Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

6 Apr 2015

Banafe Village di JB

Assalamualaikum..

Nak perkenalkan salah satu tempat makan favorite kami suami isteri. Siapa datang JB boleh singgah sini makan. Antara menu yang aku akan recommend adalah Nasi Ayam Penyet dan Pecel lele. Teringat masa mengandung dulu inilah yang aku makan hari2. Haha!! Kau mampu makan benda sama tiap hari? Pada aku sedap dan kena pada tekak cuma sambal dia ada time pedas dan kadang tu tak pedas. Pada aku lagi suka yang pedas baru kick kan.. 

Aku ni kira seorang yang cerewet sikit bab makan sebab suka masak dan olah makanan so bila makan luar jadi tak berapa sedap tu boleh jadi hilang mood sekejap. Tapi sekejap jelah sebab perut lapar aku telan jelah. Kecuali kalau memang tak sedap sangat memang tak makanlah aku. Banafe ni kira menu dia banyak dan boleh tahan. Menu lain yang best adalah Grill Chicken Chop, Pancake dia and banyak lagi menu yang best.

Banafe village ni ada dua kedai, satu yang lama dan satu lagi baru. Tapi baru tu takdelah baru sangat. Aku suka pergi yang baru sebab lebih selesa, besar, lebih sedap, dan boleh layan band nyanyi malam2. Oh ye, kedai ni buka 24 jam. Salah satu kelebihan dia. 

Nak share gambar kedai dan makanan kami terlupa nak ambil sebab lapar sesangat dah masa tu. Kami order nasi ayam penyet, pecel lele, pancake, teh ais, dan jus banafe special.  Banyak tak? Jus dia boleh tahan, campuran buah dan yang penting kurang manis. 


Masa makan tu ada orang datang jual ni. So kita beli bagi dia main biar senyap sikit. Haha!! So senang nak makan ke apa. Sambil tu suapkan sekali dia makan bubur dia atau bagi biskut. Mulut tu, mulut. Muncungnya, khusyuk sangat leteww.. 

Siapa datang JB moh datang makan sini ok. Nanti aku share makanan best kat JB yang lain ok. 









26 Mar 2015

Minyak Angin Untuk Baby

Assalamualaikum..

Aku tahu nak cari minyak yang sesuai untuk baby memang susah. Aku sejak ada baby pun alami perkara yang sama. Pening nak pilih mana satu produk terbaik. Ramai orang suggest guna minyak Yuyi (tak reti eja) tapi banyak sangat cerita aku dengar kata tak boleh pakailah, itulah, terus jadi was2. Terus tak beli. Tapi sekarang ni aku tengok kat iklan ok je.. Maybe adalah kot orang bagi info2 tak sahih ke apa. Tapi sebab was2 aku tetap tak pakai. 

Aku ada sebab lain juga kenapa tak guna minyak yuyi tu atau pun produk lain. Tapi disebabkan family sendiri hasilkan minyak angin so aku guna apa yang adalah kan. Malah lebih jimat. Aku guna minyak ni sejak dari babyAF lahir lagi. Buat masa ni alhamdulillah takde masalah.


Inilah dia minyak yang aku guna pada babyAF. Kalau guna untuk baby sorang aku rasa tahan setahun kot! Haha!! Minyak ni takdelah famous macam jenama2 lain tapi kesan dia memang tak dapat di nafikan lagi. Jangan risau, aku tau mesti akan ada yang tanya "ok ke pakai ni? tak panas ke?"

Memanglah panas tapi taklah panas sangat lagi pun ada cara dia. Itu boleh belajar nanti. Biar aku share testimoni babyAF ok. Macam aku cakap tadi babyAF dah guna sejak lahir. Masa balik dari hospital tu setiap kali lepas mandi aku akan sapu minyak ni dekat dada dia, belakang badan dia, perut dan tapak kaki. Kenapa sapu dada dan belakang? Ikut suami aku memang masa dia kecik semput teruk so aku risau anak pun kena. Yelah, dia kecik lagi. Kesian.. Lainlah dah besar. Tapi hopefully sampai bila2 oklah dia. 

Sejak aku pakaikan minyak ni paling ketara boleh nampak bila anak aku senang sangat sendawa. Bila lepas minum susu tak sampai berapa saat tepuk belakang dia dah BLURP!! Dahlah tu sikit2 'tentut'. Bahaha!! Baguslah nak, senang mama.. Tak yah risau perut kembung ke apa. Dalam sehari tu banyak sangat dia sendawa dan 'tentut'. Ini bukan buat cerita ke apa tapi memang betul. Bukan nak puji anak ke apa tapi sepanjang aku berpantang sampai sekarang malam anak aku tidur rilek jek. Tak ada nak melalak tak pasal2, takde nak perut angin ke apa, malam je keja dia tidur. Sepanjang pantang lagilah, susu tidur, susu tidur. Hihihi.. Aku rasa masa tu bertuah sangat dikurniakan anak yang baik (kata2 itu satu doa). Aku harap anak2 aku yang lain nanti pun macam ni tapi kalau sebaliknya terima dengan hati terbuka dan anggap ianya satu cabaran. 

