8 May 2014

Nasi Goreng Pataya Versi Aku

Assalamualaikum..

Siang tadi aku makan dekat secret resepi. Order Spring Roll Seafood, Spaghetti Aglio Olio, air aku Green Apple Asam Boi (kot!) and hubby aku Ais Lemon Tea. Eh, suka air dia tu. Sedap.. Masam2 manis. Spaghetti pun not bad. 

Balik tu singgah beli laksa my mak kirim. Laksa dekat trafik light Kluang Mall memang power. Kalau beli hari ni then nak makan esok pun no hal. Kau panaskan je still ok lagi. Aku ok je makan makanan semalam, tak elok membazirkan? Lagi pun bukan anak orang kaya makan nak memilih ;P

So, petang tu dah lapar balik. Tapi tekak nak nasi jugak sebab satu hari tak makan nasi lagi kan? Aku bukan boleh, satu hari tak makan nasi mulalah menggelupur. Haha!! Lapar!! So, suruh my mak masak nasi bolehlah malam nanti masak nasi goreng kan. Tekak pon terasa macam nak makan Nasi Goreng Pataya. 

So, nak tepek sini resepi Nasi Goreng Pataya ikut suka aku. Bahaha..


*dah makan baru ingat nak amik gambar.. ;P

BAHAN2

Nasi yang dah dimasak dalam 1-1 1/2 pot

1/2 ulas bawang besar (tumbuk)
3 biji bawang putih (tumbuk)
1 kiub ayam knorr (tumbuk)

Cili api (ketuk)

Sotong (ikut suka)
Udang (ikut suka)
1/2 carrot (potong dadu)
5 batang kacang panjang
Daun sup
Timun (Hiris)

CARA2

1. Tumis bahan yang ditumbuk tu. Agak dah bau2 wangi kan korang masukkan udang and sotong tu. 

2. Biarkan dia kering sikit sebab sotong tu akan keluarkan air kan. Kalau taknak seefood boleh gantikan dengan ayam ke, daging ke.. (eh sukati koranglah kan)

3. Masukkan nasi, lepas dah masukkan nasi and kacau rata korang bolehlah rasa cukup masin ke tidak. Aku tak letak garam dulu sebab kadang letak kiub tu pun dah masin. 

4. Kalau rasa dah ok boleh masukkan sayur2 tadi kecuali daun sup. Jangan lupa juga cili api. Biasanya sayur aku masukkan last sebab taknak dia layu atau lembik. Aku suka bila makan bunyi krup krap. Haha.. 

5. Dah siap nasi goreng tu. Bolehlah buat telur pembalut dia. Hihihi.. Ala macam buat telur dadar tu. Takkan tak reti ye dok??!! 

6. Bungkus nasi korang dalam telur tu then hiaslah dengan timun, lepas tu tabur daun sup atas tu and jangan dilupakan sos. Huii.. Sedap oohh.. Cer try.. 

7. Eh, makan lah.. ;P



No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!