Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

17 Mar 2015

BabyAF 10 month

Assalamualaikum..

Kejap je masa berlalu pejam celik tak lama lagi babyAF masuk setahun. Pejam celik lagi dah nak masuk tadika pulak. Huwa!! Masa tu dah mula miss moment masa dia kecik2. 


See this little boy. Geram rasa nak gigitkan. 

Pada aku dialah budak paling comel, budak paling bijak, budank paling gangster. Eh, kaki buli ok budak ni. Paling dia suka buli dah terang2lah aku. Suka buli bila aku nak masak, bila aku tengah baring2, bila aku tengah mop dan kemas rumah. 

Kadang tu aku tunggu dia tidur then pergi dapur nak masak. Sekali tu tau2 dah dengar bunyi dia merangkak. Kau rasa?? Paling geram bila kau baring2 ngadap TV dia datang kat kau lepas tu guling badan dia dekat muka engkau. Ohoohoii!! Tapi aku ok je, suka sebenarnya. Pada aku biarlah. Itu mungkin cara dia nak explore. Jangan marah sebab kalau kita marah bagaikan kita halang perkembangan otak dia. 

Macam kalau dia jatuh aku akan kata kat dia "biasalah ni jatuh2 macam ni, barulah boleh jadi pandai.." Sambil kau cakap tu sambil pujuk dia. Tak kisahlah dia nak faham ke tidak. Ini kadang kalau anak buat salah sikit, jatuhkan itu ini sesetengah orang marah. Anak kita ni kecil lagi dia pun tak faham apa2. Sesetengah tu pulak takut anak jatuh nanti luka ke apa. Kita tak boleh nak peratikan anak kita 24jam. Biarkan dia jadi lasak sikit, jadi kuat, tapi kalau dah melampau sangat barulah tegur tapi tegur kena ada gaya. Sebab budak baya anak aku macam ni kau marah beriya2 pun dia tak faham malah makin dia gelak atau sengih. Hahaha!!


Budak ni juga pantang kalau tak nampak aku depan mata dia, paling dasyat pantang nampak aku pakai baju cantik2 dan pakai tudung. Dasar sangat perangai kau kan anak oii.. Ikut mama dan papa sangat tu, kuat jalan. Dia juga kuat shoping, Eh!! Haha.. Taklah aku pantang kalau keluar tak beli apa2, paling tidak pun mesti nak makan atau belilah benda murah2 ke apa. Mainan anak ke kan.. 

Aku geram kalau nampak baju baby comel2 ke, mainan baru, hihihi.. Tak dapat beli barang sendiri pun takpe. Haha!! Ada sesetengah orang suka beli barang sendiri daripada barang anak2 tapi kalau aku mesti akan lebihkan anak dulu. Ikut koranglahkan, cara orang lain2 betul tak? 

So, memandangkan anak mama dah 10 bulan mama doakan babyAF jadi anak yang soleh, dengar kata, jangan lupa mama & papa, diberi kesihatan dan rezeki yang baik. Nanti dah masuk setahun baru mama buat wish panjang lebar ok..








20 Feb 2015

Kebakaran lagi

Assalamualakum..

Kalau sesiapa pernah baca blog aku mungkin tau aku pernah kongsikan cerita tentang rumah jiran aku yang terbakar. Kejadian tu baru lagi dan masih lagi terasa debornya. Kali ni lain pulak jalan cerita dia cuma yang sama ialah kebakaran. Kalau hari tu terjadi pada jiran aku kali ni terbakar pulak taman permainan berdepan dengan rumah kami. 


Masa tu kami tengah bersiap nak keluar. Maklumlah kan hujung minggu apa lagi berdating lah kita kan.. Kebetulan aku tengah cari barang dalam kereta dan dengar bunyi lain macam. Macam bunyi api yang makin lama makin kuat. Tau kan macam mana bunyi dia kalau api bakar semak. Haa.. macam tu lah. Mula2 kusangkakan orang majlis tengah bakar sampah ke apa kan. Sekali tu tengok takde orang pun jaga kat situ, dah lah api makin lama makin marak. Terus rasa tak sedap hati. Huhu..


