7 Jun 2015

Musim demam

Assalamualaikum..

Bukan aku demam tapi my baby boy demam. Kesian.. Musim2 panas, kadang hujan, cuaca tak menentu so baby atau budak2 memang senang dapat penyakit. Anak yang demam tapi kita sebagai mak2 ni pulak tak senang duduk walhal anak kita rilek je siap boleh main lagi, aktif macam selalu, tapi dah nama pun naluri keibuan tu ada tetaplah risau. 

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni boleh buat deman on off on off. BabyAF hari tu badan panas sehari, esoknya elok dah. Tak lama tu demam lagi. Pukul berapa pagi tengok badan dia panas semacam. Hooii.. risau ok. Aku yang dah tua ni pun kalau demam tak larat inikan anak sendiri yang masih baby kan. Masa tu rasa kalau boleh nak je sakit tu pindah kat kita kan?

Ini demam dah takde tapi badan dia naik macam ruam2, sampai je hubby depan pintu terus ajak pergi klinik. Nasib klinik kami selalu amik inject untuk babyAF tu 24 jam. Doktor pun terkejut apahal datang lagi padahal baru bulan lepas datang inject babyAF dan dah bekalkan ubat demam sekali. Aku pun cakap  babyAF macam kena campak je. So, dia pun cek, sekali dia kata ini bukan campak ada lagi sejenis demam lebih kurang macam campak cuma bintik2 dia tak meninggalkan kesan. Tapi aku tak tau apa kejadah nama demam tu. (siapa suruh bagi nama saintifik sangat) Hope sooo... 

Harapnya cepat sihat wahai anakanda ku. Risau mama ok. Kita tengok esok macam mana perkembangan dia. Doktor ada bagi ubat macam2 yang sapu, yang minum, kesian kecik2 dah kena telan ubat. Tapi takpe, nak sihat katenyakan. Harap sebelum jumpa doktor jumaat ni semua bintik2 tu hilanglah gamaknya. 

Oh, kita ni yang tua pun jangan leka sangat. Jaga kesihatan sama2. Musim panas gini kenalah banyak2 minum air. 

Hasil update seorang mama yang sedang jaga anaknya.... Hahaha!! Poyo sangat.

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!