15 Mar 2014

Motivasi: Peneman setia

Assalamualaikum..

Peneman setia?? Bunyi macam mudah kan?? Tapi tidak.. Tahu ke maksud peneman setia? 

Bukan mudah nak cari dan menjadi peneman setia. Kita bukan sahaja menemani teman kita tatkala dia sedang senang atau gembira. Malah perlu juga menemani bila dia sedih, sakit atau dalam kesusahan. Dalam zaman yang semakin maju makin sukar mencari teman setia. Lebih ramai yang akan menemani tatkala kita sedang gembira tetapi bila kita berduka kita ditinggalkan seorang diri terkontang kanting. 

Bila kamu susah, adakah kawan2 kamu akan datang memberi kata2 semangat pada kamu? Bila kamu jatuh, adakah keluarga kamu akan membantu kamu? Bila kamu mempunyai masalah kewangan, adakah pasangan kamu akan setia di sisi kamu? Bersyukurlah jika kamu mempunyai ramai  orang disekeliling kamu yang sentiasa setia. 

Tapi tahukah kamu ramai yang tidak senasib seperti kamu. Bila mereka senang ramai orang mendekati, bila mereka berada di atas ramai yang mengambil kesempatan, tapi bila mereka jatuh tiada siapa ambil peduli. Kenapa?? Ramai saja yang bila mereka senang orang lain datang dekat memohon pertolongan tapi bila dia ditimpa musibah dan menuntut pula pertolongan orang lain tiada siapa yang sanggup membantu. Kenapa?? Semuanya menjadi tanda tanya. 

Penyelesaiannya, jika kamu bertemu dengan seseorang yang betul2 sentiasa di sisi kamu tidak kira di waktu kamu senang mahupun susah, hargailah dia. Cari pasangan yang mampu berdiri setia di sisi kamu walau apa pun yang terjadi. Walaupun kadangkala kamu baru mengenalinya tapi tidak semestinya orang yang dekat dengan kamu sejak dari dulu akan setia ketika kamu senang dan susah. 

Ingatlah, selain itu kita juga ada DIA. Berputar bagaimana pun hidup kita, tetap akan kembali pada-NYA. Walaupun kamu tiada teman setia kamu ada DIA, kerana DIA lah peneman yang paling setia. Jangan lupa juga pada senyuman. Walau apa yang mendatang, senyumlah. Kerana senyuman adalah penawar, jadikan juga senyuman sebagai peneman setia..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!