Showing posts with label kluang. Show all posts
Showing posts with label kluang. Show all posts

2 Dec 2015

Pirate Coffee Kluang

Assalamualaikum..



Alhamdulillah, setelah sekian lama dapat jugak merasa minum air ni. Bahaha!! jakun betul kan. Orang lain dah minum lama aku ni baru minggu lepas dapat minum. Untuk makluman korang air ni memang tengah femes. Silap time kau datang memang beratur panjang dan menunggu berejam.

Aku dah tahu lama dah pasal air ni tapi memandangkan aku bukan jenis rajin nak beratur lama2 walaupun hubby aku sanggup tapi aku yang menunggu ni gamaknya yang mengamuk nanti. Hihihi. Memang jenis takde kesabaran kot! 

Kebetulan masa tu aku tengah pusing2 cari keropok lekor dan lalu depan kedai dia. Tengok2 takde orang masa tu, apa lagi kami pun serbulah. Alhamdulillah.. tak sampai 5 minit dah dapat air dah. Syukur sangat!! Maybe masa tu ngam takde orang kot. 

Aku beli perisa vanilla dan coklat strawberry. Yang vanilla tu pergh!! Mengancam perisa dia. Coklat strawberry pun mengancam jugak tapi paling win vanilla la. Next time nak repeat lagi ye.. *kenyit mata kat hubby*

Next time hubby kata nak try coffee dia pulak, aku.. Nak try macam2. Bahaha!! Ye, aku memang jenis kuat minum ye. Patutlah pernah nampak ada orang post kat facebook  eratur berejam tapi minum tak sampai 5 minit dah habis. Hahaha!! Betul sangat.. 

Siapa orang Kluang nak beli boleh pergi kedai dia dekat depan Maybank Tmn Intan tu. Depan maybank tu kan ada tempat parking banyak2 kan? Haa.. Situlah. Dulu dekat bandar je, senang sikit kalau aku nak pergi sekarang dah jauh. Harga dia not bad, memang murah sebab tu orang suka beli. Menu dia yang ada kat situ sikit tapi sebenarnya kau boleh order macam2. Perisa yang takde dalam menu pun ada ye. Tapi harga mengikut perisa yang kau order ok.. 

So orang Kluang dah boleh try air dia. Tak sanggup beratur panjang2?? Takpe ade je orang yang sanggup buat delivery air ni tapi ada tempat2 dia. Kawan aku ada buat. Oklah, tengok air ni teringat2 pulak. Hurm... Rasa macam nak balik Kluang pulak. Bahaha!!

14 Sept 2015

Kemalangan lagi dan lagi..

Assalamualaikum..

Walaupun di timpa ujian alhamdulillah semuanya selamat. Cuma kereta jela luka. Haha!! 


Tragedi ni awal bulan ni lagi. Nampak tak teruk manakan? Tapi terbang juga RM700. Nasib bukan duit aku melayang. Kikiki.. Sudah tentu siapa yang gesel tu bayarkan, siapa suruh awak sodok kita kan dah terbang melayang duit tu. Kesian sebab untie tua kategori kau dah boleh panggil nenek pon. Tapi tak boleh nak buat apa sebab dia yang masuk simpang makan jalan orang dan di sagatnya si putih ni. Yang lebih penting untie ni takde lesen dan baru belajar bawa kereta. Tak tahu macam mana dia boleh lepas bawa kereta sorang2. Tak memasal aku yang kena. 

Tapi tak seteruk si pinky aku yang kena, baru jugak kejadian tu dalam 2 bulan lepas kot! Pun sama kena sondol depan dengan Cina mabuk (bukan kutuk tapi memang dia tengah mabuk). Jahanam depan pinky aku, sedih sebab tu kereta kesayangan. Itu teruk sikit sebab habis dalam RM2500. Sama gak orang tu yang tanggung sebab sendiri cari pasalkan. Untunglah tu dari aku minta dia ganti kereta baru ke apa kan. Hahaha!! 