Kalau anak ada masalah sembelit ke, sakit perut ke, boleh sapu juga. Baby selesema pun boleh. Tapi jangan sapu ikut hidung. BUKAN!! Ada apa2 boleh tanya aku, jangan nanti salah sapu salahkan aku pulak. Macam aku sapu untuk elak anak kena semput ke, perut berangin ke. Sepanjang pergi cek babyAF kat klinik pun doktor takde komplen perut dia kembung ke apa. Alhamdulillah syukur. Moga babyAF diberi kesihatan yang baik. 

Aku bukan nak cakap besar, nak cakap baik pasal babyAF. TIDAK. Aku cuma nak korang tahu anak aku sesuai sangat pakai minyak ni. Sebelum terlupa biar aku bagitahu minyak ni sesuai untuk baby sampai ke orang tua. Jangan risau, aku tak tipu. So, memang tak membazir beli minyak ni. Oklah, cakap banyak pun tak guna. Apa2 boleh mesej, wassap, line, telegram, email, komen, cuma NO CALL. Ok. 


Sebarang pertanyaan tentang harga, kelebihan produk, boleh guna untuk apa dan siapa just mesej ok. 


19 Feb 2015

Grill Hotdog

Assalamualaikum..

Kalau tadi resepi simple yang ini lagilah simple yang amat. Silap2 baby AF pun boleh buat. Bahaha!! Nampak nau pembohongnya..


Bahan

Olive oil (boleh guna minyak biasa)
Serbuk bawang putih
Serbuk blackpaper
Hotdog ( aku guna size giant)

Cara Masak

1. Panaskan minyak dan letakkan hotdog atas tempat grill. 
2. Rajin terbalik-balikkan.
3. Taburkan serbuk bawang putih dan blackpaper atas hotdog.
4. Terbalikkan lagi sampai masak. Siap!!

Mudah bukan? Sebab tu aku cakap baby AF pun boleh masak resepi ni. Sangat mudah.. Sesuai di hidangkan semasa sarapan, makan petang atau supper. Ada masa kadang2 kita suka makan simple2 atau western kan. So, boleh try.. Boleh hidangkan bersama roti bakar dan kacang panggang. Ok, tetiba lapar.

Sticky Caramel Chiken Wing

Assalamualaikum..

Asyik cerita peribadi je moh le kita berkongsi sedikit resepi yang tak seberapa ni. Mudah sangat nak membuatnya.. Sementara banyak masa terluang baik aku letak dalam blog ni. Jangan terkejut kalau nampak hari ni aku banyak update okeh. Hahaha!! Anak dah beradu jadi inilah masa aku nak berpencak silat update blog. 


Bahan

8 ketul             kepak ayam (ikut suka), potong 2
3 ulas              bawang putih
1/2 inci            halia
1 sudu             kicap
1 sudu             sos ikan
1 sudu             sos cili
1/2 cawan       madu (ikut ayam dan ikut suka)
secubit            garam
2 sudu             minyak masak

Cara masak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan kicap, sos ikan, sos cili dan madu. Kacau rata dan tutup.
4. Sentiasa pantau dan kacau. Ia akan mendidih dan berbuih, biarkan. Kacau sekali sekala.
5. Bila kuah dah pekat, kering dan bersalut dekat ayam boleh tutup api. 
6. Hidang dan makanlah. *Eh, sebelum tu ambil gambar dan upload dekat ig dan fb bagi orang terliur sikit. Hahaha!! 

Senangkan resepi ni?? Kacang giler. Ada masa tu kadang datang perangai aku rajin ke dapur dan masak benda2 macam ni. Simple tapi sedap di makan. Kategori suka manis bolehlah try masak ni. Tak suka manis pun boleh try jugak tapi kurangkan madu tu ikut suka rasa. Tujuan aku letak garam tu supaya ada sikit masin2 dia. Hehe!! Makan manis sangat ni tekak aku muak. Korang boleh je nak olah resepi ni ikut suka hati, siapa nak pedas lumur je ayam tadi tu dengan blackpaper perap sekejap. Pun boleh.. Tiada alasan malas ke dapur setelah tengok resepi simple macam ni. Betul tak..

*Sorry, takde pinggan cantik. Malas nak punggah dalam bilik stor. Hahaha..

9 Feb 2015

My favoreto bila ke Jusco

Assalamualaikum..


Bila pergi Jusco mesti mintak hubby belanja makan ni. Haha!! Untung jugak sebab rumah and Jusco tak jauh mana. Siap ada 2 Jusco so boleh pilih nak pergi yang mana.

Pernah makan dekat kedai lain tapi takkan dapat lawan piawaian yang ada dekat Jusco. Kahkah!! Jusco still no 1!!

Sampai hubby pun dah suka dengan makanan ni. Aku siap ajar dia makan dengan cili api potong barulah kaw kan?? Nasib dia tak cerewet.. Paling suka order extra mushroom.

