27 Jan 2015

Pengalaman Kemalangan + Saman

Assalamualaikum..

Memandangkan tengah stress yang tak habis2 nih. Moh, kita tambahkan stress. Eh, tak. Ini cerita lama tak ingatlah aku pernah update ke tak pasal ni. Tapi tak kiralahkan, aku nak cerita lagi. 

Tak silap aku cerita ni berlaku dalam tahun 2013 kot sebab seingat aku masa kejadian ni berlaku aku dah kahwin tapi belum mengandung lagi. 

Malas nak cerita tentang kemalangan tu sebab buat aku nerves. Haha!! Pastu nanti jantung berdegup kencang woo.. Sakit. So, after kemalangan tu kita pergi balailah kan buat report so senanglah nanti kalau nak buat claim insurans ke apa kan. Buatlah report, first time ok buat benda2 alah ni segala. Bila polis tu cakap aku yang salah aku pun ia kan lah kan malas nak citer panjang. Undang2 kita ni pun kadang2 menjerut leher sendiri jugak walhal kadang bukan salah kita tapi dek kerana undang2 boleh jadi salah kita. Jadi, itu takde masalah. 

Kena saman sampai RM300 pun tak jadi masalah pada aku. Bukan bermaksud ada duit bolehlah bayar kan. Bukan ok. Dah nama pun salah, kena saman tu bayar jelah kan? Okeh, itu pada aku, kalau pandangan korang tak sama toksah kondem aku ye.. 

Sepanjang hari itu aku di temani my mak. Lepas dah dapat surat saman tu kami di panggil masuk pejabat. Terus rasa kecut. Yelah, kot2 nak kena marah ke, maki ke, tak cukup lagi ke dah kena saman kan? Ciss!! TAPI!! Bila masuk je dalam bilik tu dia terangkan apa yang polis kat luar tadi terangkan. Cakap pun takde marah2. Masa tu pun aku redho mungkin ada salah aku di uji macam ni. Tapi bila tiba2 polis tu tanya kat aku "macam mana?". Aku pulak terpinga2 kat situ. Macam mana apa. Secara sepontan dan aku juga faham apa maksud dia dan aku jawab "bayar jelah, nak buat macam mana.."

Okeh, ada siapa2 tak faham ke? Dalam tu banyak kali dia tanya dan sebenarnya dia bagi hint supaya aku bagi rasuah kat dia dan sebenarnya ayat yang betul adalah dia mahu mintak rasuah. Tapi, minta maaf.. Tak jalan dengan aku. Bukan aku nak berlagak ke apa eh, aku tak takut kalau terpaksa ikat perut nak bayar saman tu ke apa kan tapi yang aku takut besok 2 nak menjawab. Lagi pun, tak sampai hati nak bagi polis tu dan anak beranak dia makan benda2 haram. 

Tolonglah buat kerja dengan telus sikit. jangan macam tu, tak kesian ke dekat anak bini. Walau pun aku dan suami hidup sederhana tapi selalu pesan kat suami biarlah susah mana pun asalkan kita makan benda yang halal. Kalau kena saman laju ke, saman apa ke bayar jelah. Jangan rasuah2. Tak elok, skali buat lepas tu susah nak berenti. Jadi ketagih nanti. So, itu jek nak cerita. Layan jelah luahan hati aku beberapa hari ni okeh. Biasalah, emosi tengah tak stabil. Stress!!

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!