20 Dec 2015

Pengalaman Pertama boyAF ke Zoo JB

Assalamualaikum..

Pengalaman pertama buat boyAF dan hubby but 2nd time untuk aku. Suatu pengalaman yang agak menyeronokkan. Baru faham kenapa dulu mak bapak kita suka bawa pergi ke tempat2 macam ni. Bila diri sendiri  rasa jadi mama kepada boyAF ni excited untuk bawa dia explore benda baru. 


Muka excited baru sampai. Sejak akhir2 ni cuaca macam tak menentu je kan. Kita sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hihihi!! Masa sampai tu dah perasan macam mendung je cepat2 bagitau hubby suruh bawa payung tapi payung yang ada pulak rosak. Tapi korang jangan risau dalam ni semua ada, payung pun dorang ada jual tinggal prepare duit je. Haha!! Oklah, beli payung warna warni yang saiz besar boleh masuk 3 orang tu RM17. Taklah mandi sangat harga dia kan. 


Nampak tak belakang tu ada macam kolam kecik. Boleh main yang kayuh2 (tak tau nama) kat situ. Tapi memandangkan aku takut air jangan nak ngada2 ajak i ke situ hokey. Eh, rambut awak dah panjanglah boyAF tapi mama memang saja nak simpan kasi panjang sikit rambut tu. Last time orang bising sebab aku potong rambut kerinting anak aku tu. Dah tu macam mana takkan nak suruh aku bela panjang sangat rambut boyAF kan? Gila kau, anak aku LELAKI ok!! 


Masuk2 kau akan jumpa burung2 dulu. Hai awak.. Cantiklah warna awak tu. Tak payah nak jeling sangat i tau i pun cantik juga.. ;P

Jalan pun still sempat nak snap gambar. Mestilah kan nanti ada juga kenangan boleh tunjuk dekat boyAF bila besar nanti. Esok bila boyAF besar tak payah cuci gambar dah baca je kat blog mama nanti. Haha!! Hai anak mama!! *lambai tangan.


Main lari2 pula dia janganlah takut i tak makan u lah.. 


BoyAF apa yang awak jenguk tu.. Bukan situ belakang tu. Nampak tak apa tu, buaya. Ngeri je masa pergi area sini nasiblah buaya tu tak bergerak, tidur. 


Oii, bangunlah.. Haha!!




Aku yang amik gambar aku yang tidur. Haha!!



BoyAF dan payung warna-warninya. Suka sangat awak dapat main payungkan. Masa ni berehat seketika sambil layan hujan dan layan nuget. 

1st time aku datang sini masa kecik2 lagi so tak ingat dah. Tak dapat bandingkan apa perubahan dulu dengan sekarang. Siapa ada anak tu memang aku recommend sangat supaya datang sini sebab ini salah satu aktiviti yang menyihatkan. Daripada anak asyik main gadjet je eloklah bawa anak ke sini. Tak lah tepu dia duduk memerap je kan. 

Bayaran masuk sini dewasa RM2. Kanak2 bawah 2 tahun tak perlu bayar, atas 2 tahun mungkin dalam RM1 je kot. Tak ingat sebab anak aku kan tak perlu bayar. Hihihi..



Ok, moh layan pemandangan sampai tertidur. ;P

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!