30 Nov 2012

Jangan buat!!

Jangan sesekali korang buat perkara-perkara yang macam ni..

1. JANGAN HEBOHKAN KAT ORANG YANG KORANG SORANG2 KAT RUMAH.
Tau tak kenapa aku cakap tak boleh? sebab bahayalah.. Aku tau korang suka sangat update macam2 kat fb/twitter or ape2 ponlah.. but, jangan sesekali korang update status 

"boringlah, sume org kuo..sape nak teman i??"

Haa.. yang ni menempah bala namanya. Yelah, kita tak tau hati seseorang tu niat dia baik atau jahat. Walaupon, dia kawan baik kite sekali pon kalau se*** dah masuk dalam badan.. Apa pon tak boleh.
Alah.. aku tau korang tu, masuk bilik air pon kalau boleh nak update kan? hehehe.. aku tak tau. aku baik2 jek.. *silalah percaya sepenuhnya.  

2. JANGAN CAKAP BESAR.
Aku tak taulah apa masalah orang yang macam ni. mungkin dorang saja nak menunjuk2 kot. Tapi kalau apa yang dia cakap tu memang betul, wujud tak apalah jugak. Ni tak, kadang2 cakap je berapi tapi bila orang mintak tunjuk tak pulak ditayangkan kan.. Haa.. marah ni. *tipu jek..
Bebel jek aku ni.. Tau tak macam mana maksud aku tadi?

"hari ni gaji masuk. Dapatlah around RM5000++" 

Haa, siap pluz2 lagi, ko ada. haha!! Yang ni tak moh2.. Yelah, kadang2 tu siap bagitau ada dekat mana kan? Confirm2 lah orang kenal+ tau ko kat mana and timbullah niat2 jahat. Aku percaya ramai yang buat jenayah2 curi+ragut+ro*** diorang dah attack mangsa dorang dulu. salah satunya daripada fb lah. So, sila berhati2 okeyh...

3. JANGAN UPDATE BENDA YANG MAKAN DIRI.
Sekarang nih aku tengok ramai jek yang update benda yang mengarut2.. Ada yang sanggup tulis dah hilang daralah, nak potong itulah,inilah and ada juga yang berani2 update nak bogel lah.. Adoi..apa nak jadi nih?
Sebelom nih pon aku de tulis entry yang berkaitan ni jugak kan.. Nak tengok contoh boleh pegi SINI 

4. JANGAN LETAK BUTIR2 PERIBADI.
Sebab memudahkan orang nak hack account ko, tak kisahlah akaun bank ke, akaun blog korang ke atau email.. Jangan berani2 korang nak 
letak no. ic korang ke, mana korang tinggal, kerja kat mana, no. tel and so on.. *ceh! spekang plak.. 
Ingat tu??! Malas nak membebel panjang2, penat mak noks..

5. JANGAN TUNJUK ASET YANG ADA
Aku tau korang memang banyat aset kan.. Aku apa pon takde.. *tetiba sedar diri kejap. Aku tau mungkin korang terexcited baru lepas beli iphone5 ~iphone 5 terus tu yang update bagitau satu dunia, take pic masukkan dalam fb. *nak iphone 5 jugak..sobs2!! 
Ada jugak yang siap amik gambo ketalah.. gambo umah banglo lah.. gambo gajet2 yang melambaklah pastu masuk dalam fb or twitter. Korang tau tak perbuatan korang tu boleh mengundang bahaya?
Pandai2lah korang fikir okeyh.. kalau beriya pon nak masukkan gambo keta ke janganlah pampangkan sekali no. flat tu kan.. Tak perlu rasanya. Ok? 

Korang jangan salah sangka okeyh.. Apa yang aku bagitau ni pon sebagai peringatan kat diri sendiri jugak. Aku bukanlah jeles ke apa kan tapi sebabkan aku kan sayang korang..*silalah muntah sekarang.



No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!