1 Feb 2014

Cara Berjimat dan Menyimpan

Assalamualaikum..

Hari ni nak jadi Penasihat Kewangan korang. Hihi.. ;) 

Faham sangat bila dah start cuti mulalah planning nak ke sana ke sini. Lepas tu berjalan dan bershopping tak ingat dunia. Itu salah, pada korang mungkin tak salah tapi nanti bila masuk pertengahan bulan jangan ada yang mengeluh,

"Duit dah habislah.."
"Macam tak lepas je nak sampaikan hujung bulan"

Naya tak nayalah masa tu, takkan nak mintak tolong orang pulak. Hutang lama pun tak berbayar lagi, nak mintak yang baru pulak. Agak2 boleh dapat ke? Haha.. Memang tak dapatlah kan. Lagi pun tak eloklah pinjam meminjam ni. Janganlah asyik fikir diri sendiri jek kan, ada korang fikir mungkin orang tu nak pakai duit nak repair kereta rosak? Ada korang fikir mungkin dia nak pakai duit untuk belanja harian dia atau anak2 ke sekolah? Ada korang fikir mungkin ada ahli keluarga dia tengah sakit and nak pakai duit banyak? Hoii.. Korang fikir korang jek nak lepas, orang lain takde tanggungan ke? Jangan macam tu ok. 

That's why hari ni aku share sikit apa yang aku praktikkan selama ni. 

1. Pastikan korang ada dua akaun bank

Tak kisahlah dua2 tu atas nama kau atau 1 kau punya 1 lagi partner kau. But yang penting make sure 2 akaun berasingan. "Eh, kenapa nak ada sampai 2 akaun kan? 1 je dah ok pe." Haa.. Itulah, ni aku nak bagi alasan2 yang kukuh. 1 akaun kau guna untuk letak duit2 belanja kau, tak kisahlah belanja barang dapur ke, duit shopping ke.. Lagi 1 akaun tu untuk simpanan sahaja. S.I.M.P.A.N.A.N!! Yang akaun simpanan ni jangan gatal2 kau nak keluarkan sesuka hati tapi paling mudah kalau akaun simpanan korang tu tak payah ada kad. Lagi senang. Kalau ada pon simpan atau suruh partner kau pegang. 

2. Menabung

"Eh, kan dah menabung tadi kat akaun simpanan tu?" Choii!! Itu tak cukup ok!! Belilah tabung besar sikit, jadi kalau tabung tu tak penuh2 buat bakar semangat korang nak bagi penuh. Takde tabung pun pakai jelah tupperware yang besar gedabak sikit. Haha.. Oh, tabung ni untuk simpanan hari2 eh. Macam aku, memang hari2 suruh hubby aku simpan RM10 sehari. *termasuklah aku* Tak kisahlah kalau kau nak masuk sekali RM50 ke apa kan but pastikan cukuplah simpanan sehari RM10. Kalau korang tu ikutlah kemampuan, kalau agak2 RM10 tu mahal sangat simpanlah sehari RM5 ke atau paling kurang pun RM1 sehari. Yang penting simpan. Kalau dah mampu sangat nak simpan RM50 sehari pun wa takde hal. Duit korang kan?? Bahaha!! Eh, kalau jumpa duit syiling tu masuk sekali tau.. Haa.. Duit ni kalau dah banyak bolehlah buat belanja atau berjalan ikut sukati korang, jadi idoklah mengganggu duit akaun simpanan tu. Tapi kalau duit ni di simpan masuk bank pun bagus jugak kan?? ;p

3. Berjimat cermat

Pergi membeli belah tu jangan nak beriya2 sangat.. Ingat2 sikit, kalau boleh tak payahlah bawak duit banyak2. Jadi takdelah terbelanja lebih kan? Kalau beli barang nak masak beli sekali. Contoh macam aku beli barang beku beli terus untuk cukup seminggu kat pasar. Murah pun murah. Belanja beringat2.. Kalau macam aku masak dah ada 1 lauk 1 sayur dah cukup. Tak payah nak masak membazir sangat lepas tu tak makan pun.. Choii!! Lagi jimat kau masuk sup masuk semua 1 lauk sekali. Bahaha..

4. Bawa bekal

Ceh!! Tak payah nak malu sangatlah.. Poyo korang ni. Nasib ucux aku tu rilek jek bawak bekal pergi tempat kerja. No hal jek!! Tak payah nak jaga class sangatlah. Baik bawak bekal, lagi sedap daripada korang beli kat luar yang entah bersih entah tak masakkannya tu. Eii.. Sekali sekala beli tu oklah tapi jangan selalu, kata nak berjimat kan?? ;p Tengak status fb budak2 ni selalu mengeluh mahal 'makan kat luar' tapi pemalas. Bahaha!! *geram* Masaklah, bawak bekal. Kalau masak tu jauh lagi murah dari korang beli dekat luar siap boleh makan untuk malam lagi tau. Makan kat luar sekali makan dah habis paling kurang RM10, itu sekali makan. Kalau dah sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam, tengah malam lagi?? Haa.. kira sendiri. 

5. Jangan suka simpan duit banyak2 dalam beg duit

Cara ni untuk elak dari korang terbelanja barang2 yang tak perlu. Kalau setakat hari2 pergi kerja tu bawak berapa yang nak guna sudahlah kan. Yang bawak duit berkepuk2 tu nak buat apa. Aku faham nanti balik kerja kawan2 ajak "jom singgah Pavillion nak? Hari tu aku tengok ada sale kaw2 punya.." Korang pun dalam hati saje je nak cuci2 mata last2 ter'cuci' duit korang sekali. Padan muka!! 

6. Jangan suka pecahkan duit 

"Apa tu pecahkan duit??" Hoii.. teruk betul!! Maksud aku kalau kau ada RM 20, RM10 lepas tu kau nak beli barang berharga RM19.90. Tangan tu tak payah gatal sangat nak keluarkan RM50 @ RM100 semata2 nak kerek dengan orang belakang kononnya "aku banyak duit, nampak?" Cis!! Keluarkan jelah duit RM20 tu sebab bila kau dah pecahkan duit besar kau bermakna kau akan gatal tangan nak berbelanja barang lain pulak. Ada faham?? 

6. Keluarkan duit sikit2

Maksudnya kalau nak keluarkan duit untuk belanja korang keluarkan sikit2 jek. Tak payahlah sekali keluar sampai banyak2. Macam aku dulu masa student suka keluar sikit2 contohnya RM50. Dah habis baru aku keluarkan lagi. Tak kisahlah kalau banyak kali korang kena keluar pergi bank kan? Bila penat asyik pergi bank mesti korang dah takde nafsu nak shopping. Haha.. Lepas tu kalau nak beli pun bila bukak je wallet tengok2 tinggal RM20, terus tak jadi nak beli. Then, tangguh dari hari ke hari, terus tak beli. Cantik.. ;p

Ok tu jek yang aku ingat masa ni.. Nanti kalau aku ada ingat lagi aku update lain ek. 

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!