Showing posts with label babyAF. Show all posts
Showing posts with label babyAF. Show all posts

11 Oct 2015

Ragam babyAF dan preloved sale!!

Assalamualaikum..

Jangan sangka anak kecil takde ragam ye, lagi macam2 ragam dorang tapi yang pelik tu ragam dorang bukan buat kita jelik tapi buat makin geram, nak senyum dan happy.

Sekarang babyAF dah pandai ngamuk2, tak dapat ngamuk, itu ngamuk, ini ngamuk, haha!! Untung babyAF kalau papa dia mahu aku meroyan. Dah tu pantang nampak kita halakan hanfon kat dia tau2 je kata kita nak amik gambar dia, lepas tu mulalah cepat2 dia datang nak tengok gambar yang kita amik.

BabyAF start mengamuk lepas kami balik dari jalan2 Kelantan hari tu. Haha!! Ingat lagi balik dari Kelantan tu sampai rumah dah tengah malam dia tidur tapi asyik ngamuk2, penat mungkin. Nasib aku ni jenis kat rumah je buatnya aku bekerja rasanya masuk kerja dengan mata panda. Haha!!


Ohh anak, feeling model ke apa?? Awak buat mama melting je. Tengoklah babyAF sekejap je membesar. Cuma badan je tak nak naik2. Haha!! Jenuh bagi makan macam2, tapi badan gitu jugak. Mama dengan papa dia pulak yang makin membolat. Tapi takpe kita start slow2 fit balik. 

Oh, siapa nak preloved baju babyAF murah2. Banyak dah tak muat macam kemeja, baju teddy bear tu, tshirt, sweater, nak di simpan untuk adik dia takut esok2 dah lusuh sayang je kan. Ada GAP, Cotton On, kemeja dia banyak yang GAP punya. Ada jugak tempat simpan susu jenama Avent, botol kaca Avent, beli tapi last2 direct jek bagi susu kat babyAF sebab iolls kan duk rumah je so leceh pulak rasa kehulu ke hilir nak bawak bakul atau beg besar2. 

Tempat simpan susu tu aku baru pakai tiga kot. Ada lagi 7 belum usik dalam plastik lagi. Haha!! Dasar betul perangai. Oklah, nanti ada masa aku share barang2 dia. Siapa nak boleh wassap ke, line ke dekat +60136464455. Owh, please message sahaja sebab segala call takkan di layan. wassap je akan ku balas nanti. 






20 Sept 2015

My teddy bear babyAF

Assalamualaikum..

Teringat masa babyAF masa muda2 dulu. Haha!! Bunyinya macam babyAF dah tua je kan? Haha!! Taklah, ni gambar dia masa baby lagi tapi tak ingat dah berapa bulan. Mungkin dalam 6, 7 bulan. 


Masa ni saje buli dia, haha!! Padahal tak ke mana pun. Baju ni biasanya aku pakaikan bila bawa dia pergi karoke ataupun tengok wayang. Tengok wayang tu jaranglah biasanya pergi karoke je sebab karoke ok sikit sebab kita boleh kawal sendiri volume dia kan..





Sila cari mana babyAF. Ops! Sorry belakang tu bersepah. Kipas tu kat situ pasal aku tengah keringkan lantai sebab baru lepas mop dapur. Tu babyAF jenguk2 dapur sebab nak capai besen bawah tu haa.. Memang favorite spot dia tu. Botol air memang favorite dia dari baby sampai sekarang. Sekarang suka duduk atas botol air pulak. Ada basikal tak nak naik, botol jugak dia nak buat main. 

Kalau dah ada anak ni kan kau kemas baru 1 minit dah sepah balik. Haha!! Hidup kau tenang masa anak tengah tidur, masa tulah rumah nampak bersih. Hihihi.. Ini fakta ok. Nanti baru lepas mop tak sampai suku hari anak kau makan dah mula lantai kotor balik atau melekit2. Haha! Itu normal. Penat ke apa kita nikmati saat2 ni sebab bila anak2 dah besar mesti rindu balik zaman dia baby. 