Mohon sangat lepas ni sesiapa yang acah2 poyo bawa kereta tu sila duduk rumah je tak pon kalau nampak aku tengah drive sila bawa jauh2 sikit. Hahaha!! Stress aku walaupun bukan aku yang keluar duit tapi dia punya fobia teruk oo.. 

Cakap pasal fobia aku teringat masa belajar kat Seremban dulu aku pernah kemalangan naik motor. Masa tu aku bawak skuter ego. My abah belikan kereta tapi tak nak bawa tetap nak skuter jugak sebab baru ada stail katanya. Sekali amik kau. Pergi bandar berdua dengan kawan nak beli tiket keretapi nak balik kampung sekali tengah lalu selekoh dekat A&W Seremban tu (siapa duduk Seremban taulah tempat ni, selekoh mati punya) tah datang dari mana kereta himpit terus aku terbang bagai Superwoman. Sampai terkoyak baju dan sweater aku. Rasa nak pitam aku ketepikan sebab nak tengok siapakah gerangan yang telah melanggar aku tadi tapi sayangnya semuanya nampak kabur yang aku nampak cuma sebuah kereta Estima berwarna kelabu. 

Lepas tu terus ramai berkumpul keliling aku. Nasib ada pakcik berenti naik kereta kancil tolong bawak aku pergi hospital. Eh, muka aku kat bawah mata pun tergeser dekat jalan tar. Terus takut muka berparut. Habislah saham jatuh kan. Cis!! Terus berpantang gila tak sentuh benda bergatal dan berkicap. Haha!! Kawan2lah yang tolong jagakan masa tu. Thanks kawan2 ku.. Kuingat budimu semua sampai bila2, tak terbalas rasanya. 

Sejak kemalangan tu sampai sekarang aku tak bawa motor tapi kalau kereta serah kat aku. Sejak kemalangan tu jugak terus bawak kereta pergi Seremban. Haha!! Terus dapat ayat "dah di bagi kereta tak nak pakai nak jugak motor, rasakan." Selepek kat muka pergi dia. Kelakarnya bila lepas kemalangan tu telefon my mak cakap tak jadi balik sebab banyak assignment padahal dah terlantar kat rumah. Seminggu lepas tu baru bagi tau terus berdesup my mak and abah datang. Hahaha!! Terus kena pot pet pot pet. Walau pun satu kenangan yang pahit tapi ada jugak manisnya. 

8 May 2015

Operation: Tyroid

Assalamualaikum..

Not me. Tapi my mak. Takut, sedih, kesian, semua ada tapi perlu di buang supaya tak memudaratkan diri nanti. Bila dah terlambat baru menyesal, "kenapalah aku tak buang dari dulu..". 


Sedih jugak sebab dalam keluarga aku yang kecil ni memang jarang sakit dan tak pernah sejak aku lahir my mak or abah masuk hospital. Alhamdulillah kami di beri kesihatan yang baik2, setakat demam biasa itu normallah. Ini 1st time nampak mak sendiri masuk hospital, selalu tu tengok orang upload dalam FB family dorang masuk hospital but now rasai sendiri pengalaman camni. 


Kau mampu senyum? Haha!! Entah dah terbiasa tiap kali bergambar mesti nak senyum. Senyum untuk beri semangat tak salah kan? Ini belum operate lagi. My mak kena tahan 2 hari sebelum tarikh sepatutnya sebab tekanan darah dia mula tak stabil. Padahal tak pernah2 ada darah tinggi ke apa, tiba2 je. Aku syak my mak nervous kot! 


Sampai masanya..

