Showing posts with label halal. Show all posts
Showing posts with label halal. Show all posts

21 Apr 2015

Mee Rebus Gear Box, Highway Pasir Gudang

Assalamualaikum..

Hahaha!! Sendiri letak tajuk sendiri tergelak. Nampak naw tau makan je.. Aku tahulah tempat dia tapi tak tahu nama kedai. Kat JB ni selalunya kalau orang nak makan mee rebus gear box orang akan makan kat ZZ Stulang tapi aku saja cuba makan kat sini setelah kawan hubby makan, katanya sedap. So, wealls pun try.. 


Haha!! Kau mampu nak perabiskan makanan ni? Padahal makan 2 orang je pun. Over kan? Oh, ya. Aku kalau stress makan memang dasyat ok! Makan dapat buat aku happy. 

Kalau ikutkan tekak aku, lebih suka mee rebus kat sini. Sedap, sebab kuah dia tak sepekat kedai famous tu dan tak berapa manis. Aku kalau makanan manis sangat ni muak jugak. Part bestnya kedai dia tak berapa ramai orang. Ya, aku pelik sebab tak suka makan kat kedai ramai orang. Kenapa? Sebab aku rasa bila aku makan macam orang pandang semacam jek. Rasa macam ada je tak kena, padahal malu. ;P

Korang tengoklah atas tu, mee rebus gear box tu aku punya. Nasi putih dan sup gear box pulak hubby punya. Otak2 dan kentang tu kami share. Aku suap sikit kat babyAF. Hihi!! Oh, kat sini ada macam2 jenis makanan, sate, steamboat, laksa, ayam goreng, soto, mee kari, nasi ayam, macam2 lagilah. Banyak kan? 

Aku suka pergi kedai makan yang ada banyak menu tapi part yang tak bestnya bila kau belek2 menu terus rambang mata. Terus macam "eh! ini sedap" "tapi yang ni pun sedap jugak" Hahaha!! kan, kan.. Jangan bohong, nanti kena petir. 


Baru beberapa hari lepas aku makan lagi kat sini tapi bawak my mom and dad pulak. Hubby tak dapat ikut sebab balik lewat so kami pergi berempat je termasuk babyAF. Hihihi.. My mom and dad pun kata sedap. Tak tahulah kalau tekak korang kan sebab citarasa tak sama betul tak? Kalau sesiapa yang suka makan mee rebus gear box dekat ZZ Stulang tu baiklah pergi dekat cawangan dia di Setia Tropika tu. Situ bagi aku selesa sikit. Biarlah takde pondok bawah pokok ke apa bagi aku yang penting bersih dan tak terlampau penuh orang sangat. 

Aku jenis cepat rimas kalau orang ramai2 ni. Service dekat Setia Tropika pun ok and lebih selesa kat situ. Cuma kedai dia di cawangan ni dia buat macam kedai2 biasalah taklah macam cawangan dia lagi satu yang dekat tengah2 bandar tu. Kalau korang ada masa pergilah try makan dekat kedai tepi highway Pasir Gudang ni. Not bad pada aku. Laksa dia pun sedap jugak. *Aku takde pertalian dengan owner kedai ok, saje share secara ikhlas. 


Awak, lap2 sikit air liur tu.. ;P



10 Feb 2015

Aku dan Steamboat

Assalamualaikum..

Jam dah pukul 3 pagi tapi masih tak tidur lagi hasil pekena kopi. Huhu.. Kang nak bangun awal pulak nak masak for my hubby. Nak tidur siang pun kena tengok waktu free ke ape. Kang anak tidur sibujimat,k buat kerja, anak bangun lagilah tak boleh tidur ada je terlepas ke dapur nanti. Haha!!

Sebelum cerita panjang siap sedia kain atau tisu kat sebelah sebab takut ada yang terliur pulak. Ini cerita jumaat lepas. Tengah malam pukul 12 ketung ketang kat dapur siapkan semua ni. Hihihi.. Nasiblah jiran sebelah tak memekik.. 


Ini antara bahan2 nya. Ini untuk makan dua orang. Ada bihun tapi aku dah campak masuk dalam tu pastu baru teringat belum tangkap gambar lagi. Siapa takde dapur gas ni dont worry, boleh je masak kat dapur biasa atau pakai je periuk nasi. Memula dulu aku buat pakai periuk nasi pastu baru teringat aku ada dapur gas ni. Ini aku beli dah bertahun, tahan gila. Aku beli masa zaman jadi student dulu adalah dalam 5-6 tahun kot!! Hoii.. cepat betul masa berlalu. Dah tua dah aku.