Sedangkan aku yang anak baru 1 tahun 4 bulan ni pun dah teringat2, rindu masa dia baru lahir. Rasa masa tu cepat je berlalu. Dulu masa dia baby kita asyik fikir bila anak aku nak besar, bila dia nak jalan, bila umur dia nak 6 bulan sebab tak sabar nak start bagi makan. Tapi bila dah besar terus rasa "eh cepatnya kau membesar nak."








7 Jun 2015

Musim demam

Assalamualaikum..

Bukan aku demam tapi my baby boy demam. Kesian.. Musim2 panas, kadang hujan, cuaca tak menentu so baby atau budak2 memang senang dapat penyakit. Anak yang demam tapi kita sebagai mak2 ni pulak tak senang duduk walhal anak kita rilek je siap boleh main lagi, aktif macam selalu, tapi dah nama pun naluri keibuan tu ada tetaplah risau. 

Dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni boleh buat deman on off on off. BabyAF hari tu badan panas sehari, esoknya elok dah. Tak lama tu demam lagi. Pukul berapa pagi tengok badan dia panas semacam. Hooii.. risau ok. Aku yang dah tua ni pun kalau demam tak larat inikan anak sendiri yang masih baby kan. Masa tu rasa kalau boleh nak je sakit tu pindah kat kita kan?

Ini demam dah takde tapi badan dia naik macam ruam2, sampai je hubby depan pintu terus ajak pergi klinik. Nasib klinik kami selalu amik inject untuk babyAF tu 24 jam. Doktor pun terkejut apahal datang lagi padahal baru bulan lepas datang inject babyAF dan dah bekalkan ubat demam sekali. Aku pun cakap  babyAF macam kena campak je. So, dia pun cek, sekali dia kata ini bukan campak ada lagi sejenis demam lebih kurang macam campak cuma bintik2 dia tak meninggalkan kesan. Tapi aku tak tau apa kejadah nama demam tu. (siapa suruh bagi nama saintifik sangat) Hope sooo... 

Harapnya cepat sihat wahai anakanda ku. Risau mama ok. Kita tengok esok macam mana perkembangan dia. Doktor ada bagi ubat macam2 yang sapu, yang minum, kesian kecik2 dah kena telan ubat. Tapi takpe, nak sihat katenyakan. Harap sebelum jumpa doktor jumaat ni semua bintik2 tu hilanglah gamaknya. 

Oh, kita ni yang tua pun jangan leka sangat. Jaga kesihatan sama2. Musim panas gini kenalah banyak2 minum air. 

Hasil update seorang mama yang sedang jaga anaknya.... Hahaha!! Poyo sangat.

29 Apr 2015

LIVE UPDATE from Hospital

Assalamualaikum..

Yes, aku kat hospital sekarang di tengah malam bulan mengambang. Eh! Haha!! Why? Aku menjaga seseorang di sini. Next time cerita ok. Orang yang aku jaga tidur so aku ambil kesempatan update cerita yang tertangguh. Banyak sebenarnya yang aku nak update tapi di sebabkan kekangan masa so tunggu aku betul2 free ok. 

Sekarang ni aku di temani oleh bermacam2 bunyi. Bunyi mesin yang beberapa saat sekali, bunyi dengkur, bunyi orang main game candy crush. Haha!! Siapa main? Jiran aku yang jaga orang sebelah ni main. Kikiki... Boleh? Dahlah bukak sound so aku dengarlah. Hehe. Tapi takpe takdelah kuat sangat bunyi dia.


Ku bahagia.. (nyanyi lagu melly goslow)

Pergi bilik air, keluar2 je tengok kat anak de bunga. Wah.. happylah kan. Kikiki. Wanita yang terbahagia katanya. Ni masa makan kat Johnny's. Johnny's lagi? Dah nama peberet.. Hakhak!! Tiap kali hubby dapat balik awal atau cuti dan tiap kali dia tanya nak makan apa hari ni? Tak lain tak bukan aku akan jawab Johnny's. 


