10 Sept 2014

Amalan waktu Pregnant Sampai Tak Perlu Minum Air Gula!!

Assalamualaikum..

Oh.. Panjang tajuk tu. Sebab nak tekankan tang tak payah minum air gula.. ;P

Pernah ada kawan aku tanya macam mana nak dapat baby comel. Haha!! Terasa lawak soalan itu. Bagi aku semua baby pon comel jek. Takde baby yang tak comel, betul tak? Kadang sampai rasa nak cubit2 jek. 

Masa mengandung tak pernah aku tanam dalam hati nak baby cute ke apa. Sebab stail aku, aku tak suka letak harapan yang tinggi. Dah dapat rezeki anak itu pun sudah memadai. Yang penting anak sihat, bersih, kemas dah ok. Ini kalau dapat anak comel macam mana sekali pun tapi anak tak terus tak guna kan?

Selama aku pregnant cuma 2, 3 kali je aku scan. Lepas tu tak nampak muka baby sepenuhnya, nampak pun sipi2. Cakap to my ucux apa pun rupa anak kita, kita kena terima. Allah dah bagi pinjam dah cukup bersyukur dan jaga sebaik-baiknya. 

Ok, back to topic. Bahaha.. Sepanjang aku mengandung aku control diri tak nak demand sangat. U know what i mean? Puii.. Speaking plak. Sudahlah tu. Masa pregnant aku takde mintak ngarut2 yang sampai susah nak cari. Tau sebab apa aku tak nak demand sangat. Sebab baby dari dalam perut dah tengok gelagat kita ni. So, tak nak perangai tak elok tu pergi kat baby.

Mengidam? Aku ada jugak teringin nak makan itu ini. Tapi dah tanam dalam hati kalau tak dapat pun takpe. Like me teringin nak makan durian tapi aku tau memang aku takkan dapat punya sebab aku pernah gugur and masa pregnant pon pernah keluar darah. So pls jangan nak berangan dapat. Haha!! So, aku cakap kat ucux takpe lepas pantang aku bedal. And my ucux kotakan hari2 makan durian and dapat durian yang terbaik. Siap bungkus bawak balik lagi. Haha!! Cian dy bankrup. Kihkih..

And ada satu benda aku tak dapat iaitu Pasembor. Haha!! Gile kau jauh nak pergi. Aku nak kuo pun tak koser lagikan nak duduk dalam kereta dari selatan ke utara. Dah, jangan berangan. My abah ajak pergi Pahang pun aku tak ikut, tak larat. Duduk rumah lagi baik. Alhamdulillah.. Anak aku ok takde air liur meleleh ke apa. So, korang kalau suami ke ape tak dapat tunaikan apa yang korang nak masa pregnant please jangan layankan sangat hati tu. Fikirkan jugak suami korang.. Jangan pentingkan diri sendiri. Tak dapat hari ni mungkin esok2 dapat.

Jangan banyak ragam sangat. Aku takde nak ajak laki aku tetiba "abang nak makan buger ni, tapi ada kat KL je". Ciss!! Kesian ok laki tu. Pada aku semua tu nafsu. Serious, ini fakta. Aku akan teringin bila aku fikir2 dalam kepala otak atau pun kalau nampak iklan kat tv,majalah atau mana2 signboard. 

Belajarlah jangan terlampau sangat mengidam tu. Macam ada orang tu sampai mengidam nak henpon. Ok, kalau laki kau kaya sangat sampai duit tak tau nak buat apa boleh lah. Itu bukan mengidam itu namanya buang tebiat. Haha!! Tapi aku tak pernah jumpa lagi wanita pregnant mengidam nak 'madu'. Kahkah!!

Ok, itu amalan perangai. Now nak citer apa aku telan masa dalam pregnant. Masa pregnant aku suka minum air sarang burung. Hari2 minum ok. Ye, memang mahal tapi kalau fikirkan kebaikkan dia bukan hanya untuk kita tapi untuk baby jugak. Hasilnya anak aku takde ruam yang banyak. Alhamdulillah.. Bersih je kulit dia. 

Masa pregnant tak payah pantang sangat. Aku bedal je semua. Ada orang kata tak elok makan seafood, tak bagus minum nescafe. Tapi boleh kata hari2 menu aku bbq and steamboat. Kalau tak makan luar aku akan buat sendiri. Tak ke banyak seafood? Tapi kalau mungkin kau alahan tak boleh aku nak tolong. Macam nescafe hari2 aku bedal. Nak tau sebab apa sebab aku minum teh perut kembung giler. And biasa mak aku akan buat air bergelen2 untuk orang satu rumah minum. So, merasalah semua orang kena minum nescafe jugak satu hari. Haha!! Ada orang kata minum nescafe kulit anak tak cantik tapi anak aku alhamdulillah ok. 

