6 Dec 2012

Petua kulit licin dan halus

Takde wanita yang taknak kulit putih,halus,licin dan gebu. Muahaha... skema giler ayat.. 

Okeylah. Serius okeyh. Aku nak kata kulit licin sangat tu takdelah. Kadang2 bile time cuti tuh ada jugak jerawat2 halus yang timbul. So, korang nak tau masa tu aku takkan senang duduk. Rimas kot benda alah ni menumpang kat kulit muka iolls kan. Tak chantik ohkey.

 Masa aku belajar dulu aku pernah try ni:

Amik putih telur, sapu pada muka atau rendam tisu pada putih telur tuh and tampal kat muka. Buat macam mask. dah kering boleylah basuh atau cabut. 

Aku pernah try ni jugak:

Amik kayu manis. Asahkan kayu manis kat lesung. Aku tumbuk jek sampai lumat.. Serbuk kayu manis tu korang campur dengan air sikit. Dah sudah? Sapukan dekat jerawat korang. Sapa ada parut2 hitam tuh boley sapu jugak.. Bagus tapi ada pedih sikitlah. Tapi memang berkesan ohkey! 

Yang ni pon aku pernah try..:

Petua yang nih sesuai kat sape2 yang suka makan pisang. Dah makan 
pisang tuh? Korang jangan buang kulit pisang tu pulak. Berguna oohh kulit dia. Korang tak tau kan.. Haa.. amik kulit pisang tu. Gosok2 dalam kulit tu kat muka korang, memang akan ada lekit2 sikit ohkey..
 Dah tu boleylah di bilas...*yang ni Noraniza Idris buat.

Ada lagi ni:

Sape suka madu? Bukan bermadu ohkey, iolls pon tak suka *perhatian buat my hubby!! Muahaha... Madu yang boley buat makan tulah, letak kat air pon boley. Amik madu tu korang sapu kat keseluruhan muka korang. Biarkan kejap. Pastu boleylah bilas.

Ada lagi.. Muahaha!!  

Kesian korang, banyak eh? Sabo jelah ohkey?? Nama pon nak cantik kan? kan?? Yang nih lagi senang. Sape rajin masak boley amalkan. Masa korang nak masak nasi tu kan korang ada basuh beras kan? Basuhan ke-2 beras tuh korang buat bilas kat muka korang. Pastu korang biarkanlah sampai kering. Haa.. Senangkan? 

Nak paling mudah??

Alah korang nih. Malas betullah.. Ohkeylah, kalau korang nak paling mudah. Pakai jek mask yang jual kat Watson tuh macam aku. Aku kalau pegi watson memang suke borong mask banyak2.. Iolls busy lah, tak sempat nak buat sume kat atas nih *walhal busy tido jek.. Yang nih korang baca jelah entry nih ohkey.. 



5 comments:

  1. Kalau nak beli mask kat watson tu mana satu ek yg berkesan nak licinkan muka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada mcm2 jnma.. Slalunya sy akn plih yg berasaskn telur.. ;P bole try, tp kna rjin pkai tau.

      Delete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik sekali. Tips Kulit Gebu

    ReplyDelete
  3. Ada satu produk tengah viral sekarang ni. Antara bahan dia adalah asid hyaluronik A yang bantu naikkan balik seri wajah. Bahan ni bukan benda asing pun. Badan kita pun ada bahan ni cuma kuantiti dia semakin sedikit bila kita semakin tua. Ramai dah guna. Dah VIRAL pun... Sebab semua yang guna muka jadi cantik. parut hilang. kulit jadi gebu. Tapi saya pun tak sangka betul menjadi. Kawan2 saya yang kerja di Jeddah ni pun selalu cakap tentang produk ni.Boleh la try kalau nak petua paling senang kan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops lupa plak ni link dia.. http://bitly.com/sales_perlaking atau boleh je klik kat nama saya

      Delete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!