Gambar dekat sikit, baru boleh nampak bahan2 dia.. 


Sedap, telur tu hubby aku suka buat separuh masak je. Makan pulak dengan sos dia. Terangkat..


Tengah tunggu mendidih..


Buat air ni. Hubby request. Air Jelly Laici.


Sos steamboat ala Johnny's


Dah siap dan boleh di makan.. Senang je okeh nak masak ni. Kira boleh masak sambil tutup mata atau sambil layan korea. Hihihi.. Buat ni siap ada lebih lagi, tak habis boleh simpan. Esok pagi boleh panaskan. ;P

Nak tak resepi masak campak2 ni?  Nanti aku share ea.. Sekarang nak try tidur sebab nak kena bangun kejap lagi..

9 Feb 2015

My favoreto bila ke Jusco

Assalamualaikum..


Bila pergi Jusco mesti mintak hubby belanja makan ni. Haha!! Untung jugak sebab rumah and Jusco tak jauh mana. Siap ada 2 Jusco so boleh pilih nak pergi yang mana.

Pernah makan dekat kedai lain tapi takkan dapat lawan piawaian yang ada dekat Jusco. Kahkah!! Jusco still no 1!!

Sampai hubby pun dah suka dengan makanan ni. Aku siap ajar dia makan dengan cili api potong barulah kaw kan?? Nasib dia tak cerewet.. Paling suka order extra mushroom.

Im a simple woman. Tak payah nak bagi beg Channel ke, LV ke bagi makanan dah cukup happy. Daripada membebel terus senyap. Hihi!! *tapi nak bagi pon ok je ;P

So, siapa suka makan ni jugak?? 

4 Feb 2015

#akumasakkoyangpanaskenapa

Assalamualaikum.. 

Entry tentang semua benda yang aku masak. Semua menu ni aku masak sendiri bukan makan di gerai atau tapau ok. Bukan nak tunjuk aku ni teror masak ke apa tapi saja simpan dekat blog buat kenangan sebelom aku delete gambar ni semua. Bahaha!!

Aku suka masakan kampung, suka western, suka simple, semua aku suka tapi paling aku suka ialah MAKAN. ;P


Ini namanya kek batik. Aku tak tau kenapa nama dia batik tapi maybe sebab corak macam batik? Err.. Ade ke??

Kek batik ni special. 1st sebab dia murah, 2nd sebab dia jenis rangup sentiasa, 3rd sebab dia kering dan tak basah macam orang selalu buat, 4th paling penting sebab tak perlu simpan dalam peti ais. Bahan dia semua aku pakai produk 1Malaysia. Resepi ni pun dikongsikan oleh jiran aku. 


Atas ni pulak masa pergi riadah dekat Gunung berlumut oleh kawan sekerja hubby aku. So, menu adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, bbq, rendang ayam negeri 9, ada jugak aku buat jeruk asam yang famous 1 masa dulu. Kikiki!! Masa ni ade dalam 20 orang kot. Semua ni disediakan oleh kami sekeluarga.


Menu malas. Haha!! Nama macam tu sebab masak time malas. Wakaka.. Biasalah setiap orang ada hari malasnya kan. Tapi tu kira untung malas2 pun masak. Ada orang malas sampai langsung tak masak, pastu tak makan. Sekurangnya, kalau malas masak pi beli tu takpe jugak kan?? ;P

Atas tu ada sambal sardin, sayur sawi goreng dan roti telur di colek dengan sos cair. ;P



Okay, ini antara lauk favorite. Tengok pon dah kecur air liur kan? Atas tu ada lauk asam pedas ikan semilang, pucuk ubi rebus, ada urap, dan sambal asam. Pergh!! Tetiba lapar. Siapa duk area Johor nak cari ikan semilang mentah yang sedap sila pergi ke Rengit. Family aku dari Kluang sampai Rengit cari ikan ni. 

Ada orang tak makan ikan ni sebab katanya bau hanyir. So, nak hilangkan hanyir dia basuh dengan asam jawa. Rendamkan ikan tu dengan asam jawa. Biar sekejap lepas tu baru basuh dan bilas. Confirm makan dengan selera.


Okeh, ini dikala kau dah tak tau nak makan apa. Alasannya dah muak makan nasi dan mee. Biasanya aku akan buat makan malam tunggu hubby aku balik. Makan sama2 time panas, masyukkk..

