan. 


Ok!! ready nak jalan!!

Gambar agak berterabur sebab aku tak ingat yang mana satu dulu yang mana last. Terlampau banyak tempat kau boleh bergambar so kita hantam jelah labu..


Okey, tak silap ini tempat 1st aku bergambar. Tak tahu apa motif gambar ni so aku just posing je. Sungguh tak kreatif langsung. Bahaha..


Ok, kantoi pendek.. Yes, aku pendek, debab, tapi comel. Eh! Hahaha!!


Ciss, senget pulak gambar ni. Spoil lah. 

"Mulut tu.. Mulut tu.. Apasal muncung sangat?"


"Tak payah nak beriya sangatlah.. Buat rilek sudah"


"Orang naik kuda dia nak lagi power. Ceh.. Tapi gaya tu cam tak takut jatuh je. 


Belum sempat letak dah melalak. Ye, dia tak suka di letak. Nak berkepit je. Choii sangatkan? Beriya je mama posing tau sekali dia tak mau pulak. Oh, lupa. Baju tu memang memancar okeh. Setiap gambar kalau kena cahaya memang akan bercahaya. Kami bertiga pakai baju yang sama. 1 set kami beli kat Pasar Karat JB. Best, kain memang lembut. Selesa sangat pakai. 


See.. Baby Wani ok je duduk dalam tu. Haha!! 


Wah.. Sayang kamu berdua.. Rindunya dua orang ni. Oh, masa entry ni di taip aku dekat Hospital lagi.


"Oii.. oii.. tengok apa tu??" 


Dasar pendek tak sedar diri. Kononnya dengan harapan sampailahkan padahal..


Muka babyAF takut tengok abang hensem. Haha!! Berkerut2 muka kamu.


Alololo.. Kiutnya. Haha!! Masih lagi berkeriut muka tu. Haha!! Ohh, aku ada je kat belakang dia ea. Akulah yang tukang pegang.




Aku suka gambar ni nampak so real and menggerunkan. 


Terbalik anak iolls. 

"Hai awak, seksi awak yang kat belakang tu."



"Tolong.. Berat ni.."


Kau rasa kalau realiti ade ke muka nak cenggitu? Senyum lagi.. Bahaha!! BabyAF pun tak faham apa2.


"Siapa nak tumpang? Cepat siap.."


Muka seronok nak kena makan dengan naga.


Dalam ramai2 aku rasa kamu yang paling comel, kucing..



"Mama sayang kamu.." 


"Tolong!!"


Teror tak aku??



Masa ni aku dengan hubby berenti sekejap, letih ok. Takdelah besar mana tempat dia TAPI banyak tempat kau boleh bergambar. Beza dia kreatif atau tidak je..


Love this picture.. 


Me: "Kita nak dating dengan bf baru.."
Hubby: "Pergilah.." 

Takde perasaan sangat kan? Haha!! 



Look so real.. BabyAF macam betul2 nak kena makan. Hihihi.. 


Finally, habis pun. Haha!! Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak larat nak masukkan. Bayangkan baru masuk kat sini belum jalan tempat lain. Kalau jalan sana sini tak tau bila siap. Ini pun dari hari aku kat sepital sampai dah kat rumah baru siap ni. So, selamat menjamu mata..

26 Apr 2015

Makan di Stone Grill

Assalamualaikum..


Hari tu keluar tapi tak tahu nak makan apa so hubby ajak try makan kat sini. Stone Grill. Not bad, sedap jugak. 1st try masuk selalu tu tiap kali keluar asyik makan kat Johnny's kan. So, moh kita try menu baru. Menu dia banyak yang grill lah, sure la kan dah nama pun Stone Grill. Bahaha!! Tapi dia ada jugak menu macam bihun tomyam ke apa. Tapi hari tu kami try ni.


Tada.. Kenyang ke? Oh, ini cukup untuk sorang makan bolehlah tapi di sebabkan aku bukan sekali makan banyak. So kami share jek. Tak tahu kenapa nafsu makan aku sekarang ni macam susut pulak. Tepi tu sos blackpaper, makan ni kena hati2 sebab memang panas. Kau kena masak sendirilah ayam dengan udang tu. Senang je pun, tinggal terbalik2 kan je. Orang tak pandai masak pun reti tau. 


Comelkan kami?? Bahaha!! Perasan lebihkan? 

Kami tak order ni je, order jugak kentang goreng so boleh cilok2 bagi anak sikit. Lebih tu kami yang makan. ;p


Mata tu nampak macam nak tidur kan? Tapi sebenarnya tak ok.. Padahal bulat je mata dia tapi tah kenapa tiba2 je time nak ambil gambar dia kecikkan mata dia. Ciss betul. Haha!! 

Boleh jugak makan sini sekali sekala. Harga pun oklah tak mahal sangat. Tapi kalau aku lebih suka makan Johnny's sebab kami suka sup2. Oh, tetiba tekak terasa2 makan Johnny's. Lama lagi baru boleh makan Johnny's sebab aku kat kampung sekarang. 

10 Apr 2015

Fast & Furious 7

Assalamualaikum..

Masa cuti seeloknya digunakan membuat aktiviti yang baik dan bersama keluarga. Kami pun sama, lepas makan dekat Boat Noodle kami terus menuju ke Jusco Bukit Indah. Sang suami ajak tengok wayang. Haruslah nak kan. Sebelum gerak dari rumah lagi aku dah beli tiket online sebab walaupun hari biasa kadang tu penuh je. 


