Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

19 Feb 2015

Sticky Caramel Chiken Wing

Assalamualaikum..

Asyik cerita peribadi je moh le kita berkongsi sedikit resepi yang tak seberapa ni. Mudah sangat nak membuatnya.. Sementara banyak masa terluang baik aku letak dalam blog ni. Jangan terkejut kalau nampak hari ni aku banyak update okeh. Hahaha!! Anak dah beradu jadi inilah masa aku nak berpencak silat update blog. 


Bahan

8 ketul             kepak ayam (ikut suka), potong 2
3 ulas              bawang putih
1/2 inci            halia
1 sudu             kicap
1 sudu             sos ikan
1 sudu             sos cili
1/2 cawan       madu (ikut ayam dan ikut suka)
secubit            garam
2 sudu             minyak masak

Cara masak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan kicap, sos ikan, sos cili dan madu. Kacau rata dan tutup.
4. Sentiasa pantau dan kacau. Ia akan mendidih dan berbuih, biarkan. Kacau sekali sekala.
5. Bila kuah dah pekat, kering dan bersalut dekat ayam boleh tutup api. 
6. Hidang dan makanlah. *Eh, sebelum tu ambil gambar dan upload dekat ig dan fb bagi orang terliur sikit. Hahaha!! 

Senangkan resepi ni?? Kacang giler. Ada masa tu kadang datang perangai aku rajin ke dapur dan masak benda2 macam ni. Simple tapi sedap di makan. Kategori suka manis bolehlah try masak ni. Tak suka manis pun boleh try jugak tapi kurangkan madu tu ikut suka rasa. Tujuan aku letak garam tu supaya ada sikit masin2 dia. Hehe!! Makan manis sangat ni tekak aku muak. Korang boleh je nak olah resepi ni ikut suka hati, siapa nak pedas lumur je ayam tadi tu dengan blackpaper perap sekejap. Pun boleh.. Tiada alasan malas ke dapur setelah tengok resepi simple macam ni. Betul tak..

*Sorry, takde pinggan cantik. Malas nak punggah dalam bilik stor. Hahaha..

10 Feb 2015

Aku dan Steamboat

Assalamualaikum..

Jam dah pukul 3 pagi tapi masih tak tidur lagi hasil pekena kopi. Huhu.. Kang nak bangun awal pulak nak masak for my hubby. Nak tidur siang pun kena tengok waktu free ke ape. Kang anak tidur sibujimat,k buat kerja, anak bangun lagilah tak boleh tidur ada je terlepas ke dapur nanti. Haha!!

Sebelum cerita panjang siap sedia kain atau tisu kat sebelah sebab takut ada yang terliur pulak. Ini cerita jumaat lepas. Tengah malam pukul 12 ketung ketang kat dapur siapkan semua ni. Hihihi.. Nasiblah jiran sebelah tak memekik.. 


Ini antara bahan2 nya. Ini untuk makan dua orang. Ada bihun tapi aku dah campak masuk dalam tu pastu baru teringat belum tangkap gambar lagi. Siapa takde dapur gas ni dont worry, boleh je masak kat dapur biasa atau pakai je periuk nasi. Memula dulu aku buat pakai periuk nasi pastu baru teringat aku ada dapur gas ni. Ini aku beli dah bertahun, tahan gila. Aku beli masa zaman jadi student dulu adalah dalam 5-6 tahun kot!! Hoii.. cepat betul masa berlalu. Dah tua dah aku.


Gambar dekat sikit, baru boleh nampak bahan2 dia.. 


Sedap, telur tu hubby aku suka buat separuh masak je. Makan pulak dengan sos dia. Terangkat..


Tengah tunggu mendidih..


Buat air ni. Hubby request. Air Jelly Laici.


Sos steamboat ala Johnny's


Dah siap dan boleh di makan.. Senang je okeh nak masak ni. Kira boleh masak sambil tutup mata atau sambil layan korea. Hihihi.. Buat ni siap ada lebih lagi, tak habis boleh simpan. Esok pagi boleh panaskan. ;P

Nak tak resepi masak campak2 ni?  Nanti aku share ea.. Sekarang nak try tidur sebab nak kena bangun kejap lagi..