20 Sept 2015

My teddy bear babyAF

Assalamualaikum..

Teringat masa babyAF masa muda2 dulu. Haha!! Bunyinya macam babyAF dah tua je kan? Haha!! Taklah, ni gambar dia masa baby lagi tapi tak ingat dah berapa bulan. Mungkin dalam 6, 7 bulan. 


Masa ni saje buli dia, haha!! Padahal tak ke mana pun. Baju ni biasanya aku pakaikan bila bawa dia pergi karoke ataupun tengok wayang. Tengok wayang tu jaranglah biasanya pergi karoke je sebab karoke ok sikit sebab kita boleh kawal sendiri volume dia kan..





Sila cari mana babyAF. Ops! Sorry belakang tu bersepah. Kipas tu kat situ pasal aku tengah keringkan lantai sebab baru lepas mop dapur. Tu babyAF jenguk2 dapur sebab nak capai besen bawah tu haa.. Memang favorite spot dia tu. Botol air memang favorite dia dari baby sampai sekarang. Sekarang suka duduk atas botol air pulak. Ada basikal tak nak naik, botol jugak dia nak buat main. 

Kalau dah ada anak ni kan kau kemas baru 1 minit dah sepah balik. Haha!! Hidup kau tenang masa anak tengah tidur, masa tulah rumah nampak bersih. Hihihi.. Ini fakta ok. Nanti baru lepas mop tak sampai suku hari anak kau makan dah mula lantai kotor balik atau melekit2. Haha! Itu normal. Penat ke apa kita nikmati saat2 ni sebab bila anak2 dah besar mesti rindu balik zaman dia baby. 

Sedangkan aku yang anak baru 1 tahun 4 bulan ni pun dah teringat2, rindu masa dia baru lahir. Rasa masa tu cepat je berlalu. Dulu masa dia baby kita asyik fikir bila anak aku nak besar, bila dia nak jalan, bila umur dia nak 6 bulan sebab tak sabar nak start bagi makan. Tapi bila dah besar terus rasa "eh cepatnya kau membesar nak."








1 comment:

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!