20 Apr 2014

Bersyukur, Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Bukan nak memandai tapi untuk peringatan diri sendiri juga. Eh, sekali dengan aku nak meluahkan rasa hati yang sedikit kecewa dan berkecil hati. Ahaks!! 

Sebelom nak share cerita pasal aku kecik hati tu, sambil2 tu nak lah bagi nasihat dulu apa yang patutkan.. Kita ni macam2 ragam, itu semua orang tau. Macam2 perangai orang ada and kehidupan orang pon ada yang hidup susah and ada yang senang. Korang2.. walau pon korang tu mungkin daripada kecik memang hidup senang atau mungkin terjodoh dengan orang kaya but pleaselah jangan terlampau berlagak sangat. I is dont like orang yang macam ni. 

Tapi biasanya orang yang biasa2 ni kan yang over terlebih, dia pulak yang bajet macam kaya. Orang yang kaya pulak kita tengok macam merendah diri. Hoiii.. geram!! Aku taulah korang kaya, tapi jangan lupe rezeki kita ni datangnya dari mana. And jangan lupe jugak semua dalam duniawi ni hanya pinjaman. PINJAMAN ok!! So, tak payah nak kerek merek sangat sebab anytime jek kalau Allah boleh tarik nikmat hidup kau tu. So, better kalau kita lebih bersederhana. 

Aku tak kisah kalau korang nak pakai baju branded2, or kereta mahal2  sebab aku tau ko mampu kan? But, tak payah nak bercakap macam iye tak iya jek. Cerita ko memang sentiasa nak up jek. Tapi itulah, dari tahun ke tahun itu jelah yang aku dengar tapi habuk aku tak nampak. Eh, i is geram ok..  Aku memang pantang jumpa orang camni, tak suke la jumpa orang jek nak cerita dia ada tu, dia ada ni. Tak payah cakap, aku boleh nampak sendiri. Hoi, aku bukan jeles tau. Tapi aku geram dengan orang yang tak mampu tapi asyik cite macam mampu. Korang faham kan maksud aku?? 

Oklah, sekarang nak cerita pulak apasal aku kecik hati bebenor tu kan? Dalam hujung bulan 2 atau awal bulan 3 lepas kitorang ada buat kenduri kesyukuran sempena aku pregnant kan. Just buat sikit baca2 doa then bagi orang2 datang makan. Memang ramailah pon yang datang sebab rumah my family ni rajin buat kenduri and selalu memang penuh je orang datang. 

But apa yang buat i is kecik hati tu?? Gile ko tak kecik hati, ada satu hamba Allah ni ada dalam majlis kenduri tu. So, settle baca doa apa semua ofcozlah makan kan? ok, time makan aku ada duduk situ2. so, depan aku si hamba Allah ni boleh selamber badak;

"Tak fresh ayam ni.." 

Then hamba Allah ni main campak je ayam tadi tu ke belakang. Oh, masa tu rumah masak nasi ayam, masakan hasil titik peluh my abah. eh, kalau ko tak sakit hati pulak kan. Eh, perlu sangat ke ko nak campak sampai macam tu sekali. Aku rasa tak perlulah nak mengomel mulut tu itu ini, kalau tak sedap sekali pon diam2 jek. Then asingkan ayam tu letak tepi pinggan jek. Aku terus sentap hokey!! Depan aku tau!! 

Eh, cubelah bersyukur sikit. Makanan tu kan rezeki jugak. Cuba fikirkan orang yang susah, nak makan satu hari sekali pon belum tentu. Ko boleh sedap2 jek buat cenggitu kan? Aku is memang benci dengan orang macam ni tau. Bajet macam ko tu hidup kaya raya sangat.  Eh, tak perlu hokey. Orang semua tau ko tu camne. So, pleaselah.. Korang2 jangan buat perangai tak senonoh macam tu kalau pergi kenduri rumah orang. Kalau ko nak buat macam tu kat rumah sendiri tu lantak ko lah kan. Ada aku kisah?? 

So, di sini suka hati aku nak ingatkan kat korang2 yang aku tau memang baik hati.. Jangan buat perangai macam tu ok. Korang kan orang yang baik2 kan. Masing2 tahu erti bersyukur tu kan? Sedikit mana pun rezeki yang kita dapat apa yang penting bersyukur.. Jangan sesekali mengeluh, boleh kan? Jangan jadi macam hamba Allah yang tadi tu tau, tak moh2..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!