Ada ayam madu, hot dog, dan kentang goreng homemade. senang je buat dia, kupas kulit kentang pastu potong ikut suka nak.besar or kecik. Pastu goreng atas frying pan dengan kuantiti minyak yang secoet. 


OMG!! Taip ni tertelan2 ailio. Bahaha!! Buruk perangai. Tapi ni memang power. Gila kalau kata tak power, itik salai masak lomak cili api kot! Susah jumpa menu ni ok walaupun pergi restoran mewah. Kalau Singapore senang nak jumpa itik tapi banyak kat kedai makan cina la.. Johor susah. Kalau nak pi cari kat Negeri 9. Oh, kena repeat pegi sana sebab nak beli ni. 

Dapat menu ni makan dengan ulam dan sambal belacan. Owhhh!! Heaven.


Ini pun sama, makan malam dikala jemu dan muak ngadap nasi hari2. Sotong dan udang panggang. Perghh!! Angkat ibu jari punya. Tapi lepas tu siap gosok2 mata.


Nasi goreng sotong. Aku jenis masak apa mesti nak kena ada sayur. Takde sayur makan tak selera. Lebih sayur dari nasi pun takpe. Haha!! Senang je buat benda ni campak2 siap. 


Mini piza. Base dia tu beli yang dah siap je tinggal buat topping jek. Senang dan hasil yang menakjubkan. Kahkah!! Ini menu waktu buka puasa tahun lepas kot! Okeh, lama dah ku kepam gambar ni dalam album. Babai.

Yea.. Biskut raya buatan sendiri. Almond london. Gigih ok, anak baru lepas pantang kot masa ni. Kau mampu. Haha!! Jimat sangat kalau buat kuih sendiri ni. 


Sama cuma biskut je lain. Tak silap ni biskut chocolate chips.


Hasilnya!!


Okeh, ni tak silap puding roti kot. Serius ni memang sentiasa menjadi permintaan my mak. Kalau buat mesti suruh buat lebih untuk tinggalkan kat rumah. Makan pulak dengan kuah custard dia, terbaik!!

So, share pulak menu korang nanti..

28 Jan 2015

Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum..

Perempuan ni tak boleh lari dari memasak. Walaupun masa bujang bagi banyak alasan tak nak masak tapi tunggulah nanti kalau dah kahwin. Dekat rumah sendiri bolehlah bagi banyak alasan tak masak kan, kena balik rumah FIL? Kau rasa alasan apa kau nak bagi. Kena pulak seminggu sekali pergi rumah FIL sebab dekat je dengan rumah agak2 kau mampu tiap kali tu nak bagi alasan? Hey!! Malulah orang perempuan tak pandai masak.. Biasanya bukan tak pandai tapi kata kunci yang sebenar adalah malas. 

So, malas cakap panjang, lagi sedap makan kacang panjang buat ulam cecah sambal belacan ke, budu ke, cencalok ke. Hahaha!! 



Okeh, itu dia.. Nampak sedap tak? 

Resepi:

sotong
telur
tepung gandum
tepung beras
garam
blackpaper

Bahan semua adalah bergantung kepada berapa banyak sotong korang. Biasanya kalau sotong 1/2 kg kat rumah ni boleh buat masak 2 kali. So, buat tu agak2 la bergantung berapa ramai isi rumah korang. Okeh?

Sotong tu mula2 kau kena siang macam biasa pastu buang kulit purple dia tu. Dah buang basuh dan toskan. Dah tos, lap pulak dengan tisu dapur. Ala.. tisu yang tebal tu takkan tak tau pulak kan? Haha!! Tujuan kita lap supaya bila menggoreng nanti takdelah letup2 sotong tu. Kang letup ada yang berpencak silat pulak kat dapur.

Dah kering sotong tu, gaul2 dalam telur pastu salut dengan tepung gandum, tepung ubi, garam dan blackpaper sekata. Biar sotong tu tersalut betul2 okeh. Settle. Bolehlah goreng dengan minyak yang banyak dan nak lagi senang goreng guna periuk2 macam ni supaya senang masak. 

Lepas ni dah tau buat tak payah dah nak pergi kedai semata2 nak makan sotong goreng tepung. ;P Dah pandai masak sendiri. Sure lepas ni bapak mertua makan tak toleh kiri kanan. Eh, haha!! Confirm rangup. Kadang tu kalau makan kat kedai pun belum tentu rangup lepas tu tebal je tepung dia. Ceh! Tipu tau niaga macam tu.. Sakit hati kita awak.. So, lets try!!