Abaikan pokok besar dan pokok pisang tu. Haha!! Aku pun tak tahu pokok siapa. Banyak kat depan ni.. Maklumlah kan, aku ni pemalu memang hidup terperap dalam rumah jelah. Okeh, sambung cerita tadi. Terus aku bagitahu hubby dan suruh dia telefon bomba. Makin lama kan api dia tu makin marak tau. Ngeri aku tengok. Asap dia pun makin lama makin tebal. Jadi sebelum apa2 terus ajak hubby blah. Tak bolehlah nak tunggu sebab kami ada budak kecikkan. Asap macam ni tak bagus untuk dia jadi sebelum apa2 sayonara lah. Tapi takpe kami pun dah telefon bomba, mungkin dia pun sangka kami ni kebetulan je lalu kat situ. Hahaha!! Padahal.. 



Korang nampak tak kotak elektrik tu. Okeh, aku tak tahulah apa nama dia sebab dulu aku belajar sumber manusia. Haha!! Api belakang tu je tau sikit je lagi nak sampai. Api pun dah semakin merebak ke sebelah kanan. Dah lah tempat ni banyak sangat pokok jadi agak bahayalah kan. Aku takut dengan pokok2 besar ni semua terbakar. Terus otak terbayang2. 

Balik tu kami tengok alhamdulillah semua selamat. Kotak elektrik pun ok. Mungkin masa kami nak gerak tu pun bomba dalam perjalanan. Masa kebakaran tu kesian tengok orang yang lalu lalang situ sampai tak nampak jalan, lagi kesian dekat orang yang naik motor tu. Hukhuk!! Lagi kalau bawak budak, kesian sangat..  Aku tak pasti apa punca dia tapi memang masa ni panas memang menggila lah. Mungkin sebabkan cuaca terlampau panas, atau mungkin ada seseorang hisap rokok dan buang puntung rokok dia kat situ. Erm.. macam2 sebab sebenarnya. Kebetulan pula area rumah aku ni memang angin tu kadang agak kuat juga. 

Jadi korang tu, memandangkan musim tengah panas ni jadi di harap dapatlah berhati2. Kalau ternampak kebakaran ke apa tolonglah telefon orang yang sepatutnya. Kepada si perokok2 pula TOLONGLAH sebelum buang puntung rokok tu pastikan api dia dah padam. Cintailah bumi kita. Eh!! Hahaha...

19 Feb 2015

Tips banyakkan susu bagi bf mummy!!

Assalamualaikum..

Bukan nak tunjuk pandai, bukan nak kata cara aku betul. Terpulang pada korang, kalau rasa cara aku betul sila ikut kalau tidak sila blah! Bahaha!! Sebab ada setengah tu fikir diri dia je betul, bila kita bagi tips mulalah cari cara nak hentam kita. Aku buat semua ni dan rasa kena pada aku dan alhamdulillah sekarang anak aku dah 9 bulan pun masih lagi susu ibu sepenuhnya. 

Mungkin pada korang 9 bulan tu awal lagi, tapi aku bersyukur dan happy sebab dapat peluang beri anak aku susu ibu sampai sekarang. Pada korang yang mungkin tak berkesempatan tu tak apa.. Jangan risau cuba pada masa akan datang okeh. Kalau susu banyak tapi korang bekerja korang boleh guna banyak cara zaman sekarang ni. Lain kali kita bincang pasal itu. 

1. Sentiasa positif

Paling utama, penting sangat. Terima kasih Ika sebab beri nasihat kat aku. Betul sangat apa yang dia nasihatkan. Kalau kita nak susu sentiasa banyak kita kena fikir kita boleh. Bayangkan je susu kita banyak. Jangan pernah2 sebut atau fikir benda2 negatif. Okeh, bunyi macam tak logikkan? Tapi inilah tips paling penting sekali..

