19 Feb 2015

Tips banyakkan susu bagi bf mummy!!

Assalamualaikum..

Bukan nak tunjuk pandai, bukan nak kata cara aku betul. Terpulang pada korang, kalau rasa cara aku betul sila ikut kalau tidak sila blah! Bahaha!! Sebab ada setengah tu fikir diri dia je betul, bila kita bagi tips mulalah cari cara nak hentam kita. Aku buat semua ni dan rasa kena pada aku dan alhamdulillah sekarang anak aku dah 9 bulan pun masih lagi susu ibu sepenuhnya. 

Mungkin pada korang 9 bulan tu awal lagi, tapi aku bersyukur dan happy sebab dapat peluang beri anak aku susu ibu sampai sekarang. Pada korang yang mungkin tak berkesempatan tu tak apa.. Jangan risau cuba pada masa akan datang okeh. Kalau susu banyak tapi korang bekerja korang boleh guna banyak cara zaman sekarang ni. Lain kali kita bincang pasal itu. 

1. Sentiasa positif

Paling utama, penting sangat. Terima kasih Ika sebab beri nasihat kat aku. Betul sangat apa yang dia nasihatkan. Kalau kita nak susu sentiasa banyak kita kena fikir kita boleh. Bayangkan je susu kita banyak. Jangan pernah2 sebut atau fikir benda2 negatif. Okeh, bunyi macam tak logikkan? Tapi inilah tips paling penting sekali..

2. Sokongan orang sekeliling

Ini macam agak payahlah.. Kalau dapat family jenis sentiasa sokong kau apa kau buat takde masalah tapi kalau dah dia pun kutuk kau itu jadi masalah. Hahaha!! Family aku alhamdulillah.. Sentiasa sokong aku yang memang dari mengandung dah tanam niat nak susu penuh. Cuma ada sesetengah orang tu yang suka merendahkan kita ni. Mungkin pada diorang orang bagi susu ibu ni takde duit kot! Lantaklah kita nak jimat ke apa kan.. Janji tak pakai duit orang. Iya tak??!! 


3. Banyakkan buah dan sayur

Tips ni jalan jugak pada aku. Aku ni memang hantu sayur, semua jenis aku makan memang takkan tolak punya.. Kalau makan takde sayur yang tu aku benci. Haha!! Makan takde sayur buat selera aku mati. Air buah memang kesukaan aku bila makan kat luar. Kalau tak makan luar pun mesti aku akan suruh hubby tapaw untuk aku. Biasanya carrot susu. Tapi lobak putih bagus sangat untuk tambahkan susu. Korang boleh campak masuk dalam sayur campur goreng, sup ayam, bubur, rebus cecah sambal belacan pun okeh jugak. Pendek kata masuk je dalam apa2 masakkan pun. Anak punya pasalkan..

4. Sentiasa susukan anak

Ini untuk bagi rangsangan pada susu kita supaya dia sentiasa memproses. Macam mesin kalau dah lama tak jalan berkarat lepas tu lama2 rosak. Betul tak? Sama jugak dengan susu kita. Lagi kerap kau bagi susu lagi elok. Lagi pun jenis susu badan ni budak minum sikit2 tapi banyak kali tapi kadang tu bergantung pada anak kau jugak. Korang yang bekerja jangan risau. Mesti fikir macam mana nak bagi anak susu kalau tengah kerjakan? Takpe, kan ada pump. Masa kerja tu pump lah. Bila agak dah bengkak tu pump je. Samelah jugak macam bagi susu kat anak, lagi rajin kita buat keluaran lagi meriah hasilnya nanti. 

5. Minum banyak air

Lebih2 lagi air masak.. Tapi aku jarang minum air masak selalu minum air ada warna tapi mesti kurang manislah. 

6. Jaga pemakanan

Setiap orang yang menyusukan ni memang akan memanjang lapar jek. Aku peduli apa orang nak kata aku gemuk ke apa. Aku makan pun sebab anak. Aku 100% bagi baby AF susu ibu jadi memang kejap2 lapar. Tengah malam pun tetiba aku akan lapar dan biasanya aku akan siapkan makan tengah malam aku. Hahaha!! Abaikan orang yang mengutuk kau gemuklah apa. Lantak kaulah.. Janji anak aku sihat. 

7. Jus kurma

Masa berapa bulan tu aku ada minum jugak jus kurma ni. Sedap okeh.. Buat air dia tak payah dah nak letak gula ke apa sebab memang dah manis. Jadi boleh kawal sendiri tahap kemanisan dia tu. Sunnah nabi kan.. Dah lama tak minum nanti nak minum baliklah. Minum ni terus rasa susu yang anak aku minum pun berkhasiat sangat. Apa saja yang kita makan dan minum dia dapat khasiatnya kan.. 

Banyak lagi tipsnya.. Tapi buat masa ni ini yang aku amalkan selama sembilan bulan dan insyallah aku akan teruskan selagi terdaya. Korang yang menyusukan anak tu abaikan je apa orang sekeliling kau kata. Biarlah dia, bukan kita pakai susu dia pun. Haha!! Aku selalu je kena kutuk sebab aku susu badan tapi aku tak boleh mengalah. Pada aku cukuplah hubby menyokong aku, sentiasa ada, sentiasa beri semangat. Yang lain tolak tepi. Lantak kaulah.. 

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!