Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

19 Feb 2015

Grill Hotdog

Assalamualaikum..

Kalau tadi resepi simple yang ini lagilah simple yang amat. Silap2 baby AF pun boleh buat. Bahaha!! Nampak nau pembohongnya..


Bahan

Olive oil (boleh guna minyak biasa)
Serbuk bawang putih
Serbuk blackpaper
Hotdog ( aku guna size giant)

Cara Masak

1. Panaskan minyak dan letakkan hotdog atas tempat grill. 
2. Rajin terbalik-balikkan.
3. Taburkan serbuk bawang putih dan blackpaper atas hotdog.
4. Terbalikkan lagi sampai masak. Siap!!

Mudah bukan? Sebab tu aku cakap baby AF pun boleh masak resepi ni. Sangat mudah.. Sesuai di hidangkan semasa sarapan, makan petang atau supper. Ada masa kadang2 kita suka makan simple2 atau western kan. So, boleh try.. Boleh hidangkan bersama roti bakar dan kacang panggang. Ok, tetiba lapar.

Sticky Caramel Chiken Wing

Assalamualaikum..

Asyik cerita peribadi je moh le kita berkongsi sedikit resepi yang tak seberapa ni. Mudah sangat nak membuatnya.. Sementara banyak masa terluang baik aku letak dalam blog ni. Jangan terkejut kalau nampak hari ni aku banyak update okeh. Hahaha!! Anak dah beradu jadi inilah masa aku nak berpencak silat update blog. 


Bahan

8 ketul             kepak ayam (ikut suka), potong 2
3 ulas              bawang putih
1/2 inci            halia
1 sudu             kicap
1 sudu             sos ikan
1 sudu             sos cili
1/2 cawan       madu (ikut ayam dan ikut suka)
secubit            garam
2 sudu             minyak masak

Cara masak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan kicap, sos ikan, sos cili dan madu. Kacau rata dan tutup.
4. Sentiasa pantau dan kacau. Ia akan mendidih dan berbuih, biarkan. Kacau sekali sekala.
5. Bila kuah dah pekat, kering dan bersalut dekat ayam boleh tutup api. 
6. Hidang dan makanlah. *Eh, sebelum tu ambil gambar dan upload dekat ig dan fb bagi orang terliur sikit. Hahaha!! 

Senangkan resepi ni?? Kacang giler. Ada masa tu kadang datang perangai aku rajin ke dapur dan masak benda2 macam ni. Simple tapi sedap di makan. Kategori suka manis bolehlah try masak ni. Tak suka manis pun boleh try jugak tapi kurangkan madu tu ikut suka rasa. Tujuan aku letak garam tu supaya ada sikit masin2 dia. Hehe!! Makan manis sangat ni tekak aku muak. Korang boleh je nak olah resepi ni ikut suka hati, siapa nak pedas lumur je ayam tadi tu dengan blackpaper perap sekejap. Pun boleh.. Tiada alasan malas ke dapur setelah tengok resepi simple macam ni. Betul tak..

*Sorry, takde pinggan cantik. Malas nak punggah dalam bilik stor. Hahaha..

4 Feb 2015

#akumasakkoyangpanaskenapa

Assalamualaikum.. 

Entry tentang semua benda yang aku masak. Semua menu ni aku masak sendiri bukan makan di gerai atau tapau ok. Bukan nak tunjuk aku ni teror masak ke apa tapi saja simpan dekat blog buat kenangan sebelom aku delete gambar ni semua. Bahaha!!

Aku suka masakan kampung, suka western, suka simple, semua aku suka tapi paling aku suka ialah MAKAN. ;P


Ini namanya kek batik. Aku tak tau kenapa nama dia batik tapi maybe sebab corak macam batik? Err.. Ade ke??

Kek batik ni special. 1st sebab dia murah, 2nd sebab dia jenis rangup sentiasa, 3rd sebab dia kering dan tak basah macam orang selalu buat, 4th paling penting sebab tak perlu simpan dalam peti ais. Bahan dia semua aku pakai produk 1Malaysia. Resepi ni pun dikongsikan oleh jiran aku. 


Atas ni pulak masa pergi riadah dekat Gunung berlumut oleh kawan sekerja hubby aku. So, menu adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, bbq, rendang ayam negeri 9, ada jugak aku buat jeruk asam yang famous 1 masa dulu. Kikiki!! Masa ni ade dalam 20 orang kot. Semua ni disediakan oleh kami sekeluarga.


Menu malas. Haha!! Nama macam tu sebab masak time malas. Wakaka.. Biasalah setiap orang ada hari malasnya kan. Tapi tu kira untung malas2 pun masak. Ada orang malas sampai langsung tak masak, pastu tak makan. Sekurangnya, kalau malas masak pi beli tu takpe jugak kan?? ;P

Atas tu ada sambal sardin, sayur sawi goreng dan roti telur di colek dengan sos cair. ;P



Okay, ini antara lauk favorite. Tengok pon dah kecur air liur kan? Atas tu ada lauk asam pedas ikan semilang, pucuk ubi rebus, ada urap, dan sambal asam. Pergh!! Tetiba lapar. Siapa duk area Johor nak cari ikan semilang mentah yang sedap sila pergi ke Rengit. Family aku dari Kluang sampai Rengit cari ikan ni. 

