Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

28 Apr 2016

Hilangkan panas demam dengan telur

Assalamualaikum..

Anak korang demam? badan panas? 2 hari lepas suhu boyAF naik sampai 39.4, risau jugak aku. Terus teringat petua yang pernah viral dulu pakai telur. Sebelum ni nak try tapi takde siapa demam so kali ni kebetulan boyAF demam terus cepat2 pergi dapur rebus telur. 

Lepas telur dah siap rebus sejukkan dulu. Janganlah letak kat anak time telur tu still panas, ada makin sakit anak tu nanti. Agak dah sejuk boleh ambil telur tadi yang dah dikupas kulit dia dan golek2 dekat kepala danbadan dia. Buat ni makan masa, aku buat dalam setengah jam. Macam aku, buat masa anak tengah tidur sebab boyAF tak suka. Pelik agaknya dia rasa. 

Masa kau golek2 nanti kau akan rasa telur kau pegang tu macam suam2. Padahal telur tu dah sejuk. Lepas setengah jam atau lebih kau golek2 bolehlah kopek putih telur dia tu slow2. Tak nak sampai kuning dia terpecah ke apa kang tak nampak pulak menjadi ke tidak kan.


Ok, dia jadi macam ni. Berbintik2, gelikan?? Aku masa mula2 tengok rasa meremang jugak. Bila kau pegang2 bintik2 tu kau akan rasa keras2. Kalau kau nak kepastian make sure kau rebus telur tu dalam 2,3 biji. Masa aku hari tu memang rebus lebih sebab nak tengok perbezaan dia. Satu tu kau kopek dan tengok kuning dia, lepas tu boleh makan. Yang atas ni memang tak lah nak makan. Hahaha!! 


Lepas aku buat ni tak lama tu aku try cek suhu boyAF, turun jadi 38.4. Malamnya aku buat lagi dan akhirnya turun sampai 37. Nampaklah perbezaan dan petua ni menjadi. Oh, aku takde bagi dia makan ubat ke ape ea. Letak tuala basah pun takde, aku just guna telur ni je. Yang penting kita mencuba kan. Agak2 kalau try tak menjadi bawak je terus pergi klinik. Senang. Hahaha!! 

Nanti2 korang pulak boleh try. Menjadi ke tidak. Oh, ye.. Tq kepada orang yang share pasal petua ni (tak tau siapa). Next time boleh share lagi petua berguna. ;P




7 Jun 2015

Musim demam

Assalamualaikum..

Bukan aku demam tapi my baby boy demam. Kesian.. Musim2 panas, kadang hujan, cuaca tak menentu so baby atau budak2 memang senang dapat penyakit. Anak yang demam tapi kita sebagai mak2 ni pulak tak senang duduk walhal anak kita rilek je siap boleh main lagi, aktif macam selalu, tapi dah nama pun naluri keibuan tu ada tetaplah risau. 

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni boleh buat deman on off on off. BabyAF hari tu badan panas sehari, esoknya elok dah. Tak lama tu demam lagi. Pukul berapa pagi tengok badan dia panas semacam. Hooii.. risau ok. Aku yang dah tua ni pun kalau demam tak larat inikan anak sendiri yang masih baby kan. Masa tu rasa kalau boleh nak je sakit tu pindah kat kita kan?

Ini demam dah takde tapi badan dia naik macam ruam2, sampai je hubby depan pintu terus ajak pergi klinik. Nasib klinik kami selalu amik inject untuk babyAF tu 24 jam. Doktor pun terkejut apahal datang lagi padahal baru bulan lepas datang inject babyAF dan dah bekalkan ubat demam sekali. Aku pun cakap  babyAF macam kena campak je. So, dia pun cek, sekali dia kata ini bukan campak ada lagi sejenis demam lebih kurang macam campak cuma bintik2 dia tak meninggalkan kesan. Tapi aku tak tau apa kejadah nama demam tu. (siapa suruh bagi nama saintifik sangat) Hope sooo... 

Harapnya cepat sihat wahai anakanda ku. Risau mama ok. Kita tengok esok macam mana perkembangan dia. Doktor ada bagi ubat macam2 yang sapu, yang minum, kesian kecik2 dah kena telan ubat. Tapi takpe, nak sihat katenyakan. Harap sebelum jumpa doktor jumaat ni semua bintik2 tu hilanglah gamaknya. 

Oh, kita ni yang tua pun jangan leka sangat. Jaga kesihatan sama2. Musim panas gini kenalah banyak2 minum air. 

Hasil update seorang mama yang sedang jaga anaknya.... Hahaha!! Poyo sangat.

13 May 2015

Cuti Sementara

Assalamualaikum..

Lama tak pandang blog sendiri, bukan menyampah tapi agak sedikit bizi. Kebetulan pulak dah 2 hari aku demam+selesema. Tak tahu dah berapa banyak aku telan ubat. Haha!! Aku jenis gigih makan ubat kalau sakit ye. Kira sedar dirilah sebab nak cepat baik punya pasalkan. 

Memandangkan diri sendiri tak berapa sihat dan bizi sehingga hujung minggu ni so aku nak cuti berblogging kejap. Huhu.. Tunggu dah sihat dan ada masa baru aku start balik. sure banyak benda aku nak update nanti. Sila tunggu dengan penuh sabar ye..