10 Sep 2013

Sejak bila Mcd tak boleh pilih2??

Korang conpius dengan title atas tu ke?? Hmmm.. Tak apa, aku pon conpius jugak. Kuikuikui. 

Aku nih boleh dikatakan memang peminat tegar Mcd lah kan. Kadang2 tu hari2 aku ngadap Mcd. Hewhew.. So, malam semalam aku sedih tak dapat Tomyam so aku requestlah kat my hubby nak ayam goreng Mcd. Sampai2 ofcoslah order ken?? Amik set ayam goreng 2 set. Air satu biasa and satu tukar milo ais mintak upgrade yang besar. Pastu request kat abang tu nak drum and tight. So, dia tekan2 order sekali dia boleh cakap:

Mat Mcd: Ayam tak boleh pilih
Hubby: Selalu tu boleh jek
Mat Mcd: Baru hari ni start
Me and hubby: Tengok muka masing2.. *dan2 lah hari ni start kan!*

Terus aku cabut pergi amik straw and sos siap2.. Elak dari ngamuk katorang *dasar kepala angin* Pastu nampak depan hubby Mat Mcd tadi letak air milo aku yang tecik jek. Ehh!! Apa ke hal kan??? Terus jerit dari jauh kat hubby.

Me: Kenapa kecik!!

Hubby pon cakap kat Mat Mcd tu, pastu nampak kepala Mat Mcd tu geleng2. Hati sudah panas membara.

Hubby: Dia kata tak boleh tukar
Me: Apasal pulak, kan kita bayar.
Hubby: Tahlah, macam orang baru jek
Me: gygu6*%^#!!! 

Terus rasa tak puas hati sangat. Pastu hubby tengok resit nampak dia key in tight dengan drum tapi dia kata tak boleh. Kalau tak boleh awal2 dah kata tidak.. Terus rasa cam derrr... Tengah makan nampak Mat Mcd tu kat counter terus pandang jeling tajam kat dia. Huh!! Nasib kau dapat customer macam kita tau. Buatnya kena kat cina memang complaint lah jawabnya. Belum lagi kerja kat Singapore. Huh!! Hubby masa tu nak sound jugak kat mamat tu:

"Bro, gua pon dulu kerja Mcd jugak.."

Seriously, kat Singapore kalau korang pantang buat salah sikit memang kena komplen lah. Tak mainlah komplen letak surat dalam box. Terus hantar komplen kat ofis besar hokey!! So, boy. Awak sangat bernasib baik tau.


Korang mesti kata aku nih taw komplen jek kan. Biasalah.. Manusia kan. Kita bukannya nak komplen tapi nak share citer jek. Macam aku bila dah share tu hati yang panas pon terus rasa sejuk macam kena salji taw. Memandangkan aku nih takde adik beradik nak citer dengan sapa kan?? So, blog nilah tempat aku nak luahkan semuanya. Bahahaha.. *blog aku, sukati akulah* 

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!