2. Sokongan orang sekeliling

Ini macam agak payahlah.. Kalau dapat family jenis sentiasa sokong kau apa kau buat takde masalah tapi kalau dah dia pun kutuk kau itu jadi masalah. Hahaha!! Family aku alhamdulillah.. Sentiasa sokong aku yang memang dari mengandung dah tanam niat nak susu penuh. Cuma ada sesetengah orang tu yang suka merendahkan kita ni. Mungkin pada diorang orang bagi susu ibu ni takde duit kot! Lantaklah kita nak jimat ke apa kan.. Janji tak pakai duit orang. Iya tak??!! 


3. Banyakkan buah dan sayur

Tips ni jalan jugak pada aku. Aku ni memang hantu sayur, semua jenis aku makan memang takkan tolak punya.. Kalau makan takde sayur yang tu aku benci. Haha!! Makan takde sayur buat selera aku mati. Air buah memang kesukaan aku bila makan kat luar. Kalau tak makan luar pun mesti aku akan suruh hubby tapaw untuk aku. Biasanya carrot susu. Tapi lobak putih bagus sangat untuk tambahkan susu. Korang boleh campak masuk dalam sayur campur goreng, sup ayam, bubur, rebus cecah sambal belacan pun okeh jugak. Pendek kata masuk je dalam apa2 masakkan pun. Anak punya pasalkan..

4. Sentiasa susukan anak

Ini untuk bagi rangsangan pada susu kita supaya dia sentiasa memproses. Macam mesin kalau dah lama tak jalan berkarat lepas tu lama2 rosak. Betul tak? Sama jugak dengan susu kita. Lagi kerap kau bagi susu lagi elok. Lagi pun jenis susu badan ni budak minum sikit2 tapi banyak kali tapi kadang tu bergantung pada anak kau jugak. Korang yang bekerja jangan risau. Mesti fikir macam mana nak bagi anak susu kalau tengah kerjakan? Takpe, kan ada pump. Masa kerja tu pump lah. Bila agak dah bengkak tu pump je. Samelah jugak macam bagi susu kat anak, lagi rajin kita buat keluaran lagi meriah hasilnya nanti. 

5. Minum banyak air

Lebih2 lagi air masak.. Tapi aku jarang minum air masak selalu minum air ada warna tapi mesti kurang manislah. 

6. Jaga pemakanan

Setiap orang yang menyusukan ni memang akan memanjang lapar jek. Aku peduli apa orang nak kata aku gemuk ke apa. Aku makan pun sebab anak. Aku 100% bagi baby AF susu ibu jadi memang kejap2 lapar. Tengah malam pun tetiba aku akan lapar dan biasanya aku akan siapkan makan tengah malam aku. Hahaha!! Abaikan orang yang mengutuk kau gemuklah apa. Lantak kaulah.. Janji anak aku sihat. 

7. Jus kurma

Masa berapa bulan tu aku ada minum jugak jus kurma ni. Sedap okeh.. Buat air dia tak payah dah nak letak gula ke apa sebab memang dah manis. Jadi boleh kawal sendiri tahap kemanisan dia tu. Sunnah nabi kan.. Dah lama tak minum nanti nak minum baliklah. Minum ni terus rasa susu yang anak aku minum pun berkhasiat sangat. Apa saja yang kita makan dan minum dia dapat khasiatnya kan.. 

Banyak lagi tipsnya.. Tapi buat masa ni ini yang aku amalkan selama sembilan bulan dan insyallah aku akan teruskan selagi terdaya. Korang yang menyusukan anak tu abaikan je apa orang sekeliling kau kata. Biarlah dia, bukan kita pakai susu dia pun. Haha!! Aku selalu je kena kutuk sebab aku susu badan tapi aku tak boleh mengalah. Pada aku cukuplah hubby menyokong aku, sentiasa ada, sentiasa beri semangat. Yang lain tolak tepi. Lantak kaulah..