29 Sept 2013

Hilangkan resdung

Wah.. Seronok sangat rasa nak share pasal resdung nih. Muahaahaa.. Kalau korang nak tau setiap orang ada resdung bezanya cuma teruk atau tidak saja resdung itu.

Korang ada tak resdung? Ke korang sendiri tak pasti. Haa.. Meh, iolls nak cite sikit tanda2 yang iolls tahu. 

1. Banyak kelimumur *dah syampu rambut pon still ada gak*
2. Kerap bersin * pantang habuk, kena angin ke mesti nak bersin. Tak boleh nak dekat2 ngan kipas*
3. Asyik selesema jek *hari2 kena selesema. Selesema tu pon on off jek*
4. Hidung gatal & berair *rasa hidung macam mengerenyam jek*
5. Muka gatal2 *rasa macam ada benda jek kat muka~gatal*

Tu jelah yang aku tau. Yang len sila search kat google ok. 

Sebab apa iolls is share ngan korang pasal benda alah ni? Haa.. Ofcozlah sebab iolls pon ada jugek ken. Tension ohh ada resdung ni. Terasa cam hidup terganggu jek. Mana taknya, sikit2 selesema, gatal hidunglah. Gatal mata.. Yang ni paling terok. *lupa nak cite pasal gatal mata, ni pon salah satu tanda jugak tau*

Macam2 iolls cuba nak bagi resdung ni baik. Kan dekat pasaran berlambak pil2 yang khas untuk resdung kan. Dengan sabun muka untuk resdunglah.. Ada jugak bakar kertas pastu letak asap kat muka. Yang ni paling tak tahan. Pedih tahap gaban. Aku pulak jenis tak sabar, kalau boleh hari ni makan ubat esok teros nak baik. Hahaha!! *gile kejam kan??* 

So, lastly, aku jumpa satu benda ni. Miahaha!! Aku try susu kambing higoat. Eh, betul ke aku eja nih? Malas betol nak pergi cek tau. Ah, tak kisahlah. Yang penting berkesan.. Betul2 berkesan tau.. Aku guna tak sampai lagi seminggu tapi selesema aku dah kurang. Malam nak tidur ada lena sikit. Bahaha!! Korang pon boleh try amik. Aku try pon sebab akak sepupu aku yang suggest. Dia dulu kena batuk kering. Memang batuk tu dengan dia dah memang sebatilah. Dia amalkan susu ni hari2 terus hilang dah batuk2 dia. Haa.. Bagus kan? 

So, aku pinjam semangat dia untuk cuba susu ni. Apa? Rasa dia? Oklah, not bad. Aku letak gula sikit *sikit jek* Then rasa lah lemak2 dia. Paling terbaik kalau ko buat pekat2 sikit kan. Memang mantop ar kan. Try tau. 

Eh, aku tak jual tau benda alah ni.. Aku just nak share apa yang aku pakai yang dah berkesan. Apa yang baik kita share. Tak salah kan. So, sape2 nak beli boleh pegi kat farmasi ke, kedai2 jamu ke.. Confirm ada. Harga dia rm36 berapa sen tak ingat. Haha!!  

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!