17 Nov 2013

Misteri orang hilang di Villa Nabila

Assalamualaikum..

Hari ni bukak je fb kecoh pasal budak hilang kat Villa Nabila tu. Hurmm.. Seremm.. Betul ke? Lepas tu banyak gile versi yang aku dengar. Ada yang kata sampai 23 orang yang hilang. Ada jugak yang kata sebenarnya sorang jek yang hilang, yang selebihnya tu cuma khabar angin jek. 

Huhu.. Dulu sebelum ni pon aku pernah jugak terbaca pasal Villa Nabila nih. Tapi cuma baca2 gitu jek lah. Tak pernah lah pulak nak beriya2 pergi tengok kat mana Villa tu. Yelah, dah 'benda' tu pun tak kacau kita buat apa kita nak mengacau pulak kan.. Dunia ni kan pinjman semata2..

Dulu area tu selalu jek berpusing2 dengan Mr. Hubby masa duduk dekat JB tapi tak perasanlah pulak. Ermm.. Tak kisahlah.. Yang penting kita doakan sama2 moga sesiapa jek yang hilang tu dapat ditemui cepat. Kesian dekat ahli keluarga yang tengah risau kat rumah. Mesti tak senang duduk di buatnya. 

And tak lupe jugak pada mereka2 yang tak sudah2 mencari 'benda' tu berenti jelah.. Buat apa cari masalah. Kalau dah terlebih banyak sangat masa pergilah bawak family jalan2 ke, tengok wayang dengan isteri ke. Kalau budak2 tu baik duduk rumah study lagi baik. Iye tak?? Kalau nak keluar pun buatlah benda2 yang sihat. 

'Benda' tu pun ciptaan Allah jugak. So, selagi dia tak kacau kita buat tak tau sudahlah kan. Tak lupa jugak yang suka buat cerita, menokok nambah atau mereka cerita tu sudah2lah.. Dek kerana mereka yang suka buat cerita sebab itu ramai orang terlebih excited and sibuk nak mencari lebih2 lagi budak2 muda ni. 

Tu jelah nak celoteh. Diharap agar orang yang hilang tu dapat dijumpai segera dan selamat. Aminn... 

*gambar saja tak letak, kang tak memasal aku pulak yang seremm sendiri. Bahaha!!* 

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!