Im a simple woman. Tak payah nak bagi beg Channel ke, LV ke bagi makanan dah cukup happy. Daripada membebel terus senyap. Hihi!! *tapi nak bagi pon ok je ;P

So, siapa suka makan ni jugak?? 

4 Feb 2015

#akumasakkoyangpanaskenapa

Assalamualaikum.. 

Entry tentang semua benda yang aku masak. Semua menu ni aku masak sendiri bukan makan di gerai atau tapau ok. Bukan nak tunjuk aku ni teror masak ke apa tapi saja simpan dekat blog buat kenangan sebelom aku delete gambar ni semua. Bahaha!!

Aku suka masakan kampung, suka western, suka simple, semua aku suka tapi paling aku suka ialah MAKAN. ;P


Ini namanya kek batik. Aku tak tau kenapa nama dia batik tapi maybe sebab corak macam batik? Err.. Ade ke??

Kek batik ni special. 1st sebab dia murah, 2nd sebab dia jenis rangup sentiasa, 3rd sebab dia kering dan tak basah macam orang selalu buat, 4th paling penting sebab tak perlu simpan dalam peti ais. Bahan dia semua aku pakai produk 1Malaysia. Resepi ni pun dikongsikan oleh jiran aku. 


Atas ni pulak masa pergi riadah dekat Gunung berlumut oleh kawan sekerja hubby aku. So, menu adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, bbq, rendang ayam negeri 9, ada jugak aku buat jeruk asam yang famous 1 masa dulu. Kikiki!! Masa ni ade dalam 20 orang kot. Semua ni disediakan oleh kami sekeluarga.


Menu malas. Haha!! Nama macam tu sebab masak time malas. Wakaka.. Biasalah setiap orang ada hari malasnya kan. Tapi tu kira untung malas2 pun masak. Ada orang malas sampai langsung tak masak, pastu tak makan. Sekurangnya, kalau malas masak pi beli tu takpe jugak kan?? ;P

Atas tu ada sambal sardin, sayur sawi goreng dan roti telur di colek dengan sos cair. ;P



Okay, ini antara lauk favorite. Tengok pon dah kecur air liur kan? Atas tu ada lauk asam pedas ikan semilang, pucuk ubi rebus, ada urap, dan sambal asam. Pergh!! Tetiba lapar. Siapa duk area Johor nak cari ikan semilang mentah yang sedap sila pergi ke Rengit. Family aku dari Kluang sampai Rengit cari ikan ni. 

Ada orang tak makan ikan ni sebab katanya bau hanyir. So, nak hilangkan hanyir dia basuh dengan asam jawa. Rendamkan ikan tu dengan asam jawa. Biar sekejap lepas tu baru basuh dan bilas. Confirm makan dengan selera.


Okeh, ini dikala kau dah tak tau nak makan apa. Alasannya dah muak makan nasi dan mee. Biasanya aku akan buat makan malam tunggu hubby aku balik. Makan sama2 time panas, masyukkk..

Ada ayam madu, hot dog, dan kentang goreng homemade. senang je buat dia, kupas kulit kentang pastu potong ikut suka nak.besar or kecik. Pastu goreng atas frying pan dengan kuantiti minyak yang secoet. 


OMG!! Taip ni tertelan2 ailio. Bahaha!! Buruk perangai. Tapi ni memang power. Gila kalau kata tak power, itik salai masak lomak cili api kot! Susah jumpa menu ni ok walaupun pergi restoran mewah. Kalau Singapore senang nak jumpa itik tapi banyak kat kedai makan cina la.. Johor susah. Kalau nak pi cari kat Negeri 9. Oh, kena repeat pegi sana sebab nak beli ni. 

Dapat menu ni makan dengan ulam dan sambal belacan. Owhhh!! Heaven.


Ini pun sama, makan malam dikala jemu dan muak ngadap nasi hari2. Sotong dan udang panggang. Perghh!! Angkat ibu jari punya. Tapi lepas tu siap gosok2 mata.


Nasi goreng sotong. Aku jenis masak apa mesti nak kena ada sayur. Takde sayur makan tak selera. Lebih sayur dari nasi pun takpe. Haha!! Senang je buat benda ni campak2 siap. 


Mini piza. Base dia tu beli yang dah siap je tinggal buat topping jek. Senang dan hasil yang menakjubkan. Kahkah!! Ini menu waktu buka puasa tahun lepas kot! Okeh, lama dah ku kepam gambar ni dalam album. Babai.

Yea.. Biskut raya buatan sendiri. Almond london. Gigih ok, anak baru lepas pantang kot masa ni. Kau mampu. Haha!! Jimat sangat kalau buat kuih sendiri ni. 


Sama cuma biskut je lain. Tak silap ni biskut chocolate chips.


Hasilnya!!


Okeh, ni tak silap puding roti kot. Serius ni memang sentiasa menjadi permintaan my mak. Kalau buat mesti suruh buat lebih untuk tinggalkan kat rumah. Makan pulak dengan kuah custard dia, terbaik!!

So, share pulak menu korang nanti..