5 Sept 2014

Pandangan anda bila wanita merokok

Assalamualaikum..

Sebelum apa2 nak mohon maaf andai ada di antara korang terasa. Ya, mungkin aku jakun, mungkin aku ke kampungan sedikit.

Yang aku nak ceritakan ni wanita bertudung litup tapi hisap rokok and shisha. Takasima aku melihat. Hihihi..

Kejadian ni berlaku di JB, tasik yang berdepan dengan RTM tu. Situ sekarang kan meriah memang kebanyakkan table situ akan order shisha la. 99% table mesti akan ada shisha. Sape yang tak merokok tu silalah duduk table tepi2 jek. Haha!! *akulah tu*

Masa tengah enak kunyah nasi goreng sotong datang 2 awek ni dengan sopan santun. Sekali tak lama tu tengok balik dia tengah sedap sedut shisha tu. Hahaha!! Tu yang aku terus takasima tu.

Yang wanita biasa jenis tak pakai tudung tu biasalah aku tengok.. Tapi tang yang pakai tudung ni. Ciss!! Rasa sungguh tak sopan betullah. Betullah pepatah inggeris mengatakan. 'Dont judge a book by its cover'.

Aku rasa cam tak patutlah pulak.. *okey ni just pendapat akulah* dah elok tu bertudung so tak mohlah macam tu. That girls yang buat tapi iolls pulak malu dengan laki2 kat situ termasuk hubby and my son. Eh!! Haha..

Hopefully, one day semua orang akan sedar bertapa ruginya merokok. Tapi ikut suka koranglah. Fikirkan sendiri kesihatan korang. Mungkin sekarang belum tapi esok lusa kita tak tau kan? Iye, mungkin korang kata kalau dah ajal.. Itu aku pun tak boleh nak buat apa. Kalau dah ajal 'mamp' terus takpe, tapi kalau sakit, menderita sampai ke tua. Macam mana?

Terpaksa korang hadap bertahun2 telan ubat selambak, pastu kerja berulang ke hospital jek, lepas tu tak boleh makan sedap2,minuman sedap2.. Pastu bila korang da sakit semua orang jauhkan diri. Haa.. Kan ke naya. Eh, membebel jek aku ni. So, korang yang merokok tu tak moh marah tau aku just nasihat as a friend. Tak salahkan? 

Kalau tak mahu fikirkan diri sendiri ingatlah orang2 yang korang sayang yang terlalu sangat berharap. 

Ingat, orang yang menggalakkan anda makin merokok adalah bukan orang yang jujur sayangkan anda. 

Ciss!! Bermadah pulak di malam hari. Sedang menunggu ucux tercinta balik then terus gerak balik kampung. Esok kami nak tengok bff kami sanding. Yea!!!


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!