Masuk operation room pukul 9 pagi, keluar pukul 5. Kau rasa? Lama tak lamalah kan.. Orang lain yang masuk lepas my mak pun dah keluar dulu. Hihihi.. Tapi nama pun operate besar kan. Ada di sediakan waiting room tapi sejuk dia nauzubillah. Dasyat!! Tak boleh tahan. Oh, ya. Aku kalah aircond sikit. So, jadi tukang ukur jalan kat depan ni. Kehulur kehilir aku lalu situ. Akulah orang paling tak reti diam. Stress je orang nengokkan. 


Seram tak? Masa ni macam2 doa baca, haha!! Apa lagi yang mampu, berdoa jelah banyak2. Dalam pukul 1 lebih tu my abah suruh turun makan. Aku pun layankan jelah. Cari hubby dan babyAF kat bawah ajak pergi cafe. Tak makan pun, minum je. Masa2 macam ni kita mana ada selera nak makan. 


Ngeri kan? Nampak tak wayar yang panjang tergantung2 tu? Itu tebuk ok.. Sebenarnya ada kiri kanan, tapi sebelah kiri tu dah bukak. Kenapa? Itu sebab ada darah beku so dia tebuk lah kasi buang. Bayangkan panjang wayar dia sepanjang lengan. Hokhok (terbatuk). Senak...

Nasib belah dekat bawah leher, kalau tengah2 aku rasa memang susah sikit nak bergerak. So far buat masa ni tanya my mak makan ok ke, sakit atau tak, dia kata ok. Aku ingat tak boleh nak makan benda keras tapi malamnya doktor suruh bagi makan, yang aku pun roti jelah yang ada. Tanya doktor dia kata boleh so aku bagilah makan sikit2. Cuma doktor pesan kalau sesak nafas ke apa kena berhenti makan. 

Masa ni hubby dan babyAF memang berkampung kat hospitallah.. Siang malam muka kami je kat hospital. Aku jaga my mak sampai tengah malam, agak dah tidur slow2 aku cabut keluar. Haha!! Oh, aku dah bagitahu awal2lah.. Nak buat cam mana babyAF kan still susu ibu so malam2 kang mencari aku pulak. Pagi masakkan for my mak, tengah hari bawak. Tak selera katanya makan makanan hospital. Siap order ok my mak tu. Kejap2 kang "Esok masakkan mihun sup bodo" esoknya pulak "Esok masakkan ikan mata besar singgang". Haha!! Siap bagitahu spesifik tu ikan apa. Tapi aku ok je, layankan asalkan makan. 

My mak duduk hospital seminggu jugak kot! Seminggu jugak hubby aku cuti. Haha!! Haruslahkan, dah kata kami je anak dia.. Oklah tu tak boleh lawan masa cuti 3 bulan dulu. Haha!! Sebab tu aku suka hubby kerja dekat situ, asalkan kau bagi performance yang baik mintak apa saja. Eh, jangan kau mintak duit tak semena2 dahlah. Mana2 bos pun naik hantu. Hihihi! 

Sekarang ni dah dekat seminggu jugak my mak keluar hospital. Alhamdulillah dah ok. Selera pun bertambah, badan pun kuat, cuma ada perubahan sikit, suara berubah sikit. Yelah, maybe dekat leher kan tapi bersyukur sebab tak sampai hilang suara. My mak sebenarnya dah 8 tahun kena tapi disebabkan ia tak aktif so takdelah besar mana. Tapi doktor dah bnyak kali sarankan buat operate tapi tiap kali tu dia tak nak. Katanya takut after operate nanti hilang suara. Last aku nasihat sikit buat je daripada esok makin teruk. Kalau ada ubat yang kecut pun berkemungkinan esok2 boleh naik balik, ye tak? Lastly, akhirnya my mak setuju. 

Selepas di bedah kata2 dia "lega.." Hahaha!! Apa lagi terus aku pot pet pot pet. Teringat masa doktor check sebelum operate.

