16 Apr 2014

Expo Baby JB

Assalamualaikum..


Mula2 mari kite cuci mata tengok gambar suami isteri yang terlebih cute ini. Oohh.. Matiklah, perasan terlebih. 

Entry expo ni memang tak berapa nak banyak gambo tau so jangan letak harapan yang tinggi untuk lihat barangan yang aku borong masa tu. Memang tak dapat den nak tolong. Bukan apa, masa aku pergi expo ni pon aku dah 34 minggu kot. Koser plak kan ko nak berposing bagai. 

Penat ok, aku pergi masa tu hari sabtu, kira hari kedua. Memang dah warning ucux aku awal2 aku tak nak pegi hari ahad. Gile ko, hari last kot memang macam dalam tin sardinlah nanti jadinya kan. Aku bukan boleh kalo rimas kang mulalah kejenya nak mengamuk bagaikan. Bahaha!! Gile keji perangai aku ek? 

So, apa yang aku borong? Oklah.. 1st sekali mestilah borong pampers kan. Gila ko dapat jenama mamy poko baru rm27. Eh, murahlah bagi aku sebab aku tengok kat pasaraya mahal jek. Beli yang new born dengan size S punya. Beli sikit dulu. Sebab nanti Singapore pon de buat Expo. Pampers SGD 7 je. Terus dah pesan awal2 kat ucux nanti pegilah ko sorang2 memborong. Aku tak dapat nak ikut, kang ade yang terberanak kat sana pulak. 

Lepas tu, aku ada beli nursing pillow. Harga dalam Rm65 kot. Bagi aku boleh tahan jugaklah harga dia. Kalo bole nak yang Rm10 tapi kualiti terbaik. Bole? Haha!! Ada jugak aku beli botol susu yang 5oz tu. Beli jenama Tommy Tippee and Mum kot. Eh, lupalah nama dia. Hikhik.. Lepas tu dapat jugak barang yang aku inginkan sangat2 masa kat Expo tu. Kali kedua pusing situ baru perasan. "Eh, adalah ucux.." Haa.. Tak fikir apa terus je rembat.


Ni lah dia yang aku nak sangat. Dah lama cari ok. Kat online memanjang asyik out of stock jek. Laku bebenor ko kan. Yea!!! Dapat jugak. 

Yang lebihnya aku beli baju baby. Ohh.. Comel sangat ok. Lagi yang design dia cam  "Wah.. Comelnya.." Terus nak rembat jek. Beli campur2 yang 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan. Tak banyak beli yang new born punya sebab orang kata baby kan cepat jek besar. Eh, ada jugak beli stokin baby yang sangat comel tu. Huii!! 



Oh, yang ni aku tak beli. Yang ni my adik ipar bagi. Dia pergi batam so belikan ni. Wahh.. Terharu sangat titeww! Size ada macam2. Bagus. Hikhik. 

Aku dekat Expo tu tak delah lama sangat. Sudahlah parking jauh kan. Memang takde maknanya ko nak dapat paking dekat2 ok. Kitorang pegi pon dah pukul berapa lepas tu sempat lagi pegi breakfast kacang pool kat bomba larkin tu. Huii!! Sedapnya. Penat tau pegi expo ni. Besar kan tempat ko nak berpusing nasib lah ucux aku bawakkan beg yang siap ada kerusi tu. Wah.. Sangat syiok ohh.. Aku rasa kitorang je kot sorong beg tu kat situ, lepas tu orang pandang aku jeling2 jek bila aku selamber jek bole duduk mana2. Tak yah sibuk2 nak cari kerusi ke apa kan. "Eleh, jeles ar tu. Pi suh somi awak carilah beg cenggitu." Bahaha!! 

Ok, lepas kuo dari Expo situ terus menghala ke JJ Tebrau. Kita sambung shoping and makan kat sana sekali. Hehe!! Lepas tu sambung lagi pergi area bukit Indah, masuk kedai baby yang kat deret2 kedai tu then sambung pulak shoping kat JJ Bukit Indah. Gile tak kitorang. Mesti korang nak kata " Eh.ko ni sarat ke tak sebenarnya??" Hihihi.. Memanglah sarat tapi bila bab shoping jadi macam sihat sesangatlah pulok. 

Eh, udoh ler. Lapo sudah.. Baby kat dalam ni dok tendang2 ajak pi makan. So, nanti kita up lagi entry len eh. Cite banyak and mood pon tengah ada so layankan jelah. So, see u soon.. Eh, hahaha!!!   

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!