12 Dec 2012

petua bibir merah

Seronokkan tengok bibir orang lain merah2 jek.. Tapi bukan merah yang sebab pakai gincu tu. Yang tu tak mainlah.. *berlagak sambil angkat2 kening. Korang jangan risau okey sebab majoriti tips/ petua yang aku bagi kebanyakkannya guna bahan2 sedia ada and tak perlu nak keluar modal mahal2 tapi hasilnya takde pon. 

Kadang2 kita tengok orang lain punya bibir sudahlah merah, lepas tu lembut + lembap jek kan? Nampak macam dorang pakai gincu mahal. Padahal tak pakai apa2 pelembap bibir mahu pun gincu. Alah, korang sabar okey.. Tak lari gunung di kejar. Aku saja jek bermukadimah panjang lebar sebab nanti nampaklah macam entry aku nih panjang bebenor kan. Muahaha.. 

Okey2.. Teruskan ke topik utama kita. Sebenarnya ada macam2 cara nak buat bibir kita merah + lembap.. 

1. Halia
Amik halia, potong sikit. Janganlah banyak sangat kan. Membazir nanti. Lepas tu amik halia yang korang dah pilih tu *amboi, siap pilih memilih bagai kan..choi!! Halia tadi tu korang sapu kat bibir korang tu. Dont worry okey takde apa2 pon. Cume ada rasa pedas2 sikit. Dah sapu sikit tu biarkan kejap. Hilang rasa pedas tu korang sapu lagi. Boley jek buat sambil korang duduk goyang kaki tengok tv. Dulu aku rajin buat masa sekolah. Petua nih memang berkesan tak percaya korang buatlah and tengok hasilnya. Halia ni macam bagi darah korang jalan
 lancar sikit. Haa.. yelah, tau tak sebenarnya kalau kita selalu sangat pakai gincu boleh buatkan bibir kite jadi hitam@lebam. Kredit tu: My mom.

2. Marjerin
Haa.. Yang nih pon senang. Cara dia sama macam pakai halia tadi. Cedok sikit and sapu kat bibir korang. Yang nih boleh dibuat tidur. ~sesuai untuk orang yang tidur sopan bukan macam aku. Boley jugak kalau rajin letak untuk dapat hasil maksimum. 

3. Madu
Madu.. madu.. madu.. Actually aku paling tak suke madu. Tak suke rasa dia. Muahaha.. Tapi takpe, nak cantik punya pasal kan? Kita layan jek.. Okey, amik sikit madu sapu kat bibir. Yang ni pon boley jek korang bawak pegi tidur tapi hati2 takut besok korang bangun pagi2 tengok2 bibir korang tebal macam orang negro *macam bibir aku. sobs2.. Coz kena gigit dengan semut. 

4. Ubat gigi
Eh, boley ke? Haa.. tulah korang. Ubat gigi nih bukan jek boley buat gosok gigi jek okey.. Boley jugak buat bibir kita merah menyala2 cam biji sagu *okey yang ni aku tipu jek.. Korang sapu jugak macam cara2 kat atas tadi. Korang akan rasa bibir korang cam berangin jek.. Kan seronok tu, masa tulah darah bibir kita yang membeku tu berjalan2.. Barulah dapat bibir yang sihat kan..

Haa.. dapat tak? Senangkan? Dont worry, aku memang nak suap korang tips@petua yang senang diguna pakai sebab aku pon tak suke benda2 yang leceh nih. Wakaka!! Korang boleylah try buat kat rumah and tengok hasilnya. Aku pon kalau dah sampai seru nak buat balik. Dah lama jugak tinggalkan petua yang my mom bagi nih. Pada aku, aku lagi suke yang pakai halia tuh. Kesan dia ada cepat sikit mari and maybe coz ada rasa pedas2 sikit kot. So, jom beramai2 merahkan bibir!!

XOXO!!


9 comments:

  1. saya dh cuba sapukan ubat gigi dekat bibir,,,tapi bibir jadi banyak garisan,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myb xsesuai kot. Bole jd bibir kering. So cpt2 ltk mjerin. Bg lmbp balik. ;p dulu mase blom kwin sy suke tenyeh halia kt bibir tp pdas skit lh..

      Delete
  2. Salam ,,rasa2 lha kn kalu ltak margerin tU bkesan x??? N bpe lme na tngok hasil nye ?help mE .tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk btol berkesan ltak halia. Mmg akn dpt hasil bibir merah. Dulu sy rajin buat. Mula2 je rasa pedas da byk kali tenyeh xrasa apa da.

      Delete
  3. Kalau tenyeh dengan halia tu, kena bilas tak? Berapa lama nak tenyeh sejam, 2 jam? Emm tlg yee.

    ReplyDelete
  4. Kalau tenyeh dengan halia tu, kena bilas tak? Berapa lama nak tenyeh sejam, 2 jam? Emm tlg yee.

    ReplyDelete
  5. saya selalu sapu tak bilas. pedas dia tak tahan lama so agak2 hilang sapulah lagi. sebelum tidur pulak sapukan mejerin bawak tidur supaya bibir lembap. yg penting kena rajin.. ;)

    ReplyDelete
  6. kalo letak marjerin jer ambil masa ker nak nmpak kesan kat bibir

    ReplyDelete
  7. kalo letak halia....halia tu x payah basuh ker..

    ReplyDelete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!