Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

7 Apr 2015

Starting Over Again


Assalamualaikum..


Semalam sebelum keluar cari makan malam aku record cerita ni, balik tu relax2 layan cerita Korea dengan my sayang. Habis cerita Korea mata tak boleh lelap pulak so bukak la cerita Filipina ni. Hoii.. Sangat menusuk ke kalbu ok. Huwa.. Aku bukan jenis suka nak layan cerita2 Indon ke, Filipina ke, sebab biasanya cerita diorang banyak boleh buat orang sakit jantung. Tapi bila layan cerita ni memang terbaiklah..

Ending dia tak macam cerita selalu kita tengok tu yang asyik happy ending je.. Yang ni more to reality. Sedih2 pun tetap dia happy lah. Cerita ni macam mengajar kita supaya terima takdir dan realiti. Aku tak nak ceritakan cerita ni lebih2 sebab tak bestlah kan.. Better korang layan sendiri cerita ni. 


Memang tangkap leleh weii.. Aku sampai nangis tengok malam tadi. Bahaha!! Nasib my sayang tak nampak, malu kot!! 

Mula2 dorang berdua ni bercinta, lepas tu..


Datang dia ni pulak.. Nak tahu macam mana pompuan ni boleh timbul? Korang kena tengok sendiri. Bestnya pasal cerita ni adalah dia ringan tak berat macam cerita2 lain. Biasa kita tengok ada macam2 masalahlah, ramai sangai pelakonlah, yang ini ok. Cerita memang tertumpu pada kisah percintaan je. Ada jugak orang lain tapi masuk sikit2 la. So, cerita dia tak melewe2. *betul ke aku eja?

So, kalau korang ada masa sila tengok cerita ni. Memang aku recommend!! Kalau takde kat astro lagi sila cari kat Youtube, atau download je. Eh! Rasanya kat Tonton mesti ada kan??!!



9 Nov 2013

Finally im pregnant!! ~3 month

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Mungkin sudah tersurat rezeki aku kali ini. Siapa yang tak inginkan anak betul tak? 

Sebenarnya dari awal lagi kami sudah tahu yang aku pregnant cuma masih belum berani mahu war2 kan di blog yang penuh sarang ini. Miahaha!! Yelah, orang kata tak elok berita yang baik itu disorok2 tapi tak salah kiranya aku lepaskan dulu 1st trimester memandangkan dulu aku pernah keguguran. So, hurmm.. Risau sesangatlah kan. 


Tolong jangan tanya ni masa bila punya test ok.. But, kalau tak silap ni da sebulan kot lewat period. Giler terang kan?? Masa ni weolls rasa macam nak melompat2 dah. Tapi apakan daya. Hubby tu kalau hentak kaki sikit pon dah marah. Haha... Sayang sangat kat iolls *erk*


Haha!! Tak puas hati punya pasal. Aku sendiri tak boleh nak kira berapa kali aku buat test. Rasanya dari start aku kawin sampailah sekarang ni dah pregnant dah 50 test kot aku guna. Miahaha!! 

"eh, kau gile test ke ape"

Ada aku kisah.. Aku tak kisahlah orang nak kata apa. Buat habis duit ke apa ke. Tapi ntah. Aku jadi suka buat ujikaji air wee wee sendiri. Bahaha!! *statementmaut* 

So, pada korang sume buatlah ikut sukati korang. Abaikan apa orang nak kata. Bukan beli pakai duit diorang pon. Sekurang2nya tak membebankan kita sudah. Jangan kerana dek nak beli pregnancy test sampai seminggu kau tak makan. Itu adalah salah sama sekali. 

Sebelum aku di confirmkan tentang pregnant ni dengan doctor banyak liku2 dan rintangan yang kami hadapi. Tapi yang tu akan aku story nanti2.. And jika ada masa nak jugak aku share apa yang telah aku ikhtiar sebelum disahkan pregnant. 

So, alhamdulillah kami bersyukur dengan rezeki yang baru ini. Doakan aku and baby selamat sehingga melahirkan nanti.. Aku juga berdoa buat kalian yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat semoga akan ada nanti rezeki kalian cuma cepat atau ambat sahaja. Aminn..