Doktor A: Kenapa?
Doktor B, C dan D (ramai): ’€>%<#,*>,¥€^,#.}.{{,#?€£€%,#,%?€!?>?<,#? (terangkan penyakit my mak)
Doktor A: Ok je tu makan.. (setelah nampak my mak tengah makan)
My mak: senyum je
Dortor A: Nama makcik siapa?
My mak: *>^<#,% (nama dirahsiakan) 
Doktor A: Haa.. boleh je cakap, ada suara.
Doktor B,C, dan D (ramai): terangkan my mak operate lagi 2 hari.
Doktor A: Operate lagi dua hari, yang hari ni kat sini kenapa?
Doktor yang ramai tadi: *€?%,#^,}.},*€!€+%,%.%~,^<,€+? darah tak stabil. 

Hahaha!! Itu je aku faham. Kelakar ok doktor pakar tu. Oh, ada sesetengah orang yang alami macam mak aku ni kadang tu ada jenis sampai susah nak bernafas, suara pun tersekat2, semput, lepas tu sakit. My mak pulak memang tak alami semua benda tu. Takde rasa sakit, suara ok, bernafas pun ok. 

Oh, korang2 silalah mana2 yang ada sakit2 agak bahaya tu sila2 berubat. Risau bila keadaan makin teruk. Kalau kena pantang tu pantang jelah. Macam my mak sekarang dah ok sikit cuma tinggal berpantang je. 

Ok, now dah penat menaip, jom tidur. zzzz....




29 Apr 2015

LIVE UPDATE from Hospital

Assalamualaikum..

Yes, aku kat hospital sekarang di tengah malam bulan mengambang. Eh! Haha!! Why? Aku menjaga seseorang di sini. Next time cerita ok. Orang yang aku jaga tidur so aku ambil kesempatan update cerita yang tertangguh. Banyak sebenarnya yang aku nak update tapi di sebabkan kekangan masa so tunggu aku betul2 free ok. 

Sekarang ni aku di temani oleh bermacam2 bunyi. Bunyi mesin yang beberapa saat sekali, bunyi dengkur, bunyi orang main game candy crush. Haha!! Siapa main? Jiran aku yang jaga orang sebelah ni main. Kikiki... Boleh? Dahlah bukak sound so aku dengarlah. Hehe. Tapi takpe takdelah kuat sangat bunyi dia.


Ku bahagia.. (nyanyi lagu melly goslow)

Pergi bilik air, keluar2 je tengok kat anak de bunga. Wah.. happylah kan. Kikiki. Wanita yang terbahagia katanya. Ni masa makan kat Johnny's. Johnny's lagi? Dah nama peberet.. Hakhak!! Tiap kali hubby dapat balik awal atau cuti dan tiap kali dia tanya nak makan apa hari ni? Tak lain tak bukan aku akan jawab Johnny's. 


"Hai awak, nak jadi gf kita tak?" babyAF

Geram tengok dia ni, sendiri punya anak sendiri geram kan? Biasalah tu.. Siapa lagi nak geram kalau bukan kita sendiri. ;P Keluar dengan babyAF kalau tak jadi artis tak sah ada je orang nak tengok dekat2, nak main cak ba lah, haha! Kadang tu sampai terpaksa berenti sebab orang nak tengok. Ceh, tak pasal mama jadi PA kau pulak. Haha!! Tapi aku memang keluar dengan hubby memang takde nak keluar sorang. Pakai baby carry takpelah jugak sebab baby melekat kat badan kita je kan. Ini kalau keluar sorang2 lepas tu dukung ke apa memang bahaya zaman sekarang ni. Kadang orang main ambil je anak kita. Dengarnya dah ada kes macam ni, dia ambil anak kita lepas tu buat2 macam tu anak dia. Bila kita minta anak kita dia cakap kat orang, tu anak dia. Eh, jahanam sangat perangai tu kan. 

Takutlah orang zaman sekarang ni jahat tak bertempat. Orang macam ni duk fikir duit je kot. Rimas pulak aku. Moga kita di jauhkan dari segala bencana dan perkara2 buruk. Amin..