19 Dec 2012

Aku benci bila...

Aku adalah benci bila orang suka cakap benda2 mengarut+mencarut. Menyampas ohkey!! Bagi haku benda tu adalah tak sopanlah kan.. Pernah tau ada satu hamba Allah nih, dia tegur aku kat fb. Kire dia nih memeng aku kenal sangatlah tapi itu tak bermaksud ko ado lesen nak cakap benda lucah2 mengarut2 kan! Lepas jek dia cakap benda2 mengarut tuh aku terus rasa menyampas+mencik kat dia.<--dia nih laki tau. Aku terpikir jugak lar kan, agaknye kalau dia beborak ngan gf@tunang@binik macam manalah agaknya kan. Korang2,tak moh buat ohkey!!

Aku jugak mencik pada orang yang suke cakap besar. Yelah.. Bayangkan sume dia jek yang A. Dia jek yang tau, dia jek yang ado.. Tapi ado aku kesah? Muahaha.. *Yep aku kong ajo.. Kadang2 tu bile kite jumpe seseorang yang baru 1st time kite jumpa mulalah dia nk kerek kan? Citer anak dia sume pandai2,keje baik2,uma dia besar,keta dia melambak kat rumah, dia ada itulah inilah. Aku bukanlah jeles tengok kesenangan orang kan. Tapi kot iye pon agak2lah baru 1st time jumpe kot. Tak payahlah nak cita sume bagaikan? Allah bagi rezeki lebih bukan untuk menunjuk2, bersyukurlah apo yang hado..

Ada lagi yang aku mencik. Aku mencik bila aku tak kacau orang tapi orang kacau aku. Haa.. Yang ini memang pantang kot. Sape tak marah kan. Yolah, ko cakap ngan dia baik2.. Ko layan dia cam tuan puteri+tatang bagai minyak yang penuh *terlebey sudah tapi tuba dia bagi ko. Haa.. Marahkan?? marah?? Aku is mengamuklah kan kalau jumpa orang macam nih. So, korang kalau orang layan ko baik2 janganlah nak layan orang macam hati ko yang bagai sampas tuh. Ingat suma orang sama ke? Kalau pon ko dah biasa cara hidup ganaz ke kasor ke, jangan anggap hidup orang lain macam tuh. Buat masa nih takdelah lagi orang yang aku jumpa macam nih. So amarah i is terkawal lagilah kan.. Muahahaha...

Aku pon mencik bila jumpa dengan orang yang talam dua muka. Haa.. yang nih memang banyak kot. Suma orang akan ada perangai yang macam nih. *termasuklah aku. Tapi kalau nak guna pon gunalah pada tempat yang betul@untuk kebaikkan kan? Ini tidok.. Kadang2 ado kawan baik kite sendiri buat. Depan kita senyum dia sampai nak ketelinga, layan baik punya tapi belakang kite kutuk dia berbakul2 buah durian. *sedapnya durian.. ini boleh buat orang mencik!!

Ada pulak orang yang suka amik kesempatan pada orang lain. Yang nih pon aku benci kot. Yelah, ko bebaik ngan orang ada makna kan? mungkin orang tuh senang lenang jadi ko amik kesempatanlah kan.. Mungkin orang tu tau ko amik kesempatan tapi dek kerana ko kawan dia jadi dia pon pejam matalah kan. Cume ko jek tak nampak kebaikkan dia tuh, lagi ko kutuk dia belakang2 adalah kan? Nasib kebanyakkan kawan haku baik2 belaka. Fuuhh.. Kalau ada pon kawan macam nih haku pejam mata jelah buat2 tak nampak. Lagi pon satu hari kita ada kehidupan yang lain, so idok le kite nak mengadap die jek seumur hidup. Betol ke idok?? 

Aku benci bila orang duk tengok2. Haku bukanlah nak perasan ke hape kan. Tapi selalu bila aku pegi jalan2 ngan ucuk aku mesti akan ada orang tengok pelik2..Huhuhu.. Aku taulah aku nih tak chantik kan.. 
Huh!! Eh, korang jangan nak kutuk2 ohkey.. Korang kutuk kira korang mengutuk pemberian Allah lah kan? Muahaha... Betul wei, aku kalau pegi jalan2 ke, check in mana2 mesti orang akan tengok cam orang tak puas hati tau+siap tenung lagi. Haku menciklah kan.. Memang salah oranglah ko nak tengok2 haku macam tuh memang kena sound directlah gamaknya. Biasanya kalau situasi macam nih jadi aku akan tengok balik orang tuh. Kadang aku lagi saja2 buat gedik2 kat ucuk haku. Mesti dorang lagi menyampas kan? Muahaha.. Padan muka dorang. Sibuk sangat hal orang kan, buat hape. Pernah haku dah tak boleh blah dengan renungan dorang haku akan tenung dorang+cakap kuat2 "AKU DAH KAWINLAH!!" Haa... amik kau. Ado ke patut orang kata muka aku cam budak. Choii... *hasil banyak makan ulam2 dari kecik 

Aku mencik bila orang kata aku macam budak+belom kawin. *perah santan kan??? Sebenarnya kata2 dorang tuh memanglah menyeronokkan kan and rasa macam haku muda senantiasa jek. Hihihi.. Tapi sebenarnya menyusahkan jugak sebab selalu bila kami nak check in mana2 susah. Bilik takdelah, penuhlah.. Hari biasa kot wei+bukan cuti sekolah pulak tuh. Nak nipu pon agak2 lah kan.. Lain kali sebelom tanya ada bilik kosong ke tak haku nak tayang dulu sijil nikah haku. Muahaha.. Senang2 haku tampal jek sijil haku tuh kat dahi. Habis cita. Boleh gitu?? 

Eh, kejap2. Aku nak sambung pasal orang tengok2 tadi tuh. Korang tau tak sampaikan kadang2 haku tanya ucuk haku 

"Ucuk seluar kita tak zip ke??"

atau aku akan tanya

"Ucuk baju kita terbalik ke??"

Haa.. sampai macam tu ko tau.. Ko ado?? Muahaha.. Korang tuh janganlah tengok orang macam tuh sekali kan? Seram oohh.. Rasa macam haku ado buat salah jek tau. Korang kalau nak peratikan orang tuh tengok sikit2 jek dahlah ohkey!! 

Haa... itu jelah kot kebencian2 yang melanda diri haku. Renung2 kan..  ;P 

xoxo...



No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!