6 Feb 2014

Honeymoon Port Dickson

Assalamualaikum..

Honeymoonlah sangatkan?? Bahaha.. Takdelah honeymoon pun, cuma aku je anggap macam honeymoon sebab ni kali pertama kami bercuti selepas pregnant. Masa awal2 pregnant aku terperap jek kat rumah. Tak larat nak jalan and rasa malas sangat. Sedangkan kalau tak pregnant dulu pun aku terperap dalam rumah 24 jam inikan pulak dah pregnant kan? No hallah..

Sekarang dah rasa ok sikit barulah boleh nak jalan2 lagi pun sambil berjalan buat kerja jugak. ;P So, keluar duit, masuk duit. Bijak tak?? 

Memang aku saja pilih Port Dickson sebab nak feeling2 romantiklah kan. Boleh amik gambar tepi pantai, jalan2 berpegangan tangan, hahaha!! Poyoo.. Padahal dah sampai sana dah tak kuasa aku nak pergi walau pun hotel dengan pantai sekangkang kera jek. Huuii.. Panas kot, aku ni kan Puteri Lilin, tak kuasa mak nyah!! 

Berjalan kat Teluk Kemang ritu adalah sekejap je kot, dalam setengah jam jek. Hoii.. rasa macam keji gile. 


Wahh.. Best2!! Keluar bilik air ucux dah tayang aiskrim depan mata. Apa lagi ngap jelah.. 


Woii!! Apasal kau posing macam tu?? Bahaha!! Tengok tu, dah habis bedal aiskrim kau pulun makan nuget pulak kan. Alah.. kecur air liur aku tau. Nyum2.. Pergh.. air asam boi tu memang terbaiklah even harga dia satu tu rm2 tapi puas hati sebab memang besar cawan dia. Aku sorang je bedal air tu ;p

Gambar banyak tapi gambo orang yang tak berkenaan so tak koser nak masukkan. Hikhik..

*Eh, mintak tolong klik SINI sebab aku sedang mencari photographer. So, plz tolong recommand mana2 yang best*



No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!