Masa aku pregnant pon aku suka makan aiskrim. Aiskrim malaysia, buat sendiri. Macam2 perisa ada, asam boi, nescafe, milo. Pergh.. Terbaik! Hari2 aku bedal. Kikiki.. Tapi aku limitkan satu hari paling banyak 3 batang jek aku makan. Alhamdulillah lahir anak aku sihat walafiat and takde selesema ke apa. Kadang kita kena tawakal apa yang kita buat, berserah pada Allah sambil berdoa. 
Kalau rasa takut nak makan apa2 atleast makan sikit buat rasa2. Kalau rasa ok takde alah bolehlah teruskan. 

 Masa pregnant perangai kena jaga, mulut pun. Jangan sakitkan hati orang. Bukan je takut esok2 perangai tak elok tu menurun kat baby tapi takut orang yang kita sakitkan tu doa yang tak elok kat kita and baby. Acaner tu? Ingat, hati orang ni lain2.

Lepas tu, masa pregnant kurangkan makan masin dan manis. Macam aku suka kurang manis sebab bila manis rasa macam loya pulak. And, alhamdulillah.. Takde masalah apa2 sepanjang aku pregnant. Dan yang paling penting AKU TAK MINUM AIR GULA!!

Haha!! Seronokkan dengar.. Nak tau caranya. Masa pregnant please jaga makan. "eh kau ni tadi kata boleh je makan apa2". Ye.. Nak makan apa makanlah tapi kuantiti tu jaga. Jangan bagi berat naik mendadak. Bila berat naik terlebih, kencing manislah, darah tinggilah. Bila berat kau ok, darah ok, tekanan semua ok sekejap je kau melepak kat situ. Tak payah tunggu berejam semata2 nak jumpa doktor 5 minit. Haha!! 

Sape suka makan buah kurma, badam, kismis. Boleh jugak amalkan. Lagi2 kurma bagus tau. Masa pregnant pon banyakkan makan sayur. Bagi aku yang penggemar sayur ni memang petik jari je. Haha.. Sedap ok sayur. Aku suka makan carrot masa pregnant dengan harapan khasiat dia akan pergi dekat baby. Tahu tak apa khasiat dia. Carrot bagus untuk mata, mungkin sebab tu dari baby AF keluar je mata dia dah bukak besar. Takde sepet ke apa mata tu. Hee.. Memandai je aku kan..

And penting jugak minum air masak banyak2. Lagi2 sebelum kau nak pergi checkup. Haha!! Aku tak suke makan sebelum pergi checkup. Kalau makan pun sikit je buat alas perut. Kau nak tau napa? Sebab bila makan merasalah berat kau naik. Haha!! Betul, masa mengandung ni kau makan secoet pun berat boleh naik sampai sekilo. Ciss!! Bedebah betulkan. Biasanya aku lepas timbang je baru aku akan makan. Haha!! Dah lepas timbang dah ok dah. Boleh bedal makan ringan2 macam kekacang ke, sandwich ke, minum milo ke.. Hihi.. *Siapa nak kena marah dengan nurse sila makan banyak2. ;P

Bijak tak haku. Sekurang2nya berat aku tidak lah naik banyak sangat. Yea!!! So terhindarlah aku daripada minum air gula. Haha!! Bila orang tanya "berapa kali minum air gula?" Dengan bangga akan jawab "takde kena minum pun!". Haha!! Sila lempang budak ini. 

Sambil2 jaga makan, jaga tutur kata, jaga perangai semua korang kena jugak banyak zikir. Aku semua surah yang aku tau semua aku baca. Dalam hati jelah. Haha!! Kadang2 sebut pelan2. Lagi2 time sebelum kau nak tidur tu zikir je sampai kau tertidur sambil2 berangan tu kan. Daripada feeling2 guling2 kat padang sambil nyanyi lagu Dil To Pagal Hai baik bawak berzikir. Hahaha..



So, selamat beramalan.. Eh, jahanam bahasa.







  

3 comments:

  1. tapi xleh elak kalau ada history parents yang ada kencing manis (ayah). kene minum jugak...
    kita xde kencing manis darah tinggi pun kene minum jugak. 2 kali lagi...
    memang xleh elak. kecuali...menipu. jangan bagitau parents ade kencing manis.

    ReplyDelete
  2. Xtau la plk kalau ada yg mnipu. Xelok menipu, lgpun tipu mcm mana pun dorg bole tau jgk. mcm sy mak abah mmg xde kncg manis, sbb tu sy kata krgkn manis dn bykkn mnum air kosong. Sbb rmai yg susah sgt nk mnum air ksong.mcm sy tnye nurse mmg sume kena mnum ke air gula tp dy kata kalau cek semua takde masalah tak pyah mnum. Atau myb tgk tmpt and nurse kot. And sbb tu jgk sy ckp mkn semua kna jga jgk bila berat naik mndadak, tekanan darah naik mmg xdpt tlg. N kalau ada history fmly ada pnyakit cmtu jgn tipu sbb esok2 susah nnt. Da kna mara dgn nurse plk. ;P sy chekup 2 tmpt tp alhmdulillah dua2 xde suruh.

    ReplyDelete
  3. Eh, pnjg benau plk jwban. Haha!! Sory...

    ReplyDelete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!