Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

20 Dec 2015

Pengalaman Pertama boyAF ke Zoo JB

Assalamualaikum..

Pengalaman pertama buat boyAF dan hubby but 2nd time untuk aku. Suatu pengalaman yang agak menyeronokkan. Baru faham kenapa dulu mak bapak kita suka bawa pergi ke tempat2 macam ni. Bila diri sendiri  rasa jadi mama kepada boyAF ni excited untuk bawa dia explore benda baru. 


Muka excited baru sampai. Sejak akhir2 ni cuaca macam tak menentu je kan. Kita sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hihihi!! Masa sampai tu dah perasan macam mendung je cepat2 bagitau hubby suruh bawa payung tapi payung yang ada pulak rosak. Tapi korang jangan risau dalam ni semua ada, payung pun dorang ada jual tinggal prepare duit je. Haha!! Oklah, beli payung warna warni yang saiz besar boleh masuk 3 orang tu RM17. Taklah mandi sangat harga dia kan. 


Nampak tak belakang tu ada macam kolam kecik. Boleh main yang kayuh2 (tak tau nama) kat situ. Tapi memandangkan aku takut air jangan nak ngada2 ajak i ke situ hokey. Eh, rambut awak dah panjanglah boyAF tapi mama memang saja nak simpan kasi panjang sikit rambut tu. Last time orang bising sebab aku potong rambut kerinting anak aku tu. Dah tu macam mana takkan nak suruh aku bela panjang sangat rambut boyAF kan? Gila kau, anak aku LELAKI ok!! 


Masuk2 kau akan jumpa burung2 dulu. Hai awak.. Cantiklah warna awak tu. Tak payah nak jeling sangat i tau i pun cantik juga.. ;P

Jalan pun still sempat nak snap gambar. Mestilah kan nanti ada juga kenangan boleh tunjuk dekat boyAF bila besar nanti. Esok bila boyAF besar tak payah cuci gambar dah baca je kat blog mama nanti. Haha!! Hai anak mama!! *lambai tangan.


Main lari2 pula dia janganlah takut i tak makan u lah.. 


BoyAF apa yang awak jenguk tu.. Bukan situ belakang tu. Nampak tak apa tu, buaya. Ngeri je masa pergi area sini nasiblah buaya tu tak bergerak, tidur. 


Oii, bangunlah.. Haha!!




Aku yang amik gambar aku yang tidur. Haha!!



BoyAF dan payung warna-warninya. Suka sangat awak dapat main payungkan. Masa ni berehat seketika sambil layan hujan dan layan nuget. 

1st time aku datang sini masa kecik2 lagi so tak ingat dah. Tak dapat bandingkan apa perubahan dulu dengan sekarang. Siapa ada anak tu memang aku recommend sangat supaya datang sini sebab ini salah satu aktiviti yang menyihatkan. Daripada anak asyik main gadjet je eloklah bawa anak ke sini. Tak lah tepu dia duduk memerap je kan. 

Bayaran masuk sini dewasa RM2. Kanak2 bawah 2 tahun tak perlu bayar, atas 2 tahun mungkin dalam RM1 je kot. Tak ingat sebab anak aku kan tak perlu bayar. Hihihi..



Ok, moh layan pemandangan sampai tertidur. ;P

8 Apr 2015

Cik Nuffnang Yang Penyayang

Assalamualaikum..

Nuffnang dan blogger memang tak dapat dipisahkan, macam peribahasa air dicincang takkan putus. Kebanyakkan blogger mesti akan pasang nuffnang dalam blog dorang. *termasuk aku jugak. 

Aku start penghujung tahun 2012. tapi lama sangat tak buka blog ni sampai last year kot baru aktif balik setelah sekian lama menyepi. Hahaha!! Maybe sebab busy kot but know banyak masa terluang so boleh fokus on blog and nuffnang. Haha!! Aku baru start aktif nuffnang balik dalam awal tahun ni kot. 