Cerita haruslah yang best kan, Fast & Furious 7. Memandangkan kami memang tak pernah tinggal babyAF kat siapa2 so kita angkut je. Nasib dah pilih siap2 seat last sekali dan bahagian tepi sebab senang nak nyusu and senang kalau babyAF meragam boleh cabut keluar senyap2. Tapi alhamdulillah dapat duduk dengan tenang sampai habis. Baby AF sangat behave masa tu, paling kelakar cerita tak start lagi dia dah bantai tidur sampai cerita dah habis. Ok.. bagus perangai tu. Saja kan bagi mama dan papa dating? 


Bilik yang kami ambil ni, Beanieplex. Kami tengok di TGV cinema. Memang suka ambil bilik ni sebab dia selesa. Nak baring ke, nak duduk ke, nak terlangkup ke suka hati kau. So, tak perlu risau kalau bersila tersenggol kaki orang sebelah ke apa kan.. Haha!! Selalu tengok wayang masa lepas kahwin tu memang akan ambil bilik ni. Sebab bilik dia tak crowded. Kadang tu lagi banyak kosong, best!!

Oh, masa tengok wayang ni bersyukur sangat sebab babyAF kan tidur langsung tak bising ke apa. Sikit bunyi ek ek pun takde. Haha!! Masa tu risau je kot2 babyAF buat perangai dan orang terus baling pop corn kat kitorang. Dasyat tak aku berimaginasi?? Wakaka.. 


See.. Tidur sampai mulut nganga. Oh, hubby kita tu tak tidur tau.. Edit punya edit nampak mata cam tidur pulak.. Haha!! 

Fast & Furious 7 ni aku rasa cam tak berapa best macam yang sebelum2 ni. Kalau dulu banyak race, lepas tu banyak terkejut2 cerita dia, banyak suspen, tapi yang ni tak banyak. Rasa cerita cam mendatar sikit. Tapi masih lagi menghiburkan. Not bad.. Masih tak rasa rugi ke apa tengok cerita ni. Tapi rasa rugi dan sedih bila beli pop corn dan air tak dapat set Fast & Furious 7 tu. Ciss betul. Berialah cakap kat hubby nak yang tu sebab cantik siap ada tayar bagai sekali sampai kaunter nampak tulis sold out. Ouch!! Sakitnya tuh di sini... 

Keluar dari panggung wayang kami pusing2 dulu dan akhirnya menyinggah ke Johnny's Restaurant. Pekena steamboat pon sodap. Kalau masuk Jusco tak makan Sizzling Yee Mee mesti aku akan makan steamboat. Sedap kot! Haii.. terasa2 lagi kat tekak ni. Kadang kalau hubby keja dan balik lewat tapi dalam masa yang sama teringin nak makan steamboat so jawabnya aku akan masak steamboat ala Johnny's. Serius!! Sama, sebiji sama. Sup dia, bahan, dan yang penting sos dia. 

Kadang tu kita boleh je masak tapi sekali sekala tak salahkan makan luar. Macam bagi reward dekat diri sendiri. Hari biasa dah buat kerja, buat kerja rumah so seminggu sekali kita pergi makan ke, shopping ke. Ok, taip pagi2 buta ni tetiba rasa lapar pulak. Ceh!!


1 Feb 2014

Let's Try My Simple Way Shopping

Assalamualaikum..

Today i just wanna share with U how i'm shopping with my husband. Actually, i love shopping but at the same time my husband working at Singapore. So, what should I do? Testing2.. Lama sudah tak menulis dan bertutur bahasa english membuatkan daku rasa derr..!! Teruknya english engkau!! Sorry teacher..

Oklah, straight to the point. Aku ni kalau bab shopping baju ni kurang sikit tapi.. tapi aku sangat suka shopping gajet2. Hoii.. Aku gila gajet!! Kalau ada keluaran baru yang menarik perhatian aku je abislah. Mesti sibuk nak beli, nak lain dari yang lain katanya. Kalau dah dapat tu rasa cam aku ada, kau ada? Bahaha!! Astaghfirullahalazim... 

Kalau setakat beg tangan LV, kasut ke, ohh.. Tak koser aku beli, not my taste. But, alat mekap yes!! Ohh Channel!! Love u.. Bahaha.. Tapi shopping paling aku suka..suka sangat ialah MAKANAN. Hoii.. Sedapnya, tak dapat beg Guccci pon takpe asal dapat makan sedap2. Hehe. 

Hoii!! Jauh dah menyimpang cite kau. Oklah, sambung cite tadi. Aku ni kan duduk memerap je dalam rumah. Iolls puteri lilin. Pergi kedai pon tak koser. So, kalau nak apa2 aku mesej je ucux aku tau2 dah sampai je kat rumah. Hihihi. Contohnya,

"Ucux.. Nak ni.."




Haa.. Kau mampu shopping cenggini? Aku mampu beb.. Aku order jek. Hahaha!! Lepas tu kalau beli apa2 kat Singapore ni ada yang murah sikit. Lagipun ucux aku kan kerja sana kan?? So takde masalah nak beli ke apa. Macam kadang tu kalau aku cakap nak beli tempat steamboatlah..



Murah ok.. Kalau kat sini hailah.. Berpinar mato den. Kadang tu my hubby siap survey barang lain pulak. Haha!! Sambil menyelam minum air katanya..



Ok, ini peti ais. Haha!! Dasyat tak? And hari tu nak beli tv so ko tengok ni pulak..





Lepas tu malam2 lapolah, apalah..


Haa..senang je kerja aku kan? Haha!! Pakai order jek. Eh, tapi idoklah aku shopping jek manjang. Beli yang perlu sahaja. TV tu je pon aku beli. Peti ais tu tak koser nak beli lagi. Tunggu aku kaya rayalah. Bahaha!! Sekarang we allz tengah simpan menyimpan wet coz ada misi perlu dilaksanakan. Huii.. Harap dipermudahkan. Aminn...