16 Jun 2014

Warkah Khas Buat Suamiku..

Assalamualaikum..

Hahaha!! Poyo gile tajuk. Tapi oklah, boleh jugak nak anggap sebagai warkah. Firstly, nak ucapkan Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Bapa buat ucux aku. *aku tau dah terlewat 2 hari. Haha!!

Maaf ucux bukan sengaja up entry lambat tapi biaselah sejak hadirnya orang baru ni terasa hidupku seperti tunggang langgang sedikit. Bahaha!! Lagi pula dengan dugaan gusi membengkak sana sini membuatkan daku tiada mood. 


Buat suamiku,

Terima kasih 
Kerana menerima diri ini seadanya
pengorbananmu
Pengorbanan yang tidak terhingga

Terima kasih juga
Kerana sangat bertanggungjawab
Selalu juga banyak membantu
Selalu melayan kerenah isterimu

Doaku buatmu
Semoga bahagia kita hingga akhirnya
Dikurniakan anak-anak soleh dan solehah
Moga rezeki kita melimpah ruah
Tak lupa juga sihat sentiasa

Doaku juga
Agar dihindari daripada orang yang negatif
Diberi kita sikap yang positif
Yang dapat membimbing kita kearah-Nya

Maaf ucux sebab tak dapat nak sambut sebab masih dalam pantang. Nanti lepas abis pantang je iolls janji akan masak speacial untuk ucux and sambut best2 ok. Cian ucux hadiah pon takde. Eh, tapi Kitew tu dah bagi hadiah paling berharga tau. 

Ni hadiah dia


Tada!! Speacial ok hadiah ni. Hehe!! Aci tak?? Tahun lepas kita beraya berdua tapi tahun ni kite beraya bertiga pulak. Hihi!! 

Apa2 pun selamat Hari Lahir and Selamat Hari Bapa for you. First time ucux sambut hari bapa kan? Apa agaknya perasaan sambut hari bapa masa muda2 ni? Iolls is rasa excited gile. Best kot bila dah ada anak ni. Rasa hidup bertambah lengkap. Bukan kemewahan melengkapkan hidup tapi kebahagiaan itu yang menjadikan hidup kita semakin lengkap..


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!