Bestnya nuffnang ni sebab dia tak kedekut. Dulu masa baru2 aku ada dapatlah cpuv tu tapi maklumlah masa tu tengah busy dan tak terpandang dah blog ni. But still dapat jugak tempias sikit2. Sekarang ni amount pun ada meningkat sikit. Aku suka gurau dengan my sayang sebab dia selalu tanya "banyak dapat?" dan aku akan jawab boleh tahan la.. Setakat belanja roti sardin garing2 2 keping dengan air sebelah mata je. Bahaha!! Tergelak dia dengar. *erk! tetiba lapar pulak.

Tak makan masa yang lama pun untuk kau nampak peningkatan amount tu cuma yang penting kena banyak bersabar dan SETIA. Nuffnang tak suka kalau kau main kayu tiga dengan dia. Aku pun tak berani nak curang. *paling takut curang dengan my sayang, takut!! 

So, orang kata sambil menyelam minum air jadi tak salah kalau kita saja2 buat blog, cerita itu ini sambil tu boleh buat iklan nuffnang ni kan.. Boleh tambah2 rezeki ye tak? Now same2 kita blogwalking kat blogger lain ye so boleh tambah  kawan dan pengunjung. Moga2 sinar kita terpancar lebih dekat cik nuffnang. Hihihi.. 

17 Mar 2015

BabyAF 10 month

Assalamualaikum..

Kejap je masa berlalu pejam celik tak lama lagi babyAF masuk setahun. Pejam celik lagi dah nak masuk tadika pulak. Huwa!! Masa tu dah mula miss moment masa dia kecik2. 


See this little boy. Geram rasa nak gigitkan. 

Pada aku dialah budak paling comel, budak paling bijak, budank paling gangster. Eh, kaki buli ok budak ni. Paling dia suka buli dah terang2lah aku. Suka buli bila aku nak masak, bila aku tengah baring2, bila aku tengah mop dan kemas rumah. 

Kadang tu aku tunggu dia tidur then pergi dapur nak masak. Sekali tu tau2 dah dengar bunyi dia merangkak. Kau rasa?? Paling geram bila kau baring2 ngadap TV dia datang kat kau lepas tu guling badan dia dekat muka engkau. Ohoohoii!! Tapi aku ok je, suka sebenarnya. Pada aku biarlah. Itu mungkin cara dia nak explore. Jangan marah sebab kalau kita marah bagaikan kita halang perkembangan otak dia. 

Macam kalau dia jatuh aku akan kata kat dia "biasalah ni jatuh2 macam ni, barulah boleh jadi pandai.." Sambil kau cakap tu sambil pujuk dia. Tak kisahlah dia nak faham ke tidak. Ini kadang kalau anak buat salah sikit, jatuhkan itu ini sesetengah orang marah. Anak kita ni kecil lagi dia pun tak faham apa2. Sesetengah tu pulak takut anak jatuh nanti luka ke apa. Kita tak boleh nak peratikan anak kita 24jam. Biarkan dia jadi lasak sikit, jadi kuat, tapi kalau dah melampau sangat barulah tegur tapi tegur kena ada gaya. Sebab budak baya anak aku macam ni kau marah beriya2 pun dia tak faham malah makin dia gelak atau sengih. Hahaha!!


Budak ni juga pantang kalau tak nampak aku depan mata dia, paling dasyat pantang nampak aku pakai baju cantik2 dan pakai tudung. Dasar sangat perangai kau kan anak oii.. Ikut mama dan papa sangat tu, kuat jalan. Dia juga kuat shoping, Eh!! Haha.. Taklah aku pantang kalau keluar tak beli apa2, paling tidak pun mesti nak makan atau belilah benda murah2 ke apa. Mainan anak ke kan.. 

Aku geram kalau nampak baju baby comel2 ke, mainan baru, hihihi.. Tak dapat beli barang sendiri pun takpe. Haha!! Ada sesetengah orang suka beli barang sendiri daripada barang anak2 tapi kalau aku mesti akan lebihkan anak dulu. Ikut koranglahkan, cara orang lain2 betul tak? 

So, memandangkan anak mama dah 10 bulan mama doakan babyAF jadi anak yang soleh, dengar kata, jangan lupa mama & papa, diberi kesihatan dan rezeki yang baik. Nanti dah masuk setahun baru mama buat wish panjang lebar ok..