10 Sept 2013

Kepala cicak kata kepala ikan bilis??

Cerita sebenar berdasarkan pengalaman sepupu2 ku. Cerita nih baru kena hari sabtu malam ahad lepas. Ohohoiii... Belum cerita tekak aku dah kembang mambang. 

Memandangkan sabtu tu abang sepupu aku buat majlis belah dia dekat homestay so kami dapatlah tido kat homestay taw.. Alah.. Homestay yang Anne Ngasri buat majlis dia tu. Haa.. Taw kan?? Aku tido hari Jumaat malam sabtu jek sebab ahad tu hubby aku dah start keja. So, baliklah kau ke rumah ken?? Hahaha!! So, bilik kitorang tido my mom and dad pulak take over. So, sabtu malam ahad tu masing2 keluar cari makanan. Semua berpecahlah.. My mom and dad cari makan sampai ke Rengit, sepupu aku pulak makan dekat benut jek. So, dua orang makan Nasi Goreng Kampung. Yang lain makan ikut pilihan masing2. 

Makan punya makan punya makan. Sorang sepupu aku ni, nasi kat dalam pinggan dia tinggal lagi 3 @ 4 sudu jek. Sekali dia terjumpa kepala cicak!! Oohh!! Apakah? Dia pun bagitau pekerja dekat situ.. Korang taw apa kata pekerja dia? Dia boleh cakap itu kepala ikan bilis then pergi dapur siap tergelak2 sakan lagi. Choii sangat kan perangai korang nih. Eh,ingat orang gile ke tak reti nak bezakan kepala cicak dengan kepala ikan bilis? Budak kecik pon taw beza tau.. 

Terus masing2 muntah, sape tak gelikan?? Nampak naw kedai pon tak bersih. Sudahlah langsung takde kata2 maaf. Huh!! Nasiblah aku takde. Kalau ada memang aku rakam diorang tengah gelak2 sakan kat dapur tu then upload kat youtube. Kasi korang famous sikit *sikit jelah* Pastu cakap kat dorang:

"Kalau betul ini kepala ikan bilis saya nak awak makan" 

Haa.. Kita tengok berani ke tidok dorang makan. Apalah, tak baiklah layan customer cenggitu. Customer is always right. 

Nama kedai and tempat tak taw sebab tak termasuk pulak dalam cerita. Hahaha.. So, nasihat aku korang kalau makan lat luar tu hati2 okey..  Kepada owner2 kedai, please make sure kedai tu bersih. And pekerja korang jugak menepati piawaian. Jangan main hantam jek, tau cuma nak untung. Oohh.. Jangan lupe terapkan kat pekerja tu nilai2 murni and berbudi bahasa. Kan kurang sopan cenggitu. 

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!