14 Oct 2013

Forever love 1

Seram pulak buat tajuk cengginih. Miahaha!! This story tentang iolls with hubby okey. Tiada kena mengena dengan orang lain. 

Bukan nak menunjuk atau apa-apa. Cuma mahu mengabadikan kenangan2 kami tidak kiralah manis atau pahit satu2 kenangan itu.. Besok2 anak2 kita bolehlah baca kan ucuk. *malumukamerah* tak kisahlah korang nak termuntah ke apa kan, yang penting kita happy!! 



*gambar perhiasan*

Okey, perkenalan kami bermula masa aku keluar dengan kawan aku, Wani. Masa tu nak pergi giant Tampoi untuk beli barang2 dapor sebab masa tu terasa nak makan spaghetti. So, ke giant lah kita..  Kereta parking dekat luar apartment *takmampunakapplysticker* kenalah menapak sambil lap peluh. Sempat lagi singgah beli goreng pisang dulu *dasarkuatmakan* Layan pisang goreng dulu. 

Masa melintas nak pergi tempat makcik jual goreng pisang tu kan.. Adalah satu kereta ni tau sibok jugak nak lalu.. So, iolls selamba badak lari berkepak2 *takfikirapamasatu*  Tengah beli pisang goreng tu terdengar pulak suara2 sumbang panggil..

"Awak.. Awak.."

Hahaha.. Aku dengar jek sebenarnya tapi tak kuasa tau. Pandang pun tidak, masa tu fikir "oowwhh.. mungkin guard tu nak try makcik ni" *bahaha..memangtakbolehblah* So, kita buat bodo jek. Makcik tu main tenung2 aku pulak. Bahaha!!*comelsangatmakcikni* Takpe makcik, jangan risau saya takkan rampas abang guard makcik tu.

Settle beli pisang goreng terus jalan laju2 pegi kat kereta. Tak pandang kiri kanan dah sebab sibuk menikmati pisang goreng tadi. Kitorang teruskan perjalanan menuju ke Giant Tampoi. Macam biasalah aku kan kalau dah masuk pasaraya nih habis semua lorong aku nak jengah. Itu yang kadang2 benda tak berapa nak penting pun aku sauk juga. Huhuhu.. Bila time nak bayar mata dah terkebil2 tengoh jumlah harga. Bahaha!! Okey, done cerita pasal Giant kan. So, gerak balik semula ke apartment.

Dah parking kereta kami pun berjalan sambil tangan penuh dengan barang2 tadi. hohoii.. Sakit tangan tak terkata. Lalu depan guard tadi tetiba dia panggil aku then cakap

"ada orang bagi"

Aku terus macam err.. Apa ni, tapi perasanlah macam sehelai kertas kecil yang di lipat dua. Sempat lagi tanya tu untuk siapa *sajanakconfirmkan* Abang guard tu dengan confident kata untuk aku jugak. Tangan dah lenguh so, capai jelah.. Terus jalan laju2 pegi lift then tekan 9.. Tinggikan rumah kitorang? Pernah menapak ke tingkat sembilan dengan barang banyak sebab masa tu takde karen. Terpaksa buat muka macho masa menapak naik tangga walaupon berapa kali berenti. Hikhokhikhok..



*gambar perhiasan*

So, sampai rumah start jalankan aktiviti memasak di temani rakan2 yang tolong tengok. Terbaikk..!! Lepas dah masak and perut pon dah berisi baru tengok kertas dapat tadi. Bukak2 tengok


"aik, nombor ekor ke? Takkan banyak sangat" 

Ceh, macam tau sangat je aku kan nombor ekor tu camne.. Lepas dah teliti betul2.. Oohh.. Nombor telifon daa.. siap tulis nama lagi tu. Mula fikir2 nak contact ke tidok ek?? Hurm.. Kang call kata aku ni gatal sangatlah pulak, tak call kang melepas *tanda2orangtengahsolo* 

So, selepas fikir dan berfikir. Setelah meminta pendapat sesetengah orang yang penting dalam hidup aku, keputusannya tercapai.  BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!