Ada orang tak makan ikan ni sebab katanya bau hanyir. So, nak hilangkan hanyir dia basuh dengan asam jawa. Rendamkan ikan tu dengan asam jawa. Biar sekejap lepas tu baru basuh dan bilas. Confirm makan dengan selera.


Okeh, ini dikala kau dah tak tau nak makan apa. Alasannya dah muak makan nasi dan mee. Biasanya aku akan buat makan malam tunggu hubby aku balik. Makan sama2 time panas, masyukkk..

Ada ayam madu, hot dog, dan kentang goreng homemade. senang je buat dia, kupas kulit kentang pastu potong ikut suka nak.besar or kecik. Pastu goreng atas frying pan dengan kuantiti minyak yang secoet. 


OMG!! Taip ni tertelan2 ailio. Bahaha!! Buruk perangai. Tapi ni memang power. Gila kalau kata tak power, itik salai masak lomak cili api kot! Susah jumpa menu ni ok walaupun pergi restoran mewah. Kalau Singapore senang nak jumpa itik tapi banyak kat kedai makan cina la.. Johor susah. Kalau nak pi cari kat Negeri 9. Oh, kena repeat pegi sana sebab nak beli ni. 

Dapat menu ni makan dengan ulam dan sambal belacan. Owhhh!! Heaven.


Ini pun sama, makan malam dikala jemu dan muak ngadap nasi hari2. Sotong dan udang panggang. Perghh!! Angkat ibu jari punya. Tapi lepas tu siap gosok2 mata.


Nasi goreng sotong. Aku jenis masak apa mesti nak kena ada sayur. Takde sayur makan tak selera. Lebih sayur dari nasi pun takpe. Haha!! Senang je buat benda ni campak2 siap. 


Mini piza. Base dia tu beli yang dah siap je tinggal buat topping jek. Senang dan hasil yang menakjubkan. Kahkah!! Ini menu waktu buka puasa tahun lepas kot! Okeh, lama dah ku kepam gambar ni dalam album. Babai.

Yea.. Biskut raya buatan sendiri. Almond london. Gigih ok, anak baru lepas pantang kot masa ni. Kau mampu. Haha!! Jimat sangat kalau buat kuih sendiri ni. 


Sama cuma biskut je lain. Tak silap ni biskut chocolate chips.


Hasilnya!!


Okeh, ni tak silap puding roti kot. Serius ni memang sentiasa menjadi permintaan my mak. Kalau buat mesti suruh buat lebih untuk tinggalkan kat rumah. Makan pulak dengan kuah custard dia, terbaik!!

So, share pulak menu korang nanti..

28 Jan 2015

Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum..

Perempuan ni tak boleh lari dari memasak. Walaupun masa bujang bagi banyak alasan tak nak masak tapi tunggulah nanti kalau dah kahwin. Dekat rumah sendiri bolehlah bagi banyak alasan tak masak kan, kena balik rumah FIL? Kau rasa alasan apa kau nak bagi. Kena pulak seminggu sekali pergi rumah FIL sebab dekat je dengan rumah agak2 kau mampu tiap kali tu nak bagi alasan? Hey!! Malulah orang perempuan tak pandai masak.. Biasanya bukan tak pandai tapi kata kunci yang sebenar adalah malas. 

So, malas cakap panjang, lagi sedap makan kacang panjang buat ulam cecah sambal belacan ke, budu ke, cencalok ke. Hahaha!! 



Okeh, itu dia.. Nampak sedap tak? 

Resepi:

sotong
telur
tepung gandum
tepung beras
garam
blackpaper

Bahan semua adalah bergantung kepada berapa banyak sotong korang. Biasanya kalau sotong 1/2 kg kat rumah ni boleh buat masak 2 kali. So, buat tu agak2 la bergantung berapa ramai isi rumah korang. Okeh?

Sotong tu mula2 kau kena siang macam biasa pastu buang kulit purple dia tu. Dah buang basuh dan toskan. Dah tos, lap pulak dengan tisu dapur. Ala.. tisu yang tebal tu takkan tak tau pulak kan? Haha!! Tujuan kita lap supaya bila menggoreng nanti takdelah letup2 sotong tu. Kang letup ada yang berpencak silat pulak kat dapur.

Dah kering sotong tu, gaul2 dalam telur pastu salut dengan tepung gandum, tepung ubi, garam dan blackpaper sekata. Biar sotong tu tersalut betul2 okeh. Settle. Bolehlah goreng dengan minyak yang banyak dan nak lagi senang goreng guna periuk2 macam ni supaya senang masak. 

Lepas ni dah tau buat tak payah dah nak pergi kedai semata2 nak makan sotong goreng tepung. ;P Dah pandai masak sendiri. Sure lepas ni bapak mertua makan tak toleh kiri kanan. Eh, haha!! Confirm rangup. Kadang tu kalau makan kat kedai pun belum tentu rangup lepas tu tebal je tepung dia. Ceh! Tipu tau niaga macam tu.. Sakit hati kita awak.. So, lets try!!