26 Sep 2013

Tension Setiap Kali Jumpa Doktor

Minta perhatian kepada doktor2 jangan nak sentap pulak hokey.. Haku just nak share pengalaman jek tiap2 kali pegi jumpa doktor.. Maybe ada yang rasa sama apa yang aku rasa.

Aku ni kategori kerap jumpa doktor, tak kisahlah kerajaan @ swasta. Dua2 pon aku pegi.. Masa sekolah menengah dulu aku kerap sakit kepala sebelah. Rasa sakit yang amat sampai kekadang main hentak2 kepala kat dinding *berani ke tidok??* so, decide pegi klinik swasta jek. Tunggu punya tunggu nama kena panggil. So, terus cite kat doktor suma. Then, dia kata:

Doktor: Awak stress kot, gaduh dengan boyfriend.. 
Me: Saya takde boyfriend

Terus masa tu rasa macam nak hempuk jek kepala doktor. Boley plak bagi jawapan macam tu. Bagilah jawapan yang kreatif sikit.. Apa pon tak boleh doktor ni.. 

Ok, itu satu hal. Pernah masa tu bibir bawah bengkak sebab tergigit masa makan. Terus jadi macam bijik besor.. Sakit hokey. Pegi klinik then doktor cakap:

Doktor: Awak kena gigit ke..
Me: Terus diam, rasa hangin satu badan.

Terfikir jugak doktor2 nih memang suka pikir bukan2 ke?? Haiyoo.. Lantok kaulah labu.. 

Lagi tension bila kita pergi klinik nak check demam ke.. Apa ke.. Tunggu punyalah lama sampai berejam tapi jumpa doktor tak sampai dua minit pon. Tension gile. Ayat biasa:

Doktor: Masalah apa?
Me: Badan panas, batuk, selesema..
Doktor: Okey, amik ubat kat luar.

Derrr!!! Kadang2 tu dorang tak cek pon tau. Terus jek bagi ubat. Buatnya salah bagi ubat macam mana? Taulah korang memang kategori pandai tapi jangan lupa nobody's perfect. Huhuhu.. 

Ada lagi 3 story yang aku nak sharekan dengan korang sebab memang kelakar dan tak masuk akal. Tapi tunggu confirmation dulu. Hikhik.. Baru boleh share......

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!