Seram tak? Masa ni macam2 doa baca, haha!! Apa lagi yang mampu, berdoa jelah banyak2. Dalam pukul 1 lebih tu my abah suruh turun makan. Aku pun layankan jelah. Cari hubby dan babyAF kat bawah ajak pergi cafe. Tak makan pun, minum je. Masa2 macam ni kita mana ada selera nak makan.
Ngeri kan? Nampak tak wayar yang panjang tergantung2 tu? Itu tebuk ok.. Sebenarnya ada kiri kanan, tapi sebelah kiri tu dah bukak. Kenapa? Itu sebab ada darah beku so dia tebuk lah kasi buang. Bayangkan panjang wayar dia sepanjang lengan. Hokhok (terbatuk). Senak...
Nasib belah dekat bawah leher, kalau tengah2 aku rasa memang susah sikit nak bergerak. So far buat masa ni tanya my mak makan ok ke, sakit atau tak, dia kata ok. Aku ingat tak boleh nak makan benda keras tapi malamnya doktor suruh bagi makan, yang aku pun roti jelah yang ada. Tanya doktor dia kata boleh so aku bagilah makan sikit2. Cuma doktor pesan kalau sesak nafas ke apa kena berhenti makan.
Masa ni hubby dan babyAF memang berkampung kat hospitallah.. Siang malam muka kami je kat hospital. Aku jaga my mak sampai tengah malam, agak dah tidur slow2 aku cabut keluar. Haha!! Oh, aku dah bagitahu awal2lah.. Nak buat cam mana babyAF kan still susu ibu so malam2 kang mencari aku pulak. Pagi masakkan for my mak, tengah hari bawak. Tak selera katanya makan makanan hospital. Siap order ok my mak tu. Kejap2 kang "Esok masakkan mihun sup bodo" esoknya pulak "Esok masakkan ikan mata besar singgang". Haha!! Siap bagitahu spesifik tu ikan apa. Tapi aku ok je, layankan asalkan makan.
My mak duduk hospital seminggu jugak kot! Seminggu jugak hubby aku cuti. Haha!! Haruslahkan, dah kata kami je anak dia.. Oklah tu tak boleh lawan masa cuti 3 bulan dulu. Haha!! Sebab tu aku suka hubby kerja dekat situ, asalkan kau bagi performance yang baik mintak apa saja. Eh, jangan kau mintak duit tak semena2 dahlah. Mana2 bos pun naik hantu. Hihihi!
Sekarang ni dah dekat seminggu jugak my mak keluar hospital. Alhamdulillah dah ok. Selera pun bertambah, badan pun kuat, cuma ada perubahan sikit, suara berubah sikit. Yelah, maybe dekat leher kan tapi bersyukur sebab tak sampai hilang suara. My mak sebenarnya dah 8 tahun kena tapi disebabkan ia tak aktif so takdelah besar mana. Tapi doktor dah bnyak kali sarankan buat operate tapi tiap kali tu dia tak nak. Katanya takut after operate nanti hilang suara. Last aku nasihat sikit buat je daripada esok makin teruk. Kalau ada ubat yang kecut pun berkemungkinan esok2 boleh naik balik, ye tak? Lastly, akhirnya my mak setuju.
Selepas di bedah kata2 dia "lega.." Hahaha!! Apa lagi terus aku pot pet pot pet. Teringat masa doktor check sebelum operate.
Doktor A: Kenapa?
Doktor B, C dan D (ramai): ’€>%<#,*>,¥€^,#.}.{{,#?€£€%,#,%?€!?>?<,#? (terangkan penyakit my mak)
Doktor A: Ok je tu makan.. (setelah nampak my mak tengah makan)
My mak: senyum je
Dortor A: Nama makcik siapa?
My mak: *>^<#,% (nama dirahsiakan)
Doktor A: Haa.. boleh je cakap, ada suara.
Doktor B,C, dan D (ramai): terangkan my mak operate lagi 2 hari.
Doktor A: Operate lagi dua hari, yang hari ni kat sini kenapa?
Doktor yang ramai tadi: *€?%,#^,}.},*€!€+%,%.%~,^<,€+? darah tak stabil.
Hahaha!! Itu je aku faham. Kelakar ok doktor pakar tu. Oh, ada sesetengah orang yang alami macam mak aku ni kadang tu ada jenis sampai susah nak bernafas, suara pun tersekat2, semput, lepas tu sakit. My mak pulak memang tak alami semua benda tu. Takde rasa sakit, suara ok, bernafas pun ok.
Oh, korang2 silalah mana2 yang ada sakit2 agak bahaya tu sila2 berubat. Risau bila keadaan makin teruk. Kalau kena pantang tu pantang jelah. Macam my mak sekarang dah ok sikit cuma tinggal berpantang je.
Ok, now dah penat menaip, jom tidur. zzzz....