"Hai awak, nak jadi gf kita tak?" babyAF

Geram tengok dia ni, sendiri punya anak sendiri geram kan? Biasalah tu.. Siapa lagi nak geram kalau bukan kita sendiri. ;P Keluar dengan babyAF kalau tak jadi artis tak sah ada je orang nak tengok dekat2, nak main cak ba lah, haha! Kadang tu sampai terpaksa berenti sebab orang nak tengok. Ceh, tak pasal mama jadi PA kau pulak. Haha!! Tapi aku memang keluar dengan hubby memang takde nak keluar sorang. Pakai baby carry takpelah jugak sebab baby melekat kat badan kita je kan. Ini kalau keluar sorang2 lepas tu dukung ke apa memang bahaya zaman sekarang ni. Kadang orang main ambil je anak kita. Dengarnya dah ada kes macam ni, dia ambil anak kita lepas tu buat2 macam tu anak dia. Bila kita minta anak kita dia cakap kat orang, tu anak dia. Eh, jahanam sangat perangai tu kan. 

Takutlah orang zaman sekarang ni jahat tak bertempat. Orang macam ni duk fikir duit je kot. Rimas pulak aku. Moga kita di jauhkan dari segala bencana dan perkara2 buruk. Amin.. 




26 Apr 2015

BabyAF buai atau tidak?

Assalamualaikum..

Buai atau tak? 

Jawapannya tidak.. Sejak lahir memang tak pernah masuk babyAF dalam buai. Memandangkan aku anak tunggal so tak pernah ada baby dalam rumah ni so takdelah jugak buai dalam rumah ni. Masa mengandung lagi memang aku dah buat keputusan tak nak buaikan anak. 

Aku memang tak letak buai dalam senarai masa nak beli barang baby dulu. Pada aku masuk buai tu macam lecehlah sebab kami kuat berjalan so memang agak payah kalau anak berbuai. Selalu merayap sana, merayap sini, tidur hotel ke apa nak cekau mana buai kat hotel? Haha!! Ke ada aku tak tahu? Eh! Ada ke?

Ikut family mertua anak dorang semua memang masuk buai so akulah pencipta sejarah anak tak masuk buai. Haha!! Aku memang suka buat hal sendiri, sebab aku yang jaga anak aku. Pada aku babyAF tak menyusahkan. sangat behave. Masa pantang sangat baik, dia bantai tidur je. Haha!! Akulah yang happy, cukup tidur, tak stress. 

Sepanjang babyAF dah nak masuk setahun bulan ni dia ok je. Tidur takdelah meragam ke apa. Paling teruk pun dia tidur lambat je. Tapi tidur lambat bangun pun lambat. Kira bila pagi nak masak ke apa dia tak kacau lah. Kalau dia dah bangun aku pulak nak mengemop ke apa aku akan letak dia dalam walker. Senang. Bagi dia main2 nanti dia merayap dengan walker dia tu kat mana aku mop situ jugak dia merayap sampai sondol2 kaki aku. Adoi!! Sakit wei..

Tips pertama tak nak bagi anak masuk buai ialah jangan sesekali masukkan dia dalam buai. Haha!! Betul wei, aku tak pernah letak babyAF dalam buai. Family mertua pernah jugak tanya babyAF tak buai ke tapi aku cakap jelah tak. So, pilihan masing2 lah. Ada orang memang dah terbiasa macam aku kurang biasa. Haha!!

Pernah terfikir nak beli buai 4moms atau nuna leaf tu tapi bila fikir balik malas pulak. Takyah buai lagi senang takdelah nak bawak buai ke sana sini. Hihihi.. Tapi kalau korang buai anak tak kisahlah kan. Bergantung macam aku dari awal memang tak nak bagi buai. Hope anak2 aku yang akan datang pun tak berbuailah. Kikiki.