27 Sep 2013

Suri rumah sepenuh masa

Hohoho.. Tajuk tu.. Sesuatu sangat kan? Hewhew..

Oklah, teruskan ke topik. Walaupon aku lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia-->> UUM. Dah 3 tahun berlalu but aku pilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.. Hahaha!! Baik kan aku?? Aku buat keputusan ini pon bersebab jugak, bukan main sukati jek. Sebelom kawin ada jugak kerja kat beberapa company.. Tapi memang takde kaitan dengan apa aku belajar dululah. 

Start tunang aku dah stop keja. Aku lebih suka duduk terperap kat rumah. Ko kurung aku seminggu kat rumah pon takpe asalkan kat rumah ada lauk untuk aku nak masak nanti. Tapi aku still wat kerja gak kadang2.. Just tolong my dad dengan bisnes kecik dia. Buatlah apa yang patut macam cek account, kadang kena pos barang berkotak2.. *berat hokey* Tapi aku lebey suka buat dekat rumah jek walaupon ada ofis yang chomel. Yelah, buat kat rumah anytime boleh, buat sambil tengok tv pon takde hal punya. Tapi kerja2 tu jarang sekali aku buat. *kadang2 jek* lima jari pon tak penuh. Hahaha..

Sebab lain aku suka buat kerja kat rumah ni sebab untung ko dapat tu sama jek dengan ko keje kt luar. So, aku pilih duduk rumah jek. Mihahahaha!! Ada lagi sebab lain. Aku suka jadi suri rumah sebab boleh jaga urusan rumah tangga sepenuhnya. Aku dah bayangkan dah kalau aku kerja macam mana rumahtangga aku, bakal tak teruruslah gamaknya. Mana dengan pagi2 nak bangun masak untuk hubby bawak bekal gi kerja, lepas tu pagi gi kerja pulak, petang balik siapkan makan malam, tu pon kalau dapat balik awal. Buatnya kena o.t ke? Haiyyoo.. 

Lagi pulak kalau dah ada anak kan. Kalau dua2 pegi keja mana kau nak sumbat anak2 kau? Aku tak berapa percaya sangat kalau hantar2 anak suruh orang jaga. Hewhew.. Nak suruh mak bapak jaga?? Lagilah.. Tak sanggup aku. Dulu dah penat jaga aku pastu sekarang nak suruh jaga cucu pulak. Biarlah diorang berehat2 pulak. Cian hokey!! Sekali sekala korang nak dating tu tumpang letak takpelah jugak. So, aku fikir punya fikir aku nak jaga sendiri nanti. Haa.. Baik ke tidok??

Okey, bila dah jadi suri rumah ni seronok tau. Hubby pegi keja kita ada kat rumah.. Hubby balik pon kita tunggu. Wahh.. Mithali sangat kan. Aku tau kalau aku kerjalah, gamaknya memang hubby ke mana, masak ke mana.. Hahaha!! And hubby pon okey dengan keputusan aku. Hopefully dia redhalah gamaknya. Haha!! 

Eh, seronok tau jadi suri rumah yang ada degree. Wahaha!! Macamlah dapat gaji kan? Eh, tapi takpe.. Hope pahala melimpah ruahlah kan. Bekalan